Edy Raden. Isu ejaan betul dan ejaan salah. Istirahat tu idea siapa? Dh elok istirehat bukan? Se-Malaysia.. x perlulah bersempang bagai.. dan byk ejaan yg dipaparkn td menunjukkn pengubahnya mempunyai idea dan pendirian yg tidak tetap dan berfantasi yg mengarut.. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan istirahat berasal daripada kata Arab yang bermaksud rehat. Ia bukan terbit daripada kata dasar rehat dan tidak ada istilah istirehat dalam bahasa Melayu. Ejaan yang betul ialah se-Malaysia. Tanda sempang (-) perlu digunakan apabila awalan se- diimbuhkan pada kata nama khas yang bermula dengan huruf besar. Contoh lain: se-Nusantara dan se-Tanah Melayu. Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu telah diselaraskan dan diisytiharkan penggunaannya sejak tahun 1975. Oleh yang demikian ejaan perkataan bahasa Melayu sudah mantap dan selaras penggunaannya seperti yang tersenarai di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. | Ejaan | 27.02.2015 |
Raden Muhammad Mar 7th, 11:13am asalammualaikum.. saya raden muhammad azrul amirrullah,ingin mendapatkan manuskrip UUK (Undang-undang Kedah). Masih adakah cetakannya dan berapa harga untuk memilikinya? terima kasih Dewan Bahasa Dan Pustaka. | Waalaikumsalam. Sekiranya encik memerlukan buku tersebut dan mempunyai sebarang pertanyaan berhubung jualan buku DBP, encik bolehlah menghubungi petugas di kaunter Kedai Buku Koperasi DBP di talian 03-21479636. Terima kasih. | Lain-lain | 09.03.2015 |
maksud pengantarabangsaan, mitos, dan lagenda | Takrifan kata pengantarabangsaan, mitos, dan legenda mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat: 1. Pengantarabangsaan: sesuatu perbuatan (proses) mengantarabangsakan. Contoh ayat; wujudnya peluang ekonomi yang semakin banyak akibat pembangunan dan pengantarabangsaan. 2. Mitos: 1. cerita zaman dahulu yg dianggap benar, terutamanya yg mengandungi unsur-unsur konsep atau kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam, dsb; 2. cerita tentang seseorang atau sesuatu yg tidak benar atau direka-reka, dongeng; memitoskan 1. menjadikan sesuatu (kisah, cerita dsb) sbg mitos: beliau mematikan watak Raden Kelang dgn ~ bahawa putera raja yg masih muda ini terbunuh di Kampung Keling; 2. mendewa-dewakan seseorang: mereka berjaya juga mengurangkan aspek yg ~ tokoh-tokoh tersebut; kemitosan perihal (keadaan, sifat) mitos: penjelasan yg meyakinkan wujudnya ~sumpahan tersebut; pemitosan perihal memitoskan: ada obsesiutk menemukan akar, nostalgia dan akhir-nya ~ tanah asal yg telah hilang 3. Legenda:1. cerita dongeng yg bersangkutan dgn kisah-kisah yg bersejarah; 2. petunjuk atau kata-kata keterangan tentang sesuatu (spt peta, carta, ilustrasi, dll). | Makna | 23.02.2009 |