Respon manakah yanh betul??? Selamat datang, Rajan. Silakan masuk. respon 1 : Baiklah, Puan Nora. respon 2 : Terima kasih, Puan Nora. | Respons yang lebih sesuai: "Selamat datang, Rajan. Silakan masuk." "Terima kasih, Puan Nora." | Tatabahasa | 23.05.2018 |
Salam sejahtera. Jika Pak Cik Rajan berdialog dengan seorang budak, dia perlu menggelar dirinya pak cik atau saya atau kedua-duanya boleh? | Dalam kesantunan berbahasa 'saya' sebagai kata ganti nama diri pertama tunggal paling umum dan luas penggunaannya dalam urusan rasmi secara umum. Menjawab soalan yang diberikan, maka 'saya' boleh digunakan untuk merujuk kata diri pertama. Namun dalam situasi tidak rasmi dan menimbulkan kemesraaan, 'pak cik' juga boleh digunakan. | Tatabahasa | 09.01.2013 |