selamat petang . Apakah perkataan yang sesuai bagi bentuk bola ragbi. 1. Bola ragbi itu berbentuk bujur. 2. Bola ragbi itu berbentuk lonjong . Apakah perbezaan maksud antara perkataan bujur dan lonjong? Jika dalam ujian UPSR , perkataan manakah yang paling sesuai?? | Bola ragbi berbentuk bujur. Sila lihat Kamus Dewan Edisi Keempat di bawah entri ragbi. | Istilah | 02.09.2009 |
Salam. Saya merupakan pelajar universiti yang sedang membuat kajian tentang etimologi atau kajian tentang asal usul perkataan gimnastik, ragbi dan balet. Seperti yang kita sedia maklum, ejaan ketiga-tiga perkataan ini adalah dipinjam daripada bahasa Inggeris. Soalan saya ialah bagaimanakah saya boleh mendapat bahan-bahan/ bukti daripada DBP tentang bilakah ketiga-tiga perkataan yang telah saya senaraikan sebentar tadi wujud/ didaftar / mula digunakan di Malaysia. Sekian, terima kasih. | Perkataan gimnastik, ragbi dan balet terakam seawall penerbitan Kamus Dewan Edisi Pertama yang diterbitkan pada tahun 1970. | Tatabahasa | 16.03.2015 |
Assalamu'alaikum, boleh tolong sahkan ejaan bagi mata dalam sukan ragbi - adakah ia "try" atau "trai"? Kedua-dua ejaan ada dalam PRPM ini. Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah trai. | Ejaan | 25.02.2022 |