Dari segi Hukum D-M, Yang manakah betul ? (a) Kadet Pandu Puteri Malaysia ATAU Pandu Puteri Kadet Malaysia. (b) Renjer Pandu Puteri ATAU Pandu Puteri Renjer (c) Tunas Pandu Puteri ATAU Pandu Puteri Tunas Sekian, terima kasih. | jawapan yang betul, kadet pandu puteri, renjer pandu puteri, dan tunas pandu puteri | Tatabahasa | 09.11.2007 |
Ejaan yang betul bagi perkatan putera puteri atau putera-puteri. | putera puteri | Ejaan | 06.08.2018 |
Tuan, Bolehkah beta digunakan oleh kerabat diraja selain daripada Sultan/Raja sebagai kata ganti nama diri? Jika tidak, apakah kata ganti nama diri yang betul apabila misalanya 1. perbualan antara puteri dengan Sultan 2. perbualan antara puteri dengan puteri 3. perbualan antara puteri dengan rakyat jelata Terima kasih. | Selamat petang Dalam bahasa diraja, bentuk-bentuk dengan –nda/anda tetap utuh. Dalam sesuatu keluarga diraja, sapaan anakanda, ayahanda, bonda, kanda, dinda dan ninda merupakan bentuk hormatan yang digunakan. Penggunaan bentuk-bentuk hormatan ini menjadi kelaziman dalam pembahasaan antara ahli-ahli satu keluarga diraja dengan ahli-ahli keluarga diraja yang lain. Contohnya, seorang putera akan merujuk diri sendiri sebagai “kekanda”, dan dengan itu puteri yang seorang lagi akan dirujuk sebagai “adinda” dan sebaliknya menurut pangkat umur. Kata ganti nama diri pertama antaranya ialah aku, beta, daku, hamba. Kata ganti nama pertama 'aku' merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan yang sangat rapat atau mesra dan dengan Tuhan. Manakala 'beta' pula digunakan oleh raja, sultan atau kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat. Kata ganti nama kedua antaranya ialah anda, awak, dikau, engkau. 'Anda' digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita, misalnya dalam surat-menyurat, atau dengan orang yang sebaya. Manakala 'awak' pula digunakan untuk orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita. Kata ganti nama ketiga ialah baginda, beliau, dia, ia, mereka. 'Baginda digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. Untuk keterangan lanjut atau contoh sila rujuk Tatabahasa Dewan. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 04.08.2016 |
Mohon pengesahan ejaan. bagaimana menulis perkataan 'putera puteri'. Adakah sebegini atau perlukan tanda sempang `putera-puteri'? | Putera puteri. | Lain-lain | 06.08.2018 |
Puteri raja itu akan menghadiri majlis makan malam diraja yang diadakan di sebuah hotal terkemuka. soalan saya ialah kenapa kesalahan bahasa adalah makan malam. jika benar kesalahan bahasa adalah makan malam, apakah parkataan yang paling sesuai digunakan di sini? bolehkan perkataan makan malam diganti dengan makan kawah? | Bahasa diraja untuk makan ialah santap. Oleh yang demikian perkataan yang sesuai digunakan ialah majlis santapan malam. Perkataan makan kawah tidak boleh digunakan kerana perkataan ini bukan bahasa diraja. | Tatabahasa | 29.05.2008 |
"Mengapakah tuan puteri bersedih?Katakanlah kepada _____," kata Mak Inang Sari kepada Tuan Puteri Nilai Kenchana. Jawapan yang paling sesuai untuk soalan di atas "patik" atau "hamba"? Terima kasih. | Jawapan yang sesuai: "Mengapakah tuan puteri bersedih?Katakanlah kepada hamba," kata Mak Inang Sari kepada Tuan Puteri Nilai Kenchana. | Istilah | 15.05.2016 |
Yang mana betul? a. baju melayu atau baju Melayu b. baju kebaya atau baju Kebaya c. pengakap atau Pengakap d. Tunas Puteri atau tunas puteri e. Persatuan Bulan Sabit Merah atau persatuan bulan sabit merah f. pengerusi atau Pengerusi g. setiausaha atau Setiausaha h. Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Dalam buku teks BM SJK (C) tahun 5 wujudnya ayat berbunyi: ......sekolah saya mempunyai Taman Sains, Makmal Komputer........... Soalan saya: Mengapa Taman Sains, Makmal Komputer ditulis dalam huruf besar? Sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah: a. baju Melayu b. baju kebaya c. Pengakap d. Tunas Puteri e. Persatuan Bulan Sabit Merah f. pengerusi g. setiausaha h. Bahasa Malaysia (subjek) i. Taman Sains, Makmal Komputer - nama khas ditulis dengan huruf besar. | Tatabahasa | 07.01.2011 |
Adakah kata nama khas seperti Praklong merupakan kata tunggal? sekiranya ya, adakah itu bermaksud Puteri Onang Minang Hang turut diterima sebagai kata tunggal dengan 8 suku kata?? Adakah puteri termasuk dalam kata nama khas tersebut? atau "puteri onang minang hang" terdiri daripada dua kata nama khas? Bagi kata tunggal yang terdiri daripada kata nama khas, adakah terdapat had suku kata? | Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Berdasarkan huraian tersebut kata praklong jelas tidak menerima sebarang imbuhan dan boleh dikategorikan sebagai kata tunggal, manakala nama Puteri Onang Minang Hang tidak termasuk dalam kategori kata tunggal kerana menerima kata dasar yang lain. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 47. | Tatabahasa | 10.03.2013 |
Luxury mixed development -Kepelbagaian pembangunan mewah Iskandar Puteri’s Contemporary Waterfront Living -Pembangunan kontemporari Iskandar Puteri Your preferred waterfront address -Pembangunan pilihan anda Freehold -Milikan bebas An evergreen sanctuary -Pembangunan malar hijau Nature inspired park living -kehidupan inspirasi alam semula jadi Exclusive gated and guarded living -Kehidupan eksklusif berpagar | Terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: Luxury mixed development - Pembangunan becampur yang mewah Iskandar Puteri’s Contemporary Waterfront Living - Pembangunan Persisiran Kontemporari Iskandar Puteri Your preferred waterfront address - Kediaman persisiran pilihan anda Freehold - Pegangan kekal An evergreen sanctuary - Kawasan malar hijau atau Taman malar hijau Nature inspired park living - Kehidupan berkonsepkan alam semula jadi Exclusive gated and guarded living - Kediaman eksklusif yang berpagar dan berpengawal | Penyemakan dan penterjemahan | 03.11.2016 |
Puteri Fareza Izzaty ISN 3.14 PTG Puteri Fareza Izzaty assalamualaikum maaf menganggu .boleh saya tanya . Dbp ambil tak student pratikal untuk tahun depan bulan dua | Wa alaikum salam, Pihak DBP ada membuat pengambilan untuk pelajar praktikal. Cik dapatkan surat sokongan/surat permohonan latihan industri dalam bahasa Melayu yang dikeluarkan oleh pihak universiti cik dan hantar permohonan tersebut kepada pihak DBP. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 18.09.2017 |