Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pus.ta.ka] | ڤوستاک

Definisi : 1. sl kitab, buku; 2. kitab ramalan, perimbon; taman ~ = balai ~ a) tempat sim­panan (persediaan) buku-buku utk digunakan; b) = perpustakaan kumpulan buku (bacaan dll); 3. (Komp) kumpulan atur cara, rutin, atau subrutin yg disimpan secara tersusun dlm storan utk kegunaan pengguna atau atur cara lain; perpustakaan 1. kumpulan buku (bacaan dll); 2. bangunan (bilik dll) yg mengumpulkan buku-buku (utk bacaan dll); 3. = kepustakaan kesusasteraan, buku-buku kesusasteraan; ~ awam perpustakaan yg perkhidmatannya terbuka kpd masyarakat umum (orang ramai); ~ bergerak perpustakaan yg dibawa kpd masyarakat (dr satu tempat ke tempat lain dgn menggunakan kenderaan); kepustakaan 1. kesusasteraan, buku-buku kesusasteraan; 2. senarai buku yg dipakai utk mengarang dll, bibliografi; 3. semua buku (terbitan, hasil karya, dsb) tentang sesuatu bidang ilmu pengetahuan dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pus.ta.ka] | ڤوستاک

Definisi : 1 kumpulan kertas yg dijilid; buku; kitab. 2 buku yg berisi ramalan. perpustakaan 1 kumpulan buku atau bahan bacaan. 2 bangunan atau tempat mengumpulkan bahan-bahan bacaan. ~ awam perpustakaan yg perkhidmatannya terbuka kpd masyarakat umum atau orang ramai. ~ bergerak perpustakaan yg dibawa kpd masyarakat (dr satu tempat ke tempat lain dgn menggunakan kenderaan). pustakawan orang yg mempunyai pengetahuan yg dalam ttg perpustakaan dan terlibat dlm pengurusan perpustakaan; ahli perpustakaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pustaka (kata nama,)
Bahasa Asal :sastera lama
Bersinonim dengan kitab, buku;,
Kata Terbitan : perpustakaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sudah adakah khidmat pustaka digital?

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada  Prof. dan Puan Ainon sekeluarga,

Khidmat pustaka digital sudah ada, terutamanya di IPTA dan institusi tertentu antaranya  Perpustakaan Negara  dan pustaka-pustaka ini boleh dicapai melalui laman sesawang institusi berkenaan.  Di DBP khidmat Pusat Rujukan Persuratan Melayu boleh dicapai melalui Laman Sesawang DBP.  

Lain-lain25.09.2009
Pustaka Syuhada 29 JANUARY 23:57 Aslmkm sya ingin mendapat kebenaran menjual buku Peluru petunang dalam eBook a Samad Ismail cetakan kedua 1987. Dimana saya boleh dptkan izin bertulis tertakluk perkiraan royalti. Terima kasih.Hal ini berkaitan dengan harta intelek sesuatu produk. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai di Bahagian Harta Intelek, DBP, iaitu Puan Nor Aida binti Mohd. Salleh/Puan Hawa Zurina binti Ra'ee melalui talian 03-21479523/9524 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my/hawa@dbp.gov.my.Lain-lain29.01.2017
Saya mencadangkan agar Dewan Bahasa dan Pustaka dinaik taraf kepada Jabatan Bahasa dan Pustaka. Usaha memartabatkan bahasa Melayu akan lebih berkesan jika DBP dijadikan Kementerian Bahasa dan Pustaka.Mungkin cadangan ini agak janggal tapi tidak mustahil untuk menjadi kenyataan.Terima kasih atas cadangan tersebut. Cadangan saudara akan dikemukakan kepada pihak pengurusan DBP.Lain-lain06.09.2009
salam.. mana satu yang boleh digunapakai? ..Dewan Bahasa dan Pustaka (2006, hlm. 112). atau ..Dewan Bahasa dan Pustaka (2006, halaman 112). terima kasih.

Puan Faizah terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

 Jika ini melibatkan penggunaan dalam menulis indeks, cara yang betul ialah Dewan Bahasa dan Pustaka (2006, hlm. 112).  Terima kasih.

 

