(1) cara-cara membantu rakan sekelas menyelesaikan masalah mulut dan nafas yang berbau. (2) Tindakan terhadap rakan sekelas yang menghadapi masalah mulut dan nafas yang berbau. Manakah ayat lebih sesuai dan gramatis? | Ayat yang betul ialah: 1. Cara-cara membantu rakan sekelas menyelesaikan masalah bau mulut dan nafas. 2. Cara-cara membantu rakan sekelas yang menghadapi masalah bau mulut dan nafas. | Tatabahasa | 09.02.2023 |
Namun tidak semua merasa gembira dengan pencapaian tersebut terutamanya Zetti, rakan sekelas Sarah yang turut bertanding. 1)Perlukah tanda koma selepas perkataan namun? 2)Betulkah tanda koma selepas perkataan Zetti? | Tanda koma berfungsi sebagai memisahkan bahagian ayat yang bertentangan fakta daripada ayat induk, iaitu sebelum kata hubung dan memisahkan kata nama atau frasa nama daripada frasa penjelasan yang mengikutinya. Ayat yang tepat ialah “Namun, tidak semua berasa gembira dengan pencapaian tersebut terutamanya Zetti, rakan sekelas Sarah yang turut bertanding.” Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 109-113. | Tatabahasa | 03.10.2024 |
Pelantikan ketua kelas perlu mendapat persetujuan daripada semua rakan sekelas. istilah 'persetujuan' adalah salah. apakah jawapan betul untuk menggantikan istilah tersebut? terima kasih. | Apakah pilihan jawapan yang diberi? Bagi pandangan kami ayat tersebut tidak tepat dari segi praktikalnya kerana pelantikan ketua kelas lazimnya dibuat melalui undian. | Tatabahasa | 19.09.2012 |
Salam sejahtera. Nak tanya ayat yang berikut adakah betul? 1. Dia duduk di belakang saya semasa kelas. 2. Dengarlah, apakah yang cikgu sedang cakap? ataupun Dengarlah, apakah yang sedag cikgu cakap? 3. Semua rakan sekelas sangat suka saya? ataupun "suka akan saya" Harap dapat maklum balas dari tuan. Terima kasih. | Ayat yang betul: 1. Dia duduk di belakang saya semasa di kelas. 2. Dengarlah, apa yang cikgu sedang cakap! 3. Semua rakan sekelas sangat suka akan saya. | | | | Tatabahasa | 15.07.2019 |
(1)Adakah ini ayat songsang-'Salim menulis dengan baik karangan ini'?(2)Mengapakah objeknya bukan ditulis selepas kata kerja(KKT)? (3)Adakah ayat ini betul-'Ketua darjah dipilih oleh saya dan rakan-rakam sekelas.' | (1) Ayat yang betul ialah 'Salim menulis karangan ini dengan baik'. (2) Ayat yang betul ialah 'Ketua darjah saya dan rakan-rakan sekelas yang pilih. | Tatabahasa | 27.03.2010 |