Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.tu] | ڤوتو

Definisi : 1. = ~ kacang sj penganan yg dibuat drpd kacang hijau yg ditumbuk dgn gula; 2. = kuih ~ sj penganan yg dibuat drpd tepung beras dll; jenis-jenisnya: ~ buluh, ~ mayang, ~ piring. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.tu] | ڤوتو

Definisi : 1 kuih yg dibuat drpd tepung kacang hijau dan gula. 2 kuih yg dibuat drpd tepung beras dll: ~ bambu; ~ buluh; ~ mayang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata putu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Putu mayam atau putu mayang yang betul?

Putu mayam” atau “putu mayang” kedua-duanya merujuk pada kuih yang sama, iaitu kuih yang dibuat daripada tepung beras yang menyerupai mihun, dikukus dan dimakan dengan kelapa parut yang dicampurkan dengan gula merah.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1787.

Ejaan17.09.2024

Kembali ke atas