Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj bakul yg diperbuat drpd bilah (rotan dll) utk mengisi barang dll: ia pergi ke pasar, tangannya membimbit ~; 2. buah ~ sj bola yg dianyam drpd rotan; bermain sepak ~ ber­main raga dgn menyepaknya dan menjaga supaya jangan jatuh ke tanah; (bermain) sepak ~ jaring bermain raga dgn mengguna­kan jaring; meraga sbg raga, kasap, berserabut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Jw badan: seolah-olah jiwa seni yg ada pd ~ Abdul Aziz dulu sungguh-sungguh telah bertukar; jiwa dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; raga-raga sl, beraga, meraga mem­­­perlihat-lihatkan (menunjukkan) diri, ber­lagak, sombong, menyombongkan dirinya: akan kita ~ dgn bermain; memperagakan 1. mempamerkan (kpd bakal pembeli dll), menunjukkan (barang dagang­an) kpd orang ramai: peruncit harus menggunakan segala ruang dlm kedainya dgn sebaik-baiknya utk ~ barangannya; 2. memperlihat-lihatkan kebagusan diri (pakaian dll), mempamerkan, menunjuk-nunjukkan, melagakkan: gadis-gadis berjalan ke sana ke mari ~ pakaian mereka; 3. menunjuk-nunjukkan (kekayaan dll); peragaan perbuatan memperagakan sesuatu; peraga orang yg suka memperagakan diri, pesolek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bakul yg dibuat drpd bilah buluh dll dan diberi bertangkai. 2 = buah ~ bola yg dianyam drpd rotan: bermain sepak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : badan: jiwa ~ jiwa dan badan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ; beraga, meraga me­nunjuk-nunjukkan diri; berlagak. memperagakan memperlihat-lihatkan kecantikan diri atau pakaian; menunjuk-nunjukkan kebagusan sesuatu: Beberapa orang peragawati telah ~ pakaian ciptaannya. peraga orang yg suka memperagakan diri; pesolek. peragawan orang lelaki yg memperagakan pakaian dll. peragawati orang perempuan yg memperagakan pakaian dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata raga

Puisi
 

Emak! Emak! Anyam raga,
     Nak mengisi si raga inai;
Emak! Emak! Hantar ke paya,
     Saya nak tengok janda menuai.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Jaras dikatakan raga jarang.

Bermaksud :

Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. jaras = raga yang jarang anyamannya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
definisi sepak raga??Sepak raa sama dengan sepak takraw iaitu sejenis permainan dengan bola raga yang memakai jaring di tengah gelanggang.Makna11.09.2009
boleh tak beritahu tentang permainan sepak raga...
Lipat Maut Sepak RagaCliff Akid Kamijan AbdullahDewan Budaya01/06/2000
Lain-lain14.03.2008
Olahraga atau olah raga?Ejaan yang betul ialah olahraga. Untuk mengetahui ejaan kata majmuk yang telah mantap, sila rujuk Tatabahasa Dewan edisi terkini.Tatabahasa10.12.2008
Di Malaysia, nama permainan association football adalah "bolasepak". Menurut pemahaman saya, ini adalah kerana menepati Hukum DM, iaitu Diterangkan = bola, Menerangkan = sepak. Tetapi kenapa permainan sepak takraw dinamakan begitu, dan bukannya "takraw sepak" untuk menepati Hukum DM?Untuk makluman tuan, permainan sepak takraw/raga merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Perkataan tersebut telah digunakan dan banyak terakam dalam hikayat lama atau sejarah lama masyarakat Melayu. Penggunaannya telah mantap dan gramatis dan diterima umum oleh masyarakat Melayu. Dalam korpus bahasa Melayu, perkataan sepak takraw/raga digunakan.

Dalam bahasa Melayu, perkataan sepak takraw/raga tidak menepati Hukum DM kerana perkataan tersebut termasuk dalam kekecualian sama seperti perkataan perdana menteri, naib canselor, ibu pejabat dan lain-lain. Contoh lain permainan tradisional Melayu yang tidak menepati hukum D-M ialah gasing pangkah.  Kekecualian peraturan D-M, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan, boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan.

Tatabahasa23.09.2013

Kembali ke atas