Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.ma] | راما

Definisi : Jw, sl ayah(anda), bapa. rama-rama 1. sj serangga yg sayapnya lebar dan cantik (dlm pelbagai warna), kupu-kupu; 2. kupu-kupu (besar dan tidak berwarna-warni sayapnya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.ma] | راما

Definisi : ; rama-rama serangga bersayap empat yg lebih banyak terbang pd waktu malam dan tertarik pd cahaya (warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk drpd badan kupu-kupu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rama

Puisi
 

Rama-rama kebun Cik Daud,
     Hinggap di ranting lalu meniti;
Bila ada pulau di laut,
     Senang unggas tumpang berhenti.


Lihat selanjutnya...(25)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Apakah maksud rama-rama yang betul? Daripada kamus DBP: Rama-rama : [1.sj serangga yg sayapnya lebar dan cantik (dlm pelbagai warna), kupu-kupu; 2. kupu-kupu (besar dan tidak berwarna-warni sayapnya).] ATAU; [serangga bersayap empat yg lebih banyak terbang pd waktu malam dan tertarik pd cahaya (warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk drpd badan kupu-kupu).] Berlaku percanggahan maksud. Kalau dalam English butterfly=kupu-kupu, moth=rama-rama. Yang manakah yang betul?Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, rama-rama ialah serangga bersayap empat yang lebih banyak terbang pada waktu malam dan tertarik pada cahaya, dan warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk daripada badan kupu-kupu. Kupu-kupu ialah serangga yang mempunyai sepasang sesungut, empat sayap dan biasanya berwarna-warni dan terang warnanya. Jika berlaku percanggahan dalam data kami, untuk melihat makna yang lebih persis kami sarankan tuan/puan mengambil data daripada Kamus Pelajar.Makna25.10.2013
Saya ingin bertanya penggunaan perkataan 'Si'. Jika saya mahu membuat tajuk cerita Rama-Rama Yang Gembira, adakah perlu saya menulis sebagai Si Rama-Rama Yang Gembira? Terima kasih.Kami mencadangkan puan menggunakan tajuk "Rama-rama yang Gembira".Tatabahasa26.11.2013
Soalan 1 a. ahli bulan sabit merah @ b. ahli Bulan Sabit Merah Soalan 2 a. Rama-rama hinggap pada bunga. @ b. Rama-rama hinggap di bunga. Soalan 3 a. sayur-sayuran sudah masak @ b. sayur-sayuran sudah matang Soalan 4 a. mencari kayu api di hutan @ b. mencari kayu api di dalam hutan TQJawapan yang betul ialah 1. b. ahli Bulan Sabit Merah. 2. a. Rama-rama hinggap pada bunga. 3. a. sayur-sayuran sudah masak. 4. b. mencari kayu api di dalam hutan.Lain-lain07.10.2010
Saya ingin tahu yang manakah soalan yang betul ? a Berapakah ekor rama-rama terdapat di taman ? b Berapa ekor rama-ramakah terdapat di taman? terima kasih.Ayat yang betul ialah "Berapa ekorkah rama-rama terdapat di taman".Tatabahasa27.05.2011
Apakah dialog yang lebih mudah difahami bagi drama tingkatan lima iaitu Jangan Bunuh Rama-Rama?

Dialog yang lebih mudah difahami bagi drama Jangan Bunuh Rama-rama, sewajarnya dirujuk dalam perbincangan kumpulan bersama-sama dengan guru. Dalam hal ini, pada kebiasaannya dalam dialog drama mengandungi dua sisi yang harus difahami iaitu dialog secara langsung dan dialog secara kiasan. Oleh yang demikian, ia perlu dibincangkan bersama-sama bagi maksud pemahaman cerita. Sekian.

Lain-lain02.03.2009
. Di manakah kesilapan ayat ini? 1. Banyak rama-rama dipelihara di taman itu. 2. Sayur-mayur di dalam bakul itu segar-segar belaka. Terima kasihAyat pertama betul. Penanda jamak boleh wujud sekali sahaja dalam satu ayat, maka ayat kedua dibetulkan menjadi "Sayur-mayur di dalam bakul itu segar belaka".Tatabahasa17.07.2013
apakah maksud reramaRerama ialah gabungan kata rama-rama. Kata rerama lazimnya digunakan dalam laras sastera.Makna25.03.2007
ASSALAMMUALAIKUM, beberapa hari lepas saya mendapat maklumat bahawa kara ganda seperti rama-rama, kedai-kedai atau seumpamanya dikira dua perkataan dalam peperiksaan stpm. begitu juga nama khas seperti Johor darul Takzim dikira 3 perkataan, mohon penjelasanUntuk makluman tuan, kata ganda dianggap sebagai satu perkataan, manakala kata nama khas yang berdiri sebagai satu entiti seperti Johor Darul Takzim mengikut bilangan kata yang terkandung dalamnya. Walau bagaimanapun untuk tujuan peperiksaan, eloklah saudara merujuk kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia melalui sekolah saudara.Tatabahasa05.08.2010
Salam, Adakah dibenarkan dalan tatabahasa Melayu untuk kita menggunakan "hyphenated words" spt "printer-friendly" > "pencetak-ramah pengguna" dsb. TK

Tanda sempang lazimnya digunakan dalam kata ganda seperti rama-rama dan rumah-rumah. Istilah yang kami cadangkan bagi printer friendly ialah pencetak mesra pengguna (tidak perlu tanda sempang).

Ejaan27.12.2011
apakah yang dimaksudkan dengan drama-drama absurd beserta contohnyaDrama absurd secara amnya ialah persembahan sama ada drama atau teater yang menggabungkan antara realiti dan bukan reliti (khayalan), contohnya teater Jangan Bunuh Rama-rama dan Tiang Seri Tegak Berlima.Makna18.01.2011
12

Kembali ke atas