Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.kat] | راکت

Definisi : sl sj pertunjukan tari-menari dgn lawak jenaka (dgn memakai topeng); merakat bermain tari-menari dgn memakai topeng, mengadakan pertunjukan tari-menari dgn topeng: gemuruh bunyi orang bermain itu terlalu ramai, ada yg bertandak, ada yg berwayang, ada yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rakat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud diskriminasi?Kamus Dewan mendefinisikan diskriminasi sebagai perlakuan membeza-bezakan warna kulit, keturunan, dsb: ~ terhadap bangsa berkulit hitam telah mulai luput sekarang; perkara ~ yang dilakukan oleh pihak yang berkuasa itu tidaklah patut didiamkan sahaja; ~ harga pengenaan harga yang berbeza-beza bagi barang atau perkhidmatan yang sama kepada pembeli yang berlainan; ~ kaum layanan yang ber­beza-beza terhadap kaum yang berlainan kerana prasangka terhadap kemahiran, ke­bolehan, keistimewaan hak dsb; ~ ras diskri­minasi kaum; ~ sosial perihal membeza-bezakan seseorang dari segi kedudukannya dalam masyarakat; berdiskriminasi berbeza tindakan atau layan­­an terhadap sesama anggota masya­rakat kerana berlainan warna kulit, agama, dan lain-lain: para pengarang meramalkan bahawa pengguna media massa ~ dalam membuat pilihan tentang media; mendiskriminasikan membeza-bezakan (dari­ segi layanan): golongan ini telah di­diskriminasikan oleh golongan manusia yang lebih beruntung daripada mereka.Tatabahasa01.02.2013
perbezaan penggunaan tata bahasa antara 1. pelaksanaan atau perlaksanaan? 2. kemenjadian dan keberhasilan atau keterhasilan serta penggunaan gramatis dalam ayat, terima kasih.1. Pelaksanaan dan perlaksanaan, kedua-dua kata tersebut adalah betul. Apabila merujuk kepada perihal melaksanakan, penggunaan yang betul ialah pelaksanaan dan apabila merujuk kepada hasilnya maka kata perlaksanaan yang digunakan. Contohnya: Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan; Mesyuarat pada minggu hadapan akan membentangkan laporan pasca perlaksanaan Sukma pada tahun ini.

2. 
Perkataan kemenjadian belum ada dalam mana-mana buku terbitan kami. Perkataan kemenjadian boleh dibentuk yang bermaksud perihal menjadi tetapi perkataan ini jarang-jarang atau tidak digunakan dalam mana-mana wacana.

Keberhasilan pula ialah perihal berhasil atau tercapai (sesuatu matlamat, rancangan, tujuan, usaha dll): Contoh ayat;
Suatu keistimewaan lain ialah keberhasilan pengarang menggunakan monolog;
Keberhasilan peng­gunaan istilah banyak bergantung pada masya­rakat penggunanya; 
Tatabahasa26.09.2013

Kembali ke atas