| Tolong betulkan kalau ada kesalahan. (a) Kata ganda yg membawa maksud tunggal atau satu (frasa nama) Tambah perkataan banyak/ramai/semua yg membawa maksud jamak(lebih drpd satu) (1) biri-biri (2) gula-gula (3) orang-orang (4) kura-kura (5) rama-rama / kupu-kupu (6) ampai-ampai / ubur-ubur (7) kanak-kanak (8) jentik-jentik (9) anai-anai (10) api-api / kelip-kelip / kunang-kunang (11) sumpah-sumpah (12) labi-labi (13) langit-langit (14) labah-labah (15) angkut-angkut (16) labu-labu (17) ubun-ubun (18) undang-undang (19) ura-ura (20) beri-beri (21) oleh-oleh (22) jemput-jemput (23) agar-agar (24) cita-cita (25) epok-epok (26) gado-gado (27) kuda-kuda / para-para (28) dekak-dekak (29) siku-siku (30) tupai-tupai (31) layang-layang (32) mata-mata (33) patung-patung (34) orang-orang | Kata ganda ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh, separa atau berentak. Terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM. | Tatabahasa | 21.01.2022 |
| adakah banyak boleh menggantikan ramai untuk orang contoh ayat: banyak orang banyak murid banyak ibu bapa | Perkataan ramai membawa maksud terdiri daripada jumlah yang banyak (berkenaan orang), manakala banyak bermaksud besar jumlahnya atau bilangannya. Frasa ramai orang dan banyak orang kedua-duanya betul dan penggunaannya disesuaikan mengikut konteks ayat. Kebiasaanya ramai orang merujuk suasana (keadaan) orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala banyak orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan, seperti banyak ibu bapa merujuk bilangan ibu bapa yang besar jumlahnya. | Tatabahasa | 12.02.2018 |