Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ralat (adjektif)
Bersinonim dengan silap, salah, khilaf, cacat;,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, (i) Kita difahamkan patut digunakan istilah 'baharu' menggantikan istilah 'baru' dalam semua penulisan rasmi. Ada maklumat lanjut/laman rujukan mengenainya? (ii) Makluman: Ada ralat dalam laman ini di bawah subtajuk 'Pengesahan Bahasa', iaitu tertaip 'samada ada': Ruangan Iklan adalah merupakan satu kemudahan ... samada ada iklan bergambar, ... Sekian, terima kasih. Liong1. Kata <i style="mso-bidi-font-style: normal">baru i>dan<i style="mso-bidi-font-style: normal"> baharui> kedua-duanya betul, namun penggunaannya dibezakan mengikut konteks ayat. Menurut Kamus Dewan, <i style="mso-bidi-font-style: normal">baharu i>atau<i style="mso-bidi-font-style: normal"> barui> bermaksud membaharui, memperbaharui, membaiki semula (melakukan sesuatu, mengubah dll). Bagi menjawab pertanyaan saudara, <i style="mso-bidi-font-style: normal">barui> kebiasaannya merujuk kepada masa. Bagi membantu saudara memahaminya, dalam bahasa Inggeris kata <i style="mso-bidi-font-style: normal">justi> digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contohnya, <i style="mso-bidi-font-style: normal">Dia baru tiba dari Kuala Lumpuri>. Kata <i style="mso-bidi-font-style: normal">baharu i>pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa Inggeris ialah <i style="mso-bidi-font-style: normal">newi>, contohnya, buku baharu dan kereta baharu. Walau bagaimanpun penggunaan frasa buku baru dan kereta baru juga adalah betul.
2. Terima kasih atas maklumat yang diberikan, kami akan menyemak dan membetulkannya dengan kadar segera.
Tatabahasa14.04.2012

Kembali ke atas