Lain-lain24.06.2009
Muhd Nazarul Raziman 26HB APRIL 10.33 PTG Muhd Nazarul Raziman Muhd Assalamualaikum Dewan Bahasa & Pustaka Malaysia. Minta maaf menganggu & nak tanya soalan sikit. Soalan 1. Di Dewan Pustaka & Bahasa belah Selatan iaitu Johor Bahru (larkin) itu tiada yang pegawai bertugas ke? 2. Adakah bila kita hantar permohonan pengiklanan kita atau mengambil pengiklanan tersebut itu kami perlu mengambil melalui Pak Guard tersebut disana? 3. Adakah kita tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan Pegawai yang bertugas di Dewan Bahasa & Pustaka Johor Bahru larkin pada jam 3.30petang? 4. Adakah Pak Guard yang memberikan semua pengiklanan yang telah disahkan oleh Pegawai yang bertugas? 5. Memang tak ada pegawai yang bertugas ke di Dewan Bahasa & Pustaka Larkin tu sebab telefon tak ada orang yang angkat? Saya nak ingatkan dari segi kualiti servis yang diberikan oleh sesetengah golongan minoriti dalam bidang pekerjaan seperti ini. Saya sangat kecewa apabila saya sampai ke Dewan Bahasa & Pustaka Johor Bahru Larkin saya disambut oleh seorang Pengawal Keselamatam dengan tanpa senyum dan tanpa menyambut. Lalu beliau bertanyakan pada saya "nak buat apa?".begitu saja????? Lalu saya terangkan untuk proses penghantaran dan pengambilan lesen pengiklanan yang telah disahkan. Jadi saya pula ingin menambah satu lagi pengiklanan yang sama hanya ada beza sedikit saja dari segi gambar. Lalu Pak Guard tidak membenarkan permohonan saya. Jadi saya memohon bantuan pada Pak Guard tersebut, tapKami ambil maklum aduan tuan dan terlebih dahulu kami memohon maaf atas kesulitan yang tuan hadapi. Untuk makluman, permohonan iklan di DBP Wilayah Selatan dibuat melalui saluran sedemikian kerana kekangan tugas pegawai. Walau bagaimanapun perkara ini kami ambil perhatian dan akan mengadakan perbincangan dengan pihak yang berkenaan untuk menambah baik perkhidmatan yang kami berikan. Kami berusaha untuk mencari penyelesaian dan memberi keselesaan bagi kedua-dua belah pihak.Lain-lain26.04.2017
Salam, saya nak tanya cara menulis huruf besar untuk tajuk/menu laman web. Pertama, Kenali saya atau Kenali Saya?. Kedua, Maklum balas atau Maklum Balas?. Ketiga, Hubungi Saya atau Hubungi Saya?. Keempat, Pustaka digital atau Pustaka Digital?. Kelima, Tuisyen di Rumah atau Tuisyen di rumah? Selanjutnya, saya ingin bertanya tentang perkataan yang sesuai untuk "Home Tuition", adakah tuisyen di rumah pandanan yang paling sesuai untuk perkataan terebut? Ada atau tidak perkataan/ayat lain yang sesuai untuk perkataan tersebut?Salam,

1. Kenali Saya
2. Maklum Balas
3. Hubungi Saya
4. Pustaka Digital
5. Tuisyen di Rumah - perkataan di ditulis dengan huruf kecil kerana ia merupakan kata sendi nama yang digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.
6. Padanan yang sesuai untuk "Home Tuition" ialah Tuisyen di Rumah.
Lain-lain02.07.2015
apakah peranan dewan bahasa dan pustaka malaysia..... emm...dalam memartabatkan bahasa melayu....?Sila rujuk bahan ini : 1. Peranan DBP lebih tegas dan jelas oleh Awang Sariyan [diwawancara oleh Adnan Abd. Majid] Dewan Masyarakat 01/07/2004 . 2. Permasalahan dalam pembangunan bahasa Melayu sebagai asas pembangunan negara bangsa Malaysia oleh Ismail Dahaman Dewan Bahasa 01/07/2001 . 3. DBP akan terus mainkan peranan Utusan Malaysia 06/01/1988 4. DBP kembangkan peranannya oleh Nor Sedek Ismail Utusan Malaysia 11/11/1994 . 5. Peranan DBP sebagai penasihat bahasa AGHA Utusan Malaysia 01/03/1996 6. Citra : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia = Citra : Institute of Language and Literature Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003 . 7. CITRA : Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2002 . 8. Citra DBP 40 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996Lain-lain26.07.2009
apakah sumbangan dewan pustaka dan bahasa di Malaysia?Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan pembina dan perancang bahasa, sastera dan penerbitan menyumbang bagi menggerakkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan. Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan,pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran. Pelbagai kegiatan dilaksanakan melalui fungsi-fungsi ini bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu terus menjadi mantap sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan negara Malaysia.Lain-lain11.07.2012
Saya telah menghasilkan beberapa puisi, boleh saya tahu, kat mana perlu saya hantar untuk semakan?Dewan Bahasa dan Pustaka tidak memberikan sebarang khidmat penyemakan puisi, tetapi andainya saudara berminat untuk menghantar puisi saudara untuk diterbitakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, bolehlah saudara menghantarnya kepada Ketua, Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka,  50926 Kuala Lumpur.  Sekiranya kumpulan puisi hantarkan kepada Ketua, Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur.Lain-lain10.05.2010
Dewan bahasa dan pustaka bukakah setiap hari ahad?
Dewan Bahasa dan Pustaka dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum.
Lain-lain10.11.2016
12345678910...

Kembali ke atas