Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.das] | رادس

Definisi : alat, perkakas: makmal merupakan bengkel yg istimewa dan di dalamnya ada perkakas sains atau ~; beradas menggunakan radas, ada radas: permanian ~ dijalankan terhadap binatang utk mendapatkan baka yg lebih baik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.das] | رادس

Definisi : alat yg digunakan utk bekerja atau utk mengerjakan sesuatu; perkakas: Semua ~ utk eksperimen itu telah disediakan. beradas ada radasnya; menggunakan radas: permanian ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
radas
Rujuk :alat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah saya mendapatkan terjemahan bagi "extrusion apparatus" dan juga "anchoring disc"? (digunakan untuk menerangkan struktur spora) Sebelum ini saya terjemahkan kepada radas penerobosan dan cakera berlabuh.Cadangan terjemahan kami, extrusion apparatus - radas penerobosan, manakala anchoring disc - cakera penambat.Penyemakan dan penterjemahan02.01.2016
Apa maksud burn out dalam bahasa melayu secara tepat?

Perkataan “burnout” mempunyai dua maksud dalam bahasa Melayu mengikut bidang yang berbeza.

1.     Dalam bidang pentadbiran - Lesu upaya yang membawa maksud kehabisan daya mental dan fizikal seseorang disebabkan tekanan kerja.

2.     Dalam bidang kejuruteraan  - bakar lebur; bakar habis

a.     Bakar lebur: Kerosakan teruk sesuatu bahagian bahan api akibat ketiadaan bahan dingin.,

b.     Bakar habis: Keadaan apabila kadar pertukaran atom gas terion melebihi kadar kemasukan atom neutral dalam radas termonuklear.

Makna13.11.2025

Kembali ke atas