Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vi often ~ up, berbaris, beratur: people were already ~ing up outside, orang ramai sudah pun berbaris di luar. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n line of persons, vehicles, etc, barisan; (foll by a v), (approp n) yg berbaris: the speeding car hit the last person in the ~, kereta yg sedang laju itu melanggar orang yg paling belakang dlm barisan itu; a long ~ waited p (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata queue

Peribahasa

236

Old habits die hard

Tabit atau amalan yang sudah menjadi kebiasaan sukar diubah.

Ikat boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya?

People would still prefer to queue up to buy their tickets at the counters. When asked why they were reluctant to use the ticket-vending machines, their response was "troublesome". It is true : old habits die hard.

Orang ramai masih suka beratur untuk membeli tiket di kaunter. Apabila ditanya mengapa mereka keberatan hendak menggunakan mesin tiket, jawapan mereka, ''menyusahkan''. Benarlah : ikat boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya?

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud dan asal-usul perkataan Toncit? Contoh ayat, "Jin pakai toncit". Terima kasih.Kata "tonchet" telah terakam dalam Kamus Malay-English Dictionary (R.J Wilkinson, 1959) dengan maksud tuft or lock of hair; small queue; Hn. cf. kunchit, kunchir, kundai, chotet, konchet.

Secara umumnya, makna "toncit" dalam ayat "Jin pakai toncit" bermaksud mempunyai secekak rambut yang dibiarkan panjang di kepala yang gondol atau botak, sama ada diikat tinggi atau berbentuk sanggul dan sebagainya.

Dalam Kamus Dewan Perdana, terdapat kata "kuncit" yang bermaksud secekak rambut yang dibiarkan panjang di kepala yang gondol; kucir.

Kata "kucir" pula bermakna secekak rambut yang dibiarkan tumbuh panjang di atas kepala yang botak; kuntung.

Kata "kuntung" juga bermakna secekak rambut yang dibiarkan tumbuh panjang di atas kepala yang botak; kucir.

Terdapat juga kata "tongset", kata berlabel kata klasik yang berasal daripada bahasa Cina (Kamus Dewan), dan bermaksud sanggul atau kundai.

Kajian yang lebih lanjut adalah amat dialu-alukan.

Bagi tujuan keselarasan ejaan, kata "toncet" atau "tuncit" adalah disarankan.
Lain-lain06.01.2022

Kembali ke atas