Saya ingin mendapatkan definasi rasmi mengenai istilah 'Rahsia Besar, Rahsia, Sulit dan Edaran Terhad' yang sering digunakan di dalam dokumen-dokumen rasmi Kerajaan. | Sila rujuk maklumat tersebut dalam Arahan Pentadbiran dan Keselamatan. | Makna | 26.07.2007 |
Assalamualaikum. (1) Yang mana betul: "Undi anda adalah rahsia" atau "Undi anda ialah rahsia"? (2) Dalam soalan nombor 1, penggunaan perkataan yang mana betul: adakah "undi" atau "undian"? Atau boleh digunakan kedua-duanya? Terima kasih. | 1. Undi anda adalah rahsia. 2. Perkataan undi lebih tepat. | Tatabahasa | 03.04.2013 |
KAIZEN | (RAHSIA PEMBANGUNAN JEPUN) PENINGKATAN YANG BERTERUSAN | Istilah | 29.10.2010 |
Ingin merujuk penggunaan perkataan ahli dan anggota. mana lebih sesuai ahli kesatuan sekerja atau anggota kesatuan sekerja. Keahlian Kesatuan atau keanggotaan Kesatuan. Penggunaan Perkataan Undi Sulit atau Undi Rahsia. Jabatan dalam usaha untuk menyeragamkan perkataan-perkataan di atas dalam Buku Perlembagaan Kesatuan Sekerja. Sekiranya boleh mohon untuk mendapat jawapan sebelum jam 9 pagi 28/9/2012. Jutaan Terima kasih atas kerjasama. | Dalam Kamus Dewan ahli sama dengan anggota bagi persatuan, pertubuhan dan sebagainya. Maka ahli kesatuan sekerja atau anggota kesatuan sekerja, kedua-duanya betul. Begitu juga dengan sulit sama maksudnya dengan rahsia. Maka tiada kesalahan penggunaan undi sulit atau undi rahsia. | Tatabahasa | 27.09.2012 |
Ahmad membaca buku bertajuk “Bukit Rahsia” yang ditulis oleh Idris Rahman. Adakah tajuk buku itu perlu ada tanda pengikat/petik? Terima kasih | Tajuk buku hendaklah diitalikkan dan tidak perlu dibuat tanda petik. | Karya | 24.04.2012 |
Salaam, Saya amat berminat untuk menerbitkan buku saya: Rahsia Nikmat Kegagalan Dalam Bisnes. Untuk perhatian, saya sedang menyiapkan buku tersebut dalam sudah hampir 50% siap. Mohon pencerahan dari pihak DBP untuk membantu menerbitkan buku ini. Terima kasih. Azharee | Wkm salam wbkt. Manuskrip yang telah siap ditulis, lengkap dengan bahan awalannya boleh dihantar kepada Ketua Editor Bahagian Buku Umum, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Manuskrip ini akan melalui beberapa proses penilaian untuk dipertimbangkan kesesuaian penerbitannya oleh DBP. | Lain-lain | 08.07.2013 |
makna kriptografi | kajian linguistik yang berkaitan dengan kod rahsia yang dapat membantu seseorang memahami bahasa yang telah pupus. | Tatabahasa | 13.12.2007 |
salam.boleh tak saya mendapatkan beberapa contoh kata slanga yang bersifat kod rahsia dan jarang diketahiu umum. | Maklumat yang tuan kehendaki tidak terdapat di dalam pangkalan data kami. Kajian dan pembacaan perlu dilakukan bagi mendapatkan kata slanga yang bersifat rahisa dan jarang diketahui umum. Bahasa slanga ialah kata-kata yang digunakan dalam konteks percakapan tidak rasmi atau tidak baku. | Tatabahasa | 18.10.2013 |
MAKSUD PERKATAAN KASYAF | Kasyaf berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud (berkenaan ahli sufi) penyingkapan rahsia alam ghaib melalui pandangan mata hati. | Makna | 23.06.2009 |
Definisi kerahsiaan | kerahsiaanperihal rahsia: Mubarak datang dgn penuh keghaiban dan kerahsiaan. | Makna | 22.10.2009 |