Penjodoh bilangan yg sesuai untuk bunga rafflesia | Menurut data kami, penjodoh bilangan yang sesuai ialah sekuntum bunga Rafflesia | Lain-lain | 30.09.2019 |
pohon penjelasan tentang raflesia atau rafflesia? terima kasih | raflesia | Ejaan | 28.06.2014 |
Bagaimana perkataan-perkataan berikut dipenggalkan mengikut suku kata? rumpair sempoa muzium masyhur piano suria jurutaip cuaca beliung periuk audit atlet akauntan aeronautik Musytari sandwic asparagus ekuestrian triatlon penguin Oleander Rafflesia Aloe vera Willow Asteroid Adakah kata nama khas (khasnya kata pinjaman Inggeris) tidak perlu dipenggalkan? | Suku kata perkataan tersebut dipenggalkan seperti yang berikut: (rum/pa/ir), (sem/po/a), (mu/zi/um), (masy/hur), (pi/a/no), (su/ri/a), (ju/ru/ta/ip), (cu/a/ca), (be/li/ung), (pe/ri/uk), (au/dit(, (at/let), (a/ka/un/tan), (ae/ro/nau/tik), (Musy/ta/ri), (sand/wic), (as/pa/ra/gus), (e/ku/es/tri/an), (tri/at/lon), (pe/ngu/in), (O/le/an/der), (Raff/le/si/a), (A/loe), (ve/ra), (Wi/llow), (As/te/ro/id). Lazimnya dalam tujuan pembelajaran kata jati Melayu yang dipilih sebagai contoh penggalan bagi memudahkan kefahaman pelajar. | Tatabahasa | 19.04.2013 |