Apakah gelaran jawatan yang sebetulnya digunakan samada Timbalan Ketua Pustakawan atau Penolong Ketua Pustakawan, Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar? Kenapa wujudnya perbezaan penggunaan nama jawatan tersebut bagi sesetengah universiti? | Dalam Kamus Dewan penolong ditakrifkan sebagai orang yang menolong, atau dalam bahasa Inggeris assistant, manakala timbalan ditakrifkan sebagai penolong kepada dalam bahasa Inggeris deputy. Berdasarkan takrifan tersebut hampir sama sahaja makna kedua-dua perkataan itu tetapi lazimnya timbalan digunakan untuk jawatan/portfolio yang besar seperti Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Pesuruhjaya dan Timbalan Pengarah. | Makna | 20.01.2011 |
1. Bagi jarum, penjodoh bilangan ialah pucuk atau bilah atau lain daripada ini ? 2. Pustakawan sedang menyusun buku. atau Pustakawan sedang menyusun buku-buku. Manakah satu ayat yang betul? | 1. Penjodoh bilangan bagi jarum ialah sebatang. 2. Pustakawan sedang menyusun buku. | Lain-lain | 09.08.2010 |
Tuan, Ayat: Pustakawan menegur sekumpulan murid yang ............... bising semasa berada di dalam perpustakaan. Yang mana jawapannya : berbuat atau membuat | Kedua-dua perkataan, iaitu berbuat dan membuat adalah betul dan boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
Para pustakawan melapangkan buku mengikut nama penulis. betulkah penggunaan melapangkan dalam ayat di atas dana apakah maksudnya ? kalau tidak, apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikannya? | Melapangkan bermaksud menjadikan lapang, melebarkan, meluaska, oleh itu perkataan yang sesuai untuk ayat tersebut ialah - Pustakawan menyusun buku di rak mengikut nama penulis. | Tatabahasa | 14.08.2008 |
Definisi Bagi Perkataan/jawatan Berikut: 1. Naib Canselor 2. Timbalan Naib Canselor 3. Pendaftar Universiti 4. Bendahari 5. Pustakawan 6. Dekan 7. Pengarah 8. Timbalan Pengarah dan Timbalan Dekan 9. Ketua Jabatan dan Ketua Nic | 1. Naib Canselor = Ketua eksekutif atau ketua pentadbir sesebuah universiti. 2.Timbalan Naib Canselor = Penolong Ketua eksekutif atau penolong ketua pentadbir sesebuah universiti. 3.Pendaftar Universiti = pegawai yg bertanggungjawab tentang pendaftaran pelajar di universiti. 4.Bendahari = pengurus wang kesatuan/pertubuhan dan sebagainya. 5.Pustakawan = orang yg mempunyai pengetahuan yg dalam tentang perpustakaan dan terlibat dlm pengurusan perpustakaan 6.Dekan = ketua sesuatu fakulti di universiti. 7.Pengarah = orang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek/jabatan/syarikat/perbadanan dan sebagainya 8.Timbalan Pengarah = penolong kepada seseorang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek (jabatan, syarikat, perbadanan, dsb 9.Timbalan Dekan = penolong ketua sesuatu fakulti di universiti. 10.Ketua Jabatan = orang yang mengetuai bahagian drpd pentadbiran kerajaan dll yg mengurus tugas-tugas tertentu dan 11.Ketua Nic = tidak ada dalam Kamus Dewan | Makna | 22.06.2008 |
Ayat yang mana betul struktur ayatnya. 1. Buku yang dipinjamnya dipulangkan kepada pustakawan. 2. Adik menyapu ubat pada kaki kucing yang luka itu. 3. Siti baru pulang dari Indonesia. 4. Jam itu digantung pada dinding. | Kesemuanya betul. | Tatabahasa | 29.10.2007 |
saya sedang mencari jawatan kosong dalam bahagian perpustakaan(perpustakawati).saya mempunyai degree dalam khusus yg saya ambil.sila beri jawapan secepat mungkin atau seperti tarikh diatas..terima kasih | Terdapat dua kekosongan jawatan Pustakawan Gred S41 bertaraf Sambilan iaitu setiap satu di DBP Wilayah Selatan dan di DBP Cawangan SAbah. Sekiranya sdr berminat untuk memohon, sila hubungi Unit Kerjaya dan Hubungan Majikan, UiTM Shah Alam melalui talian no. 03-55443496. | Lain-lain | 02.07.2008 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang buku-buku teks sekolah rendah yang ada dalam simpanan DBP dari tahun 1945 hingga sekarang? Sekiranya ada dalam simpanan, sy ingin bertanya bagaimana cara untuk mendapatkannya? Ini kerana saya merancang ingin mengadakan galeri buku teks di sekolah sy. Terima kasih. | Kami cadangkan tuan berhubung terus dengan Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), DBP untuk bertanyakan tentang perkara tersebut. Tuan juga boleh berbincang dengan lebih lanjut tentang perkara tersebut dengan Pustakawan DBP. Sila hubungi pustakawan Encik Hiezam Hashim, 03-21479657/izmmh@dbp.gov.my, Puan Aimi Umaimah, 03-21479632/aimi@dbp.gov.my dan Puan Che'Ros Rahim, 21479631/ros@dbp.gov.my. Kami memohon maaf atas masalah teknikal yang berlaku dan soalan ini memakan masa yang lama untuk dijawab oleh pihak kami. | Lain-lain | 31.07.2012 |
salam..adakah jawatan kosong masih terbuka lagi?? dan jawatan ap yang kekosogan? | Sdr, Terlebih dahulu kami mengucapkan terima kasih di atas minat yang sdr tunjukkan untuk berkhidmat bersama-sama kami dalam membina dan mengembangkan Bahasa Melayu. Sebagai makluman sdr, pada masa kini terdapat dua jawatan kosong di DBP iaitu Penolong Akauntan Gred W27 (Tetap) dan Pustakawan Gred S41 (Sambilan). Penempatan bagi jawatan Penolong Akauntan ialah di DBP Kuala Lumpur manakala penempatan bagi jawatan Pustakawan pula ialah di DBP Wilayah Selatan (ohor Bahru). | Lain-lain | 10.03.2010 |
Saya ingin pastikan penggunaan berikut: 1. Terjemahan untuk assistant, terletak di pangkal perkataan atau hujung? cth assistant xxx atau xxx assistant | assistant : n penolong, pembantu: to employ an ~, menggaji seorang penolong; laboratory ~, pembantu makmal; ~ librarian, penolong pustakawan; ~ minister, menteri muda. Sila lihat contoh di atas untuk mengetahui kedudukannya. | Makna | 03.11.2009 |