Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ /Cain, the roof/, a. (colloq) cause an uproar, buat /kecoh, honar/; b. become angry, naik berang; ~ o’s hand to, menangani; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 16. collect, memungut, mengutip: we held a jumble sale to ~ money for the orphans, kami mengadakan jualan lambak utk memungut derma bagi anak-anak yatim piatu; a committee to ~ money for the refugees, sebuah jawatankuasa utk memungut wang utk orang pelarian; 17. obtain, mendapatkan: the Government hopes to ~ a loan abroad, kerajaan berharap utk mendapatkan pinjaman dr luar negeri; 18. bring (design etc) into relief, menimbulkan; 19. cause (blister etc) to form on the skin, menyebabkan: the new shoes have ~d a blister on my heel, kasut baru itu menyebabkan gelembung pd tumit saya; 20. expel (phlegm) by coughing, membuang kahak; 21. (phon) meninggikan; 22. (math) menggandakan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 11. grow (crop) menanam: he ~s wheat in the fields, dia menanam gandum di ladang itu: 12. breed ( sheep etc) menternakkan: he ~s sheep on his farm, dia menternakkan biri-biri di ladangnya; 13. bring up, membesarkan: his children were ~d in the Islamic faith, anak-anaknya dibesarkan sbg orang Islam; 14. bring to an end, remove, melupuskan: the Government ~d the ban on certain items, kerajaan melupuskan pengharaman thdp beberapa barang; 15. cause (dough etc) to rise, menaikkan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 8. give rise to, provoke, a. (smile, blush) menyebabkan: the compliment ~d a blush to her cheeks, pujian itu menyebabkan pipinya naik merah; b. (protest) menimbulkan, membangkitkan: the new law ~d a storm of protest, undang-undang baru itu menimbulkan bantahan yg hebat; c. (cheer, laugh) membangkitkan: the story ~d a laugh from the audience, cerita itu membangkitkan gelak ketawa drpd para penonton; 9. put forward for consideration, attention, etc, menimbulkan, membangkitkan: the same issue was ~d at the last meeting, isu yg sama telah ditimbulkan dlm mesyuarat lalu; 10. cause to assemble, mengerahkan: the Emperor ~d an army to invade the island, Maharaja mengerahkan tentera utk menyerang pulau itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 4. increase a. (standard of living, production, etc) meninggikan, meningkatkan: farmers were encouraged to ~ production, petani-petani digalakkan supaya meningkatkan pengeluaran; b. (interest, price, etc) menaikkan, meninggikan: our rent was ~d last week, sewa kami dinaikkan minggu lalu; the hot wind ~d the temperature, angin panas itu menaikkan suhu; 5. speak more loudly, meninggikan: she ~d her voice in order to be heard, dia meninggikan suaranya supaya dapat didengar; 6. advance in rank, status, menaikkan, meningkatkan: hard work has ~d him to his present position, dia dinaikkan ke kedudukannya sekarang krn bekerja keras; 7. incite, membangkitkan, menimbulkan: the peasants ~d a revolt against their landlords, petani-petani itu membangkitkan pemberontakan thdp tuan-tuan tanah; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. lift, mengangkat: he ~d the glass to his lips, dia mengangkat gelas itu ke bibirnya; can you ~ the table a little?, boleh kamu angkat meja itu sedikit?; the car was ~d from the river by a crane, kereta itu diangkat dr sungai dgn menggunakan kren; /~, lift/ o’s eyes to, memandang ke atas; 2. place in an upright position, menegakkan: the patient should be ~d to a sitting position, pesakit itu harus ditegakkan supaya dia duduk; 3. build, erect, mendirikan: a monument was ~d in their memory, sebuah tugu didirikan utk memperingati mereka; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n (US) kenaikan gaji: he asked for a ~, dia meminta kenaikan gaji; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata raise

Peribahasa

623

Union is strength

Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian.

Seukur berbaur, bertopeng bercerai.

We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down.

Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa seukur berbaur, bertopeng bercerai. Oleh itu kami beramai-ramai memulaukan daging ayam dengan harapan harganya akan turun.Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Apakah padanan terjemahan yang sesuai bagi perkataan "the raising of loans"? Sama ada boleh menggunakan perkataan "pemerdapatan pinjaman" sebagaimana yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan? 2. Apakah padanan terjemahan yang sesuai bagi perkataan "to raise loan"? Sama ada boleh menggunakan perkataan "memperdapatkan pinjaman"? 3. Apakah padanan terjemahan yang sesuai bagi perkataan "raised"? Sama ada perkataan "diperdapatkan" boleh digunakan? Adakah perkataan "pemerdapatan", "memperdapatkan" dan "diperdapatkan" betul dari segi tatabahasa?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi the raising of loans ialah peningkatan kadar pinjaman, to raise loan ialah meningkatkan kadar pinjaman atau mendapatkan pinjaman. Manakala raised ialah meningkatkan. Walau bagaimanapun, frasa pemerdapatan pinjaman yang diguna pakai dalam Perlembagaan Persekutuan adalah mengikut laras dan istilah bagi bidang tersebut.

Penyemakan dan penterjemahan28.06.2021
1) Apakah maksud perkataan “mendapatkan”, "pemerdapatan", "memperdapatkan" dan "diperdapatkan"? 2) Apakah perbezaan penggunaan perkataan "mendapatkan" dan "memperdapatkan"? Adakah perkataan "memperdapatkan" boleh diikuti dengan imbuhan -kan? 3) Adakah penggunaan perkataan "mendapatkan" "memperdapatkan", "pemerdapatan" dan "diperdapatkan" dalam ayat di bawah betul dari segi tatabahasa? Mendapatkan: "Kuasa untuk mendapatkan pinjaman luar negeri."/ "Power to raise external loan" Memperdapatkan: "Kuasa untuk memperdapatkan pinjaman luar negeri."/ "Power to raise external loan" Pemerdapatan: "Peruntukan yang mengawal selia pemerdapatan pinjaman luar negeri." / "Provisions regulating the raising of external loans" Diperdapatkan: "bagi pembayaran balik atau pelunasan pinjaman yang diperdapatkan di luar Malaysia." / "for the repayment or amortization of loans raised outside Malaysia." Terima kasih atas bantuan Tuan/Puan.1. Untuk mencari maksud perkataan, tuan boleh memanfaatkan PRPM dan ambil data Kamus Dewan/Kamus Pelajar.
Contoh: mendapatkan bermaksud berusaha untuk memperoleh sesuatu. Tiada kata terbitan bagi pemerdapatan, memperdapatkan dan diperdapatkan.

2. Untuk melihat kata terbitan yang ada tuan boleh merujuk PRPM dan menulis perkataan berkenaan pada ruangan CARIAN. Apabila melihat makna satu demi satu kata terbitan yang ada, tuan akan dapat lihat perbezaan perkataan berkenaan.

3. Ayat yang betul ialah Kuasa untuk mendapatkan pinjaman luar negeri.
Makna01.07.2021

Kembali ke atas