'Live room' ialah istilah yang digunakan pagi para pemuzik merakamkan lagi mereka dalam sesebuah bilik dalam studio rakaman. Adakah terdapat padanan istilah yang khusus dalam bahasa Melayu? | Tidak ada maklumat tentang live room dalam pangkalan data kami. Bagaimanapun berdasarkan konsep yang diberi, kami mencadangkan perkataan tersebut diterjemahkan kepada "Bilik Rakaman Langsung" atau "Bilik Rakaman". | Penyemakan dan penterjemahan | 18.05.2016 |
"Saya wartawan dari Syarikat Rakaman TV10 dan ini jurukamera kami." Dalam penggunaan ayat di atas, kata sendi manakah yang paling tepat? "dari" atau "daripada" | Jika Syarikat Rakaman TV10 dianggap sebagai tempat, kata sendi yang seduai ialah "dari" | Tatabahasa | 29.03.2017 |
Adakah penulisan lirik lagu untuk lampiran kertas cakera padat atau kaset rakaman album perlu disemak dan diluluskan oleh pihak Dewan Bahasa & Pustaka sebelum dikeluarkan secara rasmi? Jika ya, apakah caranya atau bentuk dokumen yang diperlukan? Terima Kasih. | Lirik lagu tidak perlu melalui proses semakan DBP. Karya seni termasuklah lirik lagu merupakan ranah yang digemari ramai dan dapat mempopularkan sesuatu bahasa dengan cepat. Oleh itu, lirik lagu yang menggunakan bahasa yang baik dan betul dapat memperkasakan penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat. | Lain-lain | 13.04.2012 |
Atiey Ibrahim Aug 28th, 11:15pm Slm maaf bertanya, adakah dbp menyimpan rakaman pementasan festival komsas & pertandingan forum remaja dalam bentuk DVD? kalau ada boleh dijadikan BBM untuk KOMSAS pelajar SPM.. terima kasih | Sila hantarkan permohonan rasmi anda kepada Ketua Bahagian Multimedia DBP, Aras 12, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 29.08.2014 |
Assalamualaikum, saya ingin bertanyakan tentang sebutan suku kata yang betul mengikut silibus terkini. Saya ada melampirkan rakaman suara untuk rujukan pihak tuan/puan. Contoh : b/a ba t/u tu = batu (dalam sebutan ejaan) b~ a~ ba t~ u~ tu = batu (dalam sebutan 'phonetics'/ sebutan suku kata terbaru) Seandainya tidak menjadi keberatan, sila sertakan sekali contoh dan keterangan bagi pertanyaan saya ini. Sekian, terima kasih. | Dalam sistem ejaan bahasa Melayu, sebutan adalah sepertimana yang dieja, contohnya perkataan batu, dieja b.a - ba + t.u - tu, maka disebut batu. Untuk makluman tuan sistem sebutan atau dalam istilahnya disebut fonetik diajar khusus dalam bidang linguistik, manakala pada peringkat asas pembelajaran bahasa Melayu lazimnya pelajar diajar menyebut sepertimana ejaan. | Tatabahasa | 05.06.2013 |
Sila jawab secepat mungkin . Terima Kasih. | Berdasarkan makna kata dalam kamus catatan harian bermaksud tulisan/rakaman tentang sesuatu peristiwa pada setiap hari. Walau bagaimanpun jika pertanyaan ini berkaitan dengan soalan peperiksaan kami sarankan saudara merujuk kepada guru sekolah atau penyedia soalan yang berkaitan dengan tajuk berkenaan. | Lain-lain | 26.09.2011 |
apakah penjodoh bilangan bagi "diari"? T.Q. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "diari" bermaksud "buku yang mengandungi rakaman harian tentang pengalaman atau pemerhatian peribadi, buku harian. Oleh itu, penjodoh bilangan yang sesuai ialah "buah". Contohnya "sebuah diari". | Tatabahasa | 28.02.2015 |
Aslmkm....blh tk di tonton secara online forum ni, bg yang tk berpeluang menghadirinya secara live. | Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Tiada rakaman atau siaran langsung dibuat. Boleh terus datang ke DBP. Terima kasih | Lain-lain | 12.03.2014 |
SALAM SEJATERA.SAYA SUB INSPEKTER KARUNAKARAN PEGAWAI PENYIASAT KOMERSIAL DARIPADA IPD SEPANG.SAYA SEDANG MENYIASAT SATU KES PENIPUAN.SEBAGAI BAHAN BUKTI SAYA ADA 1 RAKAMAN VIDEO DUA LELAKI INDIA SEDANG BERSEMBANG DALAM BAHASA INDIA.SAYA NAK BUAT TRANSKRIP APA YANG MEREKA SEMBANG KE DALAM BENTUK TULISAN DALAM BAHASA MELAYU/BAHASA INGGERIS UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI BAHAN BUKTI DI MAHKAMAH.ADAKAH PIHAK TUAN DAPAT MEMBANTU SAYA?DENGAN SIAPAKAH SAYA PERLU MERUJUK PERKARA INI?HARAP PIHAK TUAN DAPAT BANTU SAYA.SEKIAN TERIMA KASIH. | Untuk makluman tuan, khidmat membuat transkrip tidak termasuk dalam skop perkhidmatan kami. Khidmat Nasihat Bahasa disediakan khusus bagi membantu pengguna menangani masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. | Lain-lain | 22.05.2013 |
Salam sejahtera. adakah pihak DBP menyimpan pantun,syair dan sajak Tingkatan 1,2,3 dalam bentuk audio? | Untuk makluman saudari, pihak DBP tidak ada membuat rakaman audio untuk puisi-puisi tersebut. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 01.02.2009 |