Contoh ayat: "While speed remains the determining factor in races, fuel efficiency is the game changer this year." Apakah istilah terjemahan Bahasa Melayu yang tepat bagi perkataan "game changer"? | Untuk terjemahkan yang lebih tepat boleh dipanjangkan kepada Institut Terjemahan Malaysia atau Persatuan Penterjemah Negara. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan perkataan "Pengubah Permainan". | Penyemakan dan penterjemahan | 26.04.2014 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang istilah "time attack". Istilah ini belum wujud dalam PRPM. Jika merujuk pada kamus urban di Google, istilah ini membawa maksud: 1. An act of racing against time or a deadline to establish how fast a certain goal can be covered or done. 2. A form of competition in which an athlete races against the clock to establish how fast he or she can cover a given distance. NOTE: This is also the same thing as Time Trial. *Bolehkah sekiranya saya terjemahkan ia kepada "Serangan Masa" atau "Masa Percubaan"? Yang mana lebih sesuai? Terima kasih. | Merujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan, “attack” juga membawa maksud act of setting to work upon, iaitu pengerjaan atau penggarapan, maka kami mencadangkan “garapan masa” sebagai padanan bagi contoh ayat yang pertama. Contoh ayat yang kedua pula merujuk serangan (in a game, sport), oleh itu, kami mencadangkan “serangan masa” sebagai padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi konteks makna “time attack” tersebut. | Istilah | 05.05.2020 |