Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[qaf] | قاف

Definisi : 1. huruf ke-21 abjad Arab (mempunyai nilai 100); 2. huruf ke-24 abjad Jawi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata qaf


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin tahu adakah Dewan Bahasa & Pustaka mempunyai buku2 teks sekolah rendah untuk rujukan terutamanya buku2 bahasa arab (j-QAF) serta huraian sukatan mata pelajaran bahasa arab untuk sekolah rendah. Jika ada, bilakah masa yang sesuai untuk saya membuat rujukan ?

Untuk makluman saudara, DBP menerbitkan buku Teks Bahasa Arab KBSR, tahun satu hingga enam.

Bagi kegunaan j-Qaf, buku teks lama masih digunakan tetapi menggunakan sukatan pelajaran berdasarkan j-Qaf, hanya Bahasa Arab Tahun satu kegunaan 2008  buku baharu telah digunakan dan akan disusuli dengan buku-buku seterusnya.

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab ada dijual dikedai Koperasi DBP Kuala Lumpur.

Sekiranya saudara ingin membuat rujukan mengenai buku-buku tersebut, saudara boleh juga datang ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP.

Lain-lain31.12.2007
Adakah panduan umum dalam transliterasi perkataan Arab berkenaan huruf hamzah, kaf dan qaf. Dan adakah ruang untuk memasukkan penggunaan yang lebih merujuk kepada ejaan Arab di dalam ejaan yang telah dgunapakai di dalam Kamus Dewan, sebagai rujukan silang cthnya, perkataan "takwa" dan diwujudkan rujukan silang dengan perkataan "taqwa." Moga Allah membalas jasa baik pihak tuan. wassalamPedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi dirumus khusus bagi penerbitan buku-buku agama khususnya yang berkaitan dengan istilah Agama Islam. Dalam proses transliterasi perkataan Arab ke Rumi, huruf hamzah kepada tanda ', kaf kepada k dan qof kepada q. Dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi, kata serapan daripada bahasa Arab yang berupa istilah khusus dieja seperti ejaan asal dalam bahasa Arab ke dalam ejaan Jawi dan diselaraskan ejaannya dalam Rumi seperti wuduk, wuquf dan reda. Manakala kata umum daripada bahasa Arab yang sudah terserap dalam bahasa Melayu dieja dalam ejaan Rumi mengikut cara mengeja kata-kata jati dalam bahasa Melayu seperti sabun, darurat dan sahabat. Wallahualam.Lain-lain14.01.2013
Perkataan 'menarik' dalam Jawi Za'ba dieja sebagai مناريک. manakala, dalam ejaan Jawi Moden dieja sebagai مناريق. boleh saya tahu mengapa huruf kaf berubah menjadi qaf di akhir ?Sistem Ejaan Jawi Baharu menyelaraskan sistem ejaan Jawi bagi memudahkan pembelajaran. Ejaan kata jati Melayu dibezakan dengan kata pinjaman/kata asing. Kata jati Melayu diselaraskan ejaannya seperti مناريق dan بيليق dengan kata pinjaman seperti کيک dan بوتيک.Ejaan24.05.2021
1. Di Istilah MABBIM ada perkataan "mare". Bagaimana hendak menyebutnya? [ma.re] atau [ma.ré]? 2. Bagaimana hendak menulis qamari dalam tulisan Jawi?1. [ma.ré]?
2. qaf mim ro ya
Lain-lain03.12.2014
Slam tuan, saya keliru penggunaan perkataan jawi lama dan baru yang mana satu boleh digunakan untuk ejaan semasa.Saya mencadangkan pihak tuan dapat menganjurkan kursus bagi memberi pendedahan sebenar berkenaan ejaan jawi yang betul.Kerajaan telah memperkenalkan j-Qaf (Jawi-Quran-Arab-Fardu Ain) kepada sekolah-sekolah rendah di seluruh negara semenjak beberapa tahun yang lalu. Untuk sukatan pelajaran Jawi semuanya menggunakan sistem ejaan Jawi terkini. Banyak rujukan berkenaan ejaan Jawi terkini mudah didapati dipasaran. Saudara boleh mendapatkan rujukan tersebut di pasaran. Kursus-kursus Jawi juga telah banyak dianjurkan di luar sana sama ada anjuran DBP atau pihak luar cuma sasaran peserta mungkin telah dikhususkan.Lain-lain09.06.2009
Kenapakah kata "qiamat" ditukar ejaannya kepada "kiamat"? Sedangkan kata "Quran" dikekalkan? Soalan ini pernah diajukan kepada saya ketika satu perbincangan bahasa bersama rakan saya di IPG. Soalan ini rentetan daripada hujah rakan saya berkaitan dengan pertukaran makna pada sesuatu kata. Rakan saya mengaitkan perkara ini sama seperti kalimah-kalimah dalam bahasa Arab, sekiranya berlaku pertukaran ejaan, akan berubah maknanya. Jadi, apakah jawapan yang lebih jelas berkaitan dengan hal ini?Ejaan "kiamat" disesuaikan mengikut pedoman Transliterasi Arab-Rumi, manakala kata al-Quran dianggap sebagai kata nama khas dan dikekalkan ejaannya dengan huruf yang melambangkan huruf qaf dalam bahasa Melayu. Kami tidak menafikan kemungkinan wujud perubahan makna apabila ejaannya diubah, tetapi kita harus faham dan melihat keseluruhan konteks perbincangan. Contohnya, jika kita merujuk hari kebangkitan tidak mungkin kita merujuk kepada makna yang lain selain hari kiamat.Ejaan28.08.2011
Salam sejahtera, Saya ada beberapa soalan tentang perkembangan tulisan jawi di negara ini. 1-Bagaimana pihak DBP berperanan dalam mengekalkan warisan ini. 2-Bagaimana sambutan para pelajar terhadap tulisan jawi pada masakini. 3-Apakah kelebihan lain menguasai tulisan jawi selain daripada menguasai asas bahasa arab dan memantapkan amalan fardhu ain. Sekian, terima kasih.

1- Pengeluaran buku teks Jawi, Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, penganjuran ceramah Jawi, penyelidikan tentang Jawi, dll. Usaha memartabatkan semula tulisan Jawi sekarang ini sebenarnya bermula daripada usaha DBP.

2- Pelajar sekarang semakin celik Jawi terutama pelajar sekolah rendah selepas J-Qaf diperkenalkan.

3- Sekiranya anda mahir dalam seni khat anda boleh manfaatkan bakat anda itu untuk menjana pendapatan sampingan anda.

Lain-lain30.10.2008

Kembali ke atas