Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.di.kal] | راديکل

Definisi : 1. secara menyeluruh (tidak sedikit-sedikit atau terbatas), secara yg menjejaskan (mengubah dsb) aspek atau sifat asas sesuatu: perubahan yg ~ dlm adat resam sosial, politik, ekonomi, dan estetik; manusia boleh berubah dgn ~; 2. memperjuangkan (menyo­kong atau cenderung kpd) perubahan-per­ubah­an dasar pd bidang atau keadaan politik (ketatanegaraan, ekonomi, sosial, dll): parti yg akan dibentuknya itu berhaluan lebih kiri drpd UMNO sekira-kira dapat mempe­ngaruhi golongan ~ dlm parti itu; 3. = ~ bebas (Kim) atom atau kumpulan atom yg mem­punyai elektron luar yg tidak ber­pasang­an, lazimnya sangat reaktif; meradikalkan menjadikan sesuatu radikal: proses ~ garis perjuangan pragmatis kesatu­an sekerja yg tradisional; keradikalan perihal (sifat) radikal: tidak ada seorang pun yg melebihi pengalaman­nya dan tidak ada pula yg melebihi ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.di.kal] | راديکل

Definisi : 1 berkaitan dgn dasar atau asasnya (menyeluruh dan menjejaskan): perubahan yg ~. 2 cenderung kpd perubahan asas (dasar): puak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ra.di.kal] | راديکل

Definisi : ist kumpulan atom spt (NH4)+ dll yg bertindak sbg satu atom dlm tindakan kimia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
radikal (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan ekstrem, pelampau, revolusioner, subservif;,
Kata Terbitan : keradikalan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan yang diiktiraf oleh DBP untuk "Arab Spring", yang merujuk kepada kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir dan negara-negara Arab yang lain?Apakah terjemahan yang diiktiraf oleh DBP untuk "Arab Spring", yang merujuk kepada kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir dan negara-negara Arab yang lain?
Konsep "Arab Spring" yang berlaku di beberapa negara Arab seperti Mesir dan Tunisia membawa maksud penukaran kerajaan secara tidak sah melalui gerakan revolusi dan keganasan. Gerakan revolusi membawa maksud perubahan sesebuah kerajaan, sistem politik, atau sistem sosial yang dilakukan secara radikal dan kekerasan, seperti rusuhan dan pemberontakan bersenjata.
Istilah05.07.2013
Apakah maksud hybrid dalam istilah puisi?

Salam Maal Hijrah 1432,

Perkataan hibrid secara harfiah bermakna kacukan, bauran atau cantuman dua/atau lebih entiti yang berlainan identiti dan budaya sehingga membentuk entiti baru. Dalam karya sastera, termasuklah genre puisi, perkataan hibriditi menjadi salah satu unsur penting dalam teori pascakolonial untuk memperlihatkan permasalahan dan kesan representasi kolonial dan kolonialisasi sehingga membentuk  identiti budaya baru dan unik kepada kalangan yang terjajah. Dalam perkembangan kesusasteraan Melayu, novel "Mencari Isteri" karya Mohamad Yusof Ahmad, memperlihatkan ciri-ciri hibriditi identiti dan budaya kalangan pegawai Melayu dalam "Malay Civil Service" walaupun berjiwa Melayu yang  menyerap masuk nilai-nilai  Barat sebagai nilai baru, antaranya melalui cara penampilan, cara pergaulan, jenis perabot dan susun atau hiasan dalamannya, lanskap dan pemikiran yang sendeng Barat. Dari segi pemikiran, unsur-unsur pemodenan ke atas bangsa Melayu menggunakan kayu ukur pemodenan kaedah Barat. Dalam karya puisi  subjek yang sama mungkin juga dapat diteliti. Penggunaan  mitonimi sebagai bahasa kiasan untuk menjustifikasikan kesan bauran dan cantuman identiti dan budaya dalam puisi itu juga dapat diteliti. Mutakhir ini terdapat pandangan yang lebih terbuka dan radikal terhadap penggunaan istilah hibriditi, apabila bauran atau cantuman budaya itu tidak lagi dilihat sebagai kesan dan akibat penjajahan semata-mata tetapi kesan daripada  modernisasi, urbanisasi, sentralisasi dan globalisasi yang memungkinkan transmigrasi, percampuran dan bancuhan sesebuah budaya dan identiti itu menjadi dinamik sehingga membentuk identiti dan budaya baru yang unik. Banyak bahan rujukan yang saudara boleh teliti untuk menambah pengetahuan dalam bidang ini, misalnya karya Homi Bhabha The Location of Culture ((1994)atau tulisan G.Yao Taxonomizing hybridity (2003).  Penjelasan lanjut juga boleh juga ssaudara peroleh dengan menghubungi tenaga pakar teori dan kritikan DBP iaitu  sdr. Mohamad Daud Mohamad di talian 03-21482536 atau 0133236724.

 

Salam takzim.

Lain-lain04.12.2010

Kembali ke atas