Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tekaan, agakan, dugaan, taksiran; salah ~ salah dugaan; meraba, meraba-raba 1. menyentuh (me­me­gang-megang, menjamah) kerana hendak merasai atau mencari sesuatu (dgn tidak me­lihat): serangga menggunakan sesungutnya utk ~ jalan; tuan Sutan meraba-raba muka­nya kalau sungguh-sungguh ada lumpur terpalit; 2. mencari sesuatu pd tubuh orang (dlm saku dll), memeriksa orang utk mencari sesuatu: susahlah sedikit memeriksa perem­puan yg lalu, takkan nak diraba seluruh tubuhnya; Amir ~ saku seluarnya dan me­nge­luar­kan rokok; 3. meneka, mengagak (yg tidak terang), mencuba-cuba mendapatkan se­suatu: ia mencuba meraba-raba maksud kata-kata ibu tirinya; ia mencari-cari jawab­annya sendiri, meraba-raba sendiri; merabai meraba berkali-kali atau merata-rata: dia membiarkan dirinya diciumi dan dirabai; teraba-raba 1. meraba-raba (memegang-megang); 2. tercari-cari (sesuatu yg terselin­dung dsb): sebelum mengucapkannya, mereka tentunya akan ~ utk mencari rumus pemakai­annya; rabaan 1. sentuhan utk meraba(-raba); 2. agakan, dugaan, taksiran, tekaan; peraba; alat ~ pancaindera utk merasa (dgn kulit), perasaan kulit, perasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
raba
Kata Terbitan : meraba, meraba-raba, merabai, teraba-raba, rabaan,

Peribahasa

Kurang budi teraba-raba,
     tidak ilmu suluh padam.

Bermaksud :

Orang yang kurang siasat di dalam sesuatu perkara, akhirnya akan mendapat kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud kata 'meragau' dan bermain acilut' (ms 100) antologi harga remaja, teks komsas Ting.4? tq

Perkataan "meragau" tiada dalam rujukan kami, yang ada ialah "menggagau" iaitu meraba-raba dalam gelap atau mencari sesuatu dengan meraba-raba, manakala bermain aci lut bermaksud main sembunyi, iaitu sejenis permainan budak-budak atau cekup puyuh.

Makna09.02.2010

Kembali ke atas