Ayat yang manakah yang betul? I Pembacaan dapat membantu dalam mempertajam pemikiran. II Ramli mengisi masa lapang dengan mempertajam parangnya. III Raziah mempertajam telinganya untuk mendengar perbualan kakaknya dengan rakan-rakannya. harap berikan penjelasan. terima kasih. | Ayat 1.Pembacaan dapat membantu dalam mempertajam pemikiran dan ayat II Ramli mengisi masa lapang dengan mempertajam parangnya betul. Hanya ayat III Raziah mempertajam telinganya untuk mendengar perbualan kakaknya dengan rakan-rakannya walaupun betul tetapi jarang sekali digunakan. | Tatabahasa | 16.11.2007 |
Apakah maksud kata anjakan paradigma, kroni, globalisasi, dan autoriti | (i) Anjakan paradigma bermaksud anjakan pemikiran seseorang atau organisasi pada sesuatu masa yang dipengaruhi oleh pengalaman, pengetahuan, kemahiran, dan kesedaran. (ii) Kroni bermaksud konco yakni rakan atau teman atau pihak yang ada pertalian dan hubungan. (iii). Globalisasi bermaksud keadaan yg menjadikan dunia mengecil dari segi hubungan manusia. (iv). Autiriti bermaksud kuasa atau hak. | Makna | 12.10.2006 |
1)Manakah antara berikut yang benar? rumah orang-orang tua, rumah orang tua-tua atau rumah orang tua sahaja. * Ramai rakan saya yang mengatakan "rumah orang-orang tua" sedangkan saya berpendapat orang-orang membawa maksud sejenis patung yang dibuat untuk menakutkan burung di bendang. 2) Manakah ayat yang berikut benar? i) Mereka sedang menjalankan latihan kawat di padang. ii) Mereka sedang menjalani latihan kawat di padang. 3) | 1. Frasa yang betul ialah rumah orang tua. 2. Ayat yang betul ialah mereka sedang menjalani latihan kawad di padang. | Istilah | 12.04.2009 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan 'baru' dan 'baharu'. Dalam kamus dewan, 'baru' boleh diguna untuk maksud 'just atau new', tetapi ada pihak yang pernah memberi teguran bahawa 'new' sepatutnya diguna perkataan 'baharu', contohnya 'Selamat Tahun Baharu', 'Selamat Pengantin Baharu' 'rakan sejawat baharu'. Bolehkah 'baharu' dalam ungkapan di atas digantikan dengan 'baru'? Terima kasih kerana membantu. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Ke-4, hal. 105, ejaan baharu hendaklah merujuk entri baru. Terdapat perbezaan makna bagi baru selain bermaksud "yang belum ada" dan sebagainya, makna lain ialah "baru sahaja berlaku" seperti " baru tiba", "baru lahir" dan sebagainya. Kesimpulannya, baru mempunyai dua makna, iaitu (i) yang belum ada dan (ii) baru berlaku. Kata baharu digunakan secara baku dan sesuai untuk kata seperti pembaharuan. | Makna | 12.06.2008 |