Ayat 1. Ali berehat di bawah pokok yang rendang. Ayat 2. Ali mendengar radio. Ayat majmuk: 1. Ali bereha di bawah pokok yang rendang sambil mendengar radio. 2. Ali berehat sambil mendengar radio di bawah pokok yang rendang. Soalan: Yang manakah betul antara ayat majmuk 1 dengan ayat majmuk 2? | Kedua-dua ayat majmuk Ali bereha di bawah pokok yang rendang sambil mendengar radio dan Ali berehat sambil mendengar radio di bawah pokok yang rendang betul. | Tatabahasa | 03.03.2012 |
1. Rita berehat sambil mendengar radio di bawah pokok. 2. Rita berehat di bawah pokok sambil mendengar radio. 3. Rita mendengar radio sambil berehat di bawah pokok. Dari segi bahasa, sila memberikan nasihat mengenai struktur ayat yang betul. Terima kasih. | Cik Ng, ketiga-tiga ayat di atas betul. Cuma kita kena tahu apakah sebenarnya, atau fokus kita semasa menulis ayat tersebut. Terima kasih | Tatabahasa | 17.01.2009 |
1.lembut rasa kek coklat ini. 2. mengapa lembut sangat suara radio itu? tanya Liew tuan, adakah kedua-dua ayat ini kesalahan dalam penggunaan lembut? tq | 1. Lembut tidak sesuai digunakan untuk merujuk kepada 'rasa'. Perkataan yang lebih sesuai ialah sedap, enak atau lazat. 2. Lembut boleh digunakan untuk merujuk kepada 'suara'. Perkataan lain yang sesuai ialah merdu, nyaring dan lunak. Ayat tersebut sepatutnya menambah perkataan juruhebah atau penyiar sebelum perkataan 'suara'. Perkataan 'bunyi' lebih sesuai untuk radio. (... bunyi radio itu.) | Tatabahasa | 18.09.2011 |
Definisi : 1) Hiburan 2) Dokumentari 3) Majalah 4) Drama 5) berita Definisi : 1)Televisyen 2) Genre | 1. Hiburan bermaksud sesuatu perbuatan, benda, dan sebagainya untuk menghiburkan hati. 2. Dokumentari bermaksud tayangan (filem, televisyen) atau acara radio yang memaparkan (menceritakan) maklumat sebenar tentang sesuatu perkara. 3. Majalah bermaksud terbitan berkala yang mengandungi makalah, fiksyen, gambar foto dan sebagainya. 4. Drama bermaksud karya yang dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio, atau TV. 5. Berita bermaksud maklumat mengenai sesuatu kejadian (peristiwa, diri sendiri, dll) yang disampaikan sama ada secara lisan atau dengan surat dan sebagainya. 6. Televisyen ialah penyiaran (pemancaran) gambar hidup (gambar bergerak) berserta bunyi menerusi kabel atau udara pada skrin atau kaca peti televisyen. 7. Genre bermaksud kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk, atau kandungan tertentu. | Lain-lain | 17.04.2012 |
Saya merupakan individu yang telah menfailkan saman tuntutan RM 1 juta terhadap Stesyen Radio Xfresh fm berkaitan penyiaran lagu Indonesia dan promo yang menjanjikan tawaran RM1 juta kepada mana-mana pendengar yang berjaya membuktikan bahawa pihak radio tersebut ada menyiarkan lagu-lagu Indonesia atau tidak. Proses perbicaraan masih berjalan berikutan wujud kemusykilan pada konteks penggunaan ayat. Peguam plaintif mengatakan promo yang berbunyi " ingat tau, RM 1 juta jika dapat membuktikan kami ada menyiarkan lagu Indonesia ......." bukan bermaksud satu tawaran. Mereka mengatakan ayat tawaran mesti berbunyi seperti ini "Siapa yang dapat membuktikan Xfresh Fm ada menyiarkan lagu Indonesia akan dibayar RM1 juta". Oleh itu saya ingin meminta penerangan secara penuh berkaitan konteks dan maksud ayat yang digunakan dalam promo tersebut. Saya juga mengharapkan jawapan secara bertulis kerana ia merupakan bahan atau hujah bagi menguatkan dakwaan saya berkenaan tawaran RM 1 juta tersebut. Untuk pengetahuan pihak tuan, pihak