Assalamualaikum, Apakah maksud rama-rama yang betul? Daripada kamus DBP: Rama-rama : [1.sj serangga yg sayapnya lebar dan cantik (dlm pelbagai warna), kupu-kupu; 2. kupu-kupu (besar dan tidak berwarna-warni sayapnya).] ATAU; [serangga bersayap empat yg lebih banyak terbang pd waktu malam dan tertarik pd cahaya (warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk drpd badan kupu-kupu).] Berlaku percanggahan maksud. Kalau dalam English butterfly=kupu-kupu, moth=rama-rama. Yang manakah yang betul? | Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, rama-rama ialah serangga bersayap empat yang lebih banyak terbang pada waktu malam dan tertarik pada cahaya, dan warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk daripada badan kupu-kupu. Kupu-kupu ialah serangga yang mempunyai sepasang sesungut, empat sayap dan biasanya berwarna-warni dan terang warnanya. Jika berlaku percanggahan dalam data kami, untuk melihat makna yang lebih persis kami sarankan tuan/puan mengambil data daripada Kamus Pelajar. | Makna | 25.10.2013 |
1.Adakah istilah Kupu-kupu ialah Moth? Bagaimana dengan istilah Rama-rama? Adakah Rama-rama ialah Butterfly? 2. Apakah penggunaan yang tepat dan terkini bagi kata ENGLISH? Adakah Bahasa Inggeris atau English? 3. Adakah istilah "bikin" masih terpakai dan sah digunakan dalam penggunaan persuratan? | 1. Kupu-kupu ialah moth dan rama-rama ialah butterfly. 2. Padanan perkataan English dalam konteks bahasa ialah bahasa Inggeris. 3. Perkataan ‘bikin’ dilabelkan sebagai bahasa percakapan maka tidak boleh digunakan dalam situasi rasmi. | Istilah | 30.01.2019 |
Soalan 1 a. ahli bulan sabit merah @ b. ahli Bulan Sabit Merah Soalan 2 a. Rama-rama hinggap pada bunga. @ b. Rama-rama hinggap di bunga. Soalan 3 a. sayur-sayuran sudah masak @ b. sayur-sayuran sudah matang Soalan 4 a. mencari kayu api di hutan @ b. mencari kayu api di dalam hutan TQ | Jawapan yang betul ialah 1. b. ahli Bulan Sabit Merah. 2. a. Rama-rama hinggap pada bunga. 3. a. sayur-sayuran sudah masak. 4. b. mencari kayu api di dalam hutan. | Lain-lain | 07.10.2010 |
Fatimahwati Wahid Jul 7th, 1:50pm As Salam...ingin bertaya jika yg tertera di bawah ini adalah tepat. Adakah betul kupu-kupu itu butterfly dan rama-rama itu adalah moth dalam istilah Inggeris? | Dalam data istilah, kupu-kupu ialah butterfly dan rama-rama ialah moth. | Istilah | 07.07.2014 |
. Di manakah kesilapan ayat ini? 1. Banyak rama-rama dipelihara di taman itu. 2. Sayur-mayur di dalam bakul itu segar-segar belaka. Terima kasih | Ayat pertama betul. Penanda jamak boleh wujud sekali sahaja dalam satu ayat, maka ayat kedua dibetulkan menjadi "Sayur-mayur di dalam bakul itu segar belaka". | Tatabahasa | 17.07.2013 |
Salam 1 Malaysia 1. Perkara itu berlaku adalah disebabkan oleh salah faham antara mereka. 2. Berbagai-bagai spesies rama-rama dapat dilihat di taman itu. 3. Saya memerhatikan tingkah lakunya daripada tadi. Betulkah ketiga-tiga ayat di atas tuan. Terima kasih banyak-banyak... | Ayat pertama tidak perlu perkataan "adalah" sebelum perkataan "disebabkan". Perkara itu berlaku disebabkan oleh.... sudah mencukupi. Ayat 2 dan ayat 3 adalah betul. | Lain-lain | 21.08.2014 |
Dimana dan bagaimanakah saya boleh mendapatkan buku Hikayat Sri Rama | Di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP terdapat 2 koleksi Hikayat Sri Rama. Iaitu : 1.Hikayat Sri Rama Ikram, Achadiati Universitas Indonesia 1980. 2. Hikayat Sri Rama Ikram,Achadiati University of Illinois Press. Saudara boleh mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan jika hendak membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP . | Lain-lain | 02.11.2007 |
Bagaimana hendak membezakan antara kata majmuk dengan frasa?1) daun kering ,bilik muzik, buah pisang digolong dalam frasa atau kata majmuk? 2) bertepuk tangan, sedang bernyanyi,sangat suka,di taman, seekor rama-rama digolong dalam frasa atau kata majmuk? Minta buat penjelasan...terima kasih | Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaiakan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Contohnya, jalan raya, daya serap, campur aduk, tunjuk ajar dan ambil alih. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang unsur antara unit-unitnya. Frasa pula merupakan satu kata atau lebih yang dapat bertugas sebagai subjek, predikat atau objek dalam pembinaan sesuatu ayat seperti buku dalam ayat. Contohnya, Saya membaca buku. 1. Daun kering - Frasa nama 2. Bilik muzik - Kata nama 3. Buah pinang - Kata nama 4. Bertempuk tangan - Kata kerja 5. Sedang bernyanyi - Kata kerja 6. Sangat Suka - Kata adjektif 7. Di taman - Frasa sendi nama 8. Seekor rama-rama - Kata nama | Tatabahasa | 09.09.2017 |
Wujudkah penggunaan hyphens (sempang '-') dalam tatabahasa Melayu? Sebagaimana yang ada dalam Bahasa Inggeris. Contoh: thirty-three, 40-years-old man, First-World-War veteran, "that ten-pound baby looks cute". Selain penggunaan sempang pada perkataan contoh: rama-rama, 80-an, dan ke-3. | Tanda sempang umumnya digunakan untuk mengurangkan kekeliruan. Antara fungsinya: 1. Menunjukkan dan menegaskan ejaan sesuatu perkataan. 2. Menunjukkan pertuturan yang tidak lancar. 3. Memisahkan angka yang berbeza fungsi. 4. Menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat. 5. Menunjukkan kata ganda. | Ejaan | 22.12.2017 |
1) Terangkan dengan lebih jelas penggunaan perkataan kepak dan sayap dalam ayat yang tepat. 2) Berdasarkan lampiran gambar, adakah penggunaan perkataan 'kepak' pada gambar tepat? | Kepak ialah sayap, manakala sayap pula ialah bahagian tubuh binatang seperti burung, serangga, dan lain-lain untuk terbang atau juga dikenali sebagai kepak. Merujuk kepada kedua-dua makna tersebut dan ayat contoh berikut, tidak ada perbezaannya dan boleh digunakan pada serangga seperti rama-rama tersebut. Contoh ayat sayap i. Sepasang sayap serangga yang terbit daripada mesotoraks. ii.Pada kumbang dan lipas, pasangan sayap ini dikenali sebagai elitron yang tebal dan kasar, manakala contoh ayat kepak i. Ayam jantan itu mengibar-ngibarkan kepaknya. ii. Burung ialah binatang yang mempunyai paruh, dua kaki, dua kepak dan umumnya dapat terbang. | Lain-lain | 06.05.2020 |