Alep Maleq SN 11.34 PTG Boleh sy tahu. Ada tak buku berkaitan negeri sembilan dijual di galeri DBP di festival buku antarabangsa pwtc? | Terima kasih Tuan. Sila datang ke reruai DBP di dalam Dewan Tun Hussein Onn di Pesta Buku Antarabangsa KL 2017. Ada potongan harga yang cukup istimewa. | Lain-lain | 01.05.2017 |
Salam sejahtera. Saya guru tadika dari Singapura ingin mencari buku kanak-kanak sebagai buku panduan mengajar . Boleh saya tahu jika pameran buku yang berlangsung sekarang ini di PWTC ada menjual buku seperti yang disebutkan saya tadi? Terima kasih. | Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Puan boleh terus datang ke gerai DBP 3250 hingga 3255 dan 3262 hingga 3267 di Dewan Tun Razak 3. Puan boleh terus membelinya di sana. Ada pelbagai buku kanak-kanak dengan potongan harga yang istimewa. Moga maklumat ini dapat mambantu puan. Pba.png 28 APRIL.png 29 APRIL.png 30 APRIL.png | Lain-lain | 24.04.2014 |
Selamat petang. Saya ada pertanyaan. Saya sedang mencari kamus "rumi-jawi" yang pernah dikeluarkan oleh DBP sebelum ini. Boleh saya tahu macam mana cara untuk saya dapatkannya dalam tempoh yg singkat ini? Saya sudah mencari di toko buku sekitar Kedah dan Kuala Lumpur termasuk ke kaunter DBP di pameran buku PWTC pada bulan 5 tahun ini tetapi saya mendapat maklumat bahawa kamus tersebut sudah habis dijual dan sedang menunggu cetakan seterusnya. Keadaan saya ini, saya memerlukan kamus tersebut segera. Mungkin pihak DBP ada menyimpan stok kamus tersebut. Terima kasih. | Buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi masih belum ada di pasaran. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Kedai Buku DBP di talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. | Lain-lain | 21.10.2015 |