Xfresh fm memang telah terbukti telah menyiarkan lagu Indonesia iaitu "My Heart", bagaimanapun kini mereka enggan membayar RM 1 juta yang ditawarkan kerana beranggapan promo itu bukan bersifat tawaran dan ia hanya gimik sahaja. Harap pihak tuan dapat jelaskan juga maksud perkataan gimik dan syarat-syarat atau peraturan menggunakan gimik. Terima kasih. | Khidmat Nasihat Bahasa tidak merangkumi sebarang pertikaian mahkamah. Walau bagaimanapun tuan boleh mengemukakan masalah ini menerusi surat rasmi kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 11.07.2009 |
Salam, Saya bertanya bagi pihak Hakuhodo Advertising mengenai sebuah iklan radio yang sedang kami usahakan untuk sambutan Hari Merdeka dan Hari Raya yang akan datang pada bulan Ogos. Soalan saya adalah: 1. Bolehkah kita menyebut 'Selamat Hari Merdeka-Raya!' untuk iklan radio tersebut (sebagaimana pernah suatu ketika dahulu, perayaan Deepavali dan Raya disebut 'Deepa-Raya'). Bantuan dan nasihat segera pihak DBP amat dihargai. Terima kasih. | Kata merdeka dan raya tidak boleh digabungkan kerana kedua-duanya adalah sambutan yang berbeza, walaupun kita menyambutnya pada tarikh yang hampir sama. Ungkapan yang betul ialah "Selamat Menyambut Hari Merdeka dan Hari Raya". | Istilah | 07.07.2011 |
Selamat Petang, Diharap pihak tuan dapat membantu dalam menjelaskan bagaimana untuk melaraikan sukukata untuk perkataan-perkataan berikut:- 1) kuih - /ku//ih/ atau /kuih/? 2) air - /a/ /ir/ atau /air/ atau /ai/r/? 3) radio - /ra/di//o/ atau /ra//dio/? Terima Kasih | Suku kata bagi perkataan kuih ialah /kuih/, air ialah /air/, radio ialah /ra.dio/. | Tatabahasa | 04.06.2010 |
apakah yang dimaksudkan dengan frekuensi dalam istilah matematik? | Secara umumnya, frekuensi bermaksud: (frékuensi) 1. perihal berulang-ulang (sesuatu gejala dll), kekerapan: ~ penggunaan kata tersebut dlm sistem korpus DBP adalah tinggi; 2. (Fiz) kadar getaran, ayunan, kitaran dsb yg berlaku pd setiap saat bagi sesuatu fenomena yg berkala, biasanya diukur dlm unit hertz: rangkaian PCN beroperasi menggunakan ~ rendah 1800 MHz ke atas;~ ambang (Fiz) frekuensi cahaya yg paling rendah, yg dapat mencetuskan kesan fotoelektrik pd permukaan logam tertentu; ~ audio (Fiz) frekuensi yg dapat didengar oleh telinga manusia (dlm julat 20 - 20 000 hertz); ~ radio (Fiz) frekuensi yg digunakan utk komunikasi atau siaran radio (dlm julat 10 kilohertz - 300 000 megahertz); ~ rendah (Fiz) frekuensi, terutamanya frekuensi radio, dlm julat 30 - 300 kilohertz, dgn jarak gelombang 1 - 10 meter; ~ tinggi (Fiz) frekuensi, terutamanya frekuensi radio, dlm julat 3 - 30 megahertz, dgn jarak gelombang 10 - 100 meter; berfrekuensi mempunyai atau menggunakan frekuensi: penggunaan alat perhubungan ~ tinggi membolehkan mereka menghubungi kementerian atau polis. | Istilah | 14.08.2015 |
1: kenapa "tempat" tidak lagi dipakai dalam akbar atau siaran radio/tv, tapi diganti dgn lokasi? | Lokasi sebagai pilihan kepada perkataan tempat. Penggunaannya menjadi hak penerbit tetapi mestilah disebut dan dieja dengan betul. | Tatabahasa | 23.11.2012 |
Syaril Azrad Sep 9th, 1:39am Assalamualaikum. Saya kerap mendengar di radio ayat seperti berikut. " Antara tanda kebesaran Allah ialah dijadikannya alam yang...." betul atau tidak penggunaan imbuhan di-kannya dalam ayat di atas? | Frasa yang betul ialah 'Antara tanda kebesaran Allah adalah dijadikan-Nya alam yang...' atau ' Antara tanda kebesaran Allah ialah kejadian alam yang...' | Tatabahasa | 09.09.2014 |