Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bp berat hati, tidak sedap hati, kesal (kerana tidak dapat membuat sesuatu yg baik atau terpaksa membuat sesuatu yg tidak baik): tidak ~ aku mati apabila telah kulihat anak aku memegang dan membaca buku ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kesal atau tidak sedap hati (kerana tidak dpt menunaikan hajat dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ralat (adjektif)
Bersinonim dengan silap, salah, khilaf, cacat;,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, (i) Kita difahamkan patut digunakan istilah 'baharu' menggantikan istilah 'baru' dalam semua penulisan rasmi. Ada maklumat lanjut/laman rujukan mengenainya? (ii) Makluman: Ada ralat dalam laman ini di bawah subtajuk 'Pengesahan Bahasa', iaitu tertaip 'samada ada': Ruangan Iklan adalah merupakan satu kemudahan ... samada ada iklan bergambar, ... Sekian, terima kasih. Liong1. Kata baru dan baharu kedua-duanya betul, namun penggunaannya dibezakan mengikut konteks ayat. Menurut Kamus Dewan, baharu atau baru bermaksud membaharui, memperbaharui, membaiki semula (melakukan sesuatu, mengubah dll). Bagi menjawab pertanyaan saudara, baru kebiasaannya merujuk kepada masa. Bagi membantu saudara memahaminya, dalam bahasa Inggeris kata just digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contohnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata baharu pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa Inggeris ialah new, contohnya, buku baharu dan kereta baharu. Walau bagaimanpun penggunaan frasa buku baru dan kereta baru juga adalah betul.
2. Terima kasih atas maklumat yang diberikan, kami akan menyemak dan membetulkannya dengan kadar segera.
Tatabahasa14.04.2012

Kembali ke atas