Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ramai (adjektif)
1. Bersinonim dengan bising: riuh, hiruk, hingar, riuh-rendah, hiruk-pikuk, gegak-gempita, hingar-bingar, laguh-lagah, becang-becok,
Berantonim dengan sunyi

2. Bersinonim dengan meriah: ceria, gembira, riang gembira,
Berantonim dengan sugul

3. Bersinonim dengan giat: aktif, cergas, sibuk, racau,
Berantonim dengan lembap

4. Bersinonim dengan hebat: dahsyat, luar biasa,

5. Bersinonim dengan banyak: sejumlah besar, berbondong-bondong, berpusu-pusu, bersesak-sesak, berduyun-duyun, berasak-asak, berhimpit-himpit,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : seramai, beramai-ramai, meramaikan, keramaian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana satu betul untuk maklumkan kepada orang ramai: 1.Selamat Hari Raya Idul Adha 2.Selamat Hari Raya Aidiladha 3. Selamat Hari Raya Eidul’ AdhaEjaan yang betul ialah Selamat Hari Raya Aidiladha.Ejaan25.09.2012
1 ramai orang atau banyak orang ?Banyak boleh digunakan untuk manusia dan bukan manusia, manakala ramai hanya digunakan untuk manusia sahaja. Ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat manakala banyak orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan.Makna05.09.2010
salam sejahtera,saya ada 2 pertanyaan. 1. saya keliru tentang penggunaan banyak dan ramai. ada yg berkata, ramai hanya untuk manusia. tapi ada juga yg kata banyak untuk manusia kerana ramai hanya hadir sebagai jamak (orang ramai). 2. perkataan jikalau.. wujudkah perkataan tu? adakah sama seperti kes samada (sama ada). dgn kata lain jikalau (jika kalau)..

1. Ramai menunjukkan jumlah yang banyak untuk manusia, manakala banyak menunjukkan bilangan bilangan atau jumlah manusia atau bukan manusia. Lazimnya penggunaan 'ramai orang' merujuk suasana (keadaan) orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala 'banyak orang' merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan.

2. Jikalau sama fungsinya dengan kata jika dan kalau, iaitu kata penghubung yang menyatakan syarat.

Tatabahasa02.04.2011
Ayat yang mana betul dan sila terangkan sebabnya. 1. Ramai pelajar tidak hadir pada hari ini. 2. Banyak pelajar tidak hadir pada hari ini. Terima kasih.Kedua-dua ayat tersebut betul, banyak dan ramai boleh digunakan untuk manusia.Tatabahasa03.11.2011
Selamat petang. 1.Ramai orang yang berasa kurang gemar untuk melakukan aktiviti senaman.Adakah penggunaan ayat ini betul?Jika salah ,mohon beri penjelasan. 2.Selain itu,aktivit senaman merupakan kegiatan riadah yang akan melapangkan fikiran kita.Adakah penggunaan ayat ini betul?Jika salah,mohon beri penjelasan. 3.Bukan itu sahaja,kita juga dapat melegakan stres dan tekanan perasaan yang kita hadapi.Contohnya,setelah kita penat belajar di dalam kelas,kita boleh mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani yang akan mengurangkan tekanan kita.Adakah penggunaan ayat di atas betul? Jika salah,mohon beri penjelasan.Sekian,terima kasih.

Selamat ptg:

1. Ramai orang kurang gemar melakukan aktiviti riadah.
2. Maksud senaman latihan gerak badan utk menyihatkan badan; riadah. Kamus Pelajar Edisi Kedua. Ayat yang dicadangkan Aktiviti riadah dapat melapangkan fikiran kita.
3. Sres dan tekanan mempunyai makna yang sama. Ayat yang dicadangkan: Selain itu, aktiviti riadah dapat melegakan tekanan yang kita hadapi.
4. Setelah penat belajar, kita boleh menyertai aktiviti Pendidikan Jasmani yang akan dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Sekian, terima kasih.

Lain-lain06.11.2016
Salam sejahtera, saya ingin mengetahui tentang penggunaan perkataan banyak dan ramai. Contoh; 1) ... banyak orang; atau 2) ... ramai orang. Sekian, terima kasih.Ramai orang dan banyak orang, kedua-duanya betul. Lazimnya ramai orang merujuk kepada suasana seperti Ramai orang membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada musim raya, dan banyak orang merujuk kepada bilangan seperti Banyak orang tidak setuju dengan keputusan tersebut.Tatabahasa26.02.2017
1. perbezaan antara penggunaan ramai dan banyak untuk manusia. Contoh ayat: a) Jamilah mempunyai kawan yang ramai. b) Jamilah mempunyai kawan yang banyak. Adakah penggunaan perkataan ramai dan banyak dalam kedua-dua ayat tersebut betul? tq.....Banyak boleh digunakan untuk manusia dan bukan manusia, manakala ramai hanya digunakan untuk manusia sahaja. Dalam ayat di atas yang betul ialah Jamilah mempunyai kawan yang ramai.Tatabahasa15.04.2010
Tuan, Ayat di bawah manakah adalah gramatis? 1. Ramai orang tidak sedar bahawa makan terlalu banyak mengakibatkan masalah obesiti. Atau 2. Banyak orang tidak sedar bahawa makan terlalu banyak mengakibatkan masalah obesiti. Terima kasih.Kedua-dua ayat betul.Tatabahasa27.08.2019
Salam Mohon tanya sama ada ayat di bawah betul atau salah (dengan alasan/penjelasan) 1.Orang ramai membeli belah di pasaraya. 2.Ramai orang di Pasar Tani Wakaf Che Yeh. 3.Ibu memasakkan ayah bubur nasi untuk membuka selera ayah yang sedang mengalami sakit tubuh badan. 4.Gejala rasuah kian leluasa berlaku dalam kalangan penjawat awam belakangan ini. Izani Hj. Daud.

1. Orang ramai membeli belah di pasaraya. - ejaan yang betul ialah membeli-belah dan pasar raya

2. Ramai orang di Pasar Tani Wakaf Che Yeh. - ayat tergantung, ramai orang ______ di Pasar Tani

3. Ibu memasakkan ayah bubur nasi untuk membuka selera ayah yang sedang mengalami sakit tubuh badan. - betul

4. Gejala rasuah kian leluasa berlaku dalam kalangan penjawat awam belakangan ini. - betul

Tatabahasa02.08.2011
Tuan, adakah "orang ramai kebingungan" semaksud "orang ramai berasa bingung"? "Kebingungan" perbuatan bangun kena buat yang berapitan ke-...-an kerana benda ayat dikenai sesuatu walaupun manusia. Maka "kebingungan" dalam frasa itu bermaksud orang ramai dikenai oleh rasa bingung, maka benda ayat "orang ramai" mengalamilah rasa bingung, berasa bingung, itulah sebabnya kebingungan = berasa bingung! Jadi, untuk maksud "berasa gembira", bolehlah saya bina ayat seperti: (1) Saya kegembiraan oleh melihat dua orang itu berbaik semula. "Saya" benda ayat yang seakan-akan penyambut, iaitu benda yang dikenai perbuatan, maka ke-...-an yang menandai bangun kena buat itu digunakan. Saya kegembiraan = saya dikenai oleh rasa gembira = saya mengalami rasa gembira = saya berasa gembira. Ini keadaan ke-...-an + sifat (gembira, bingung). Ayat ini seperti: (2) Saya kecurian (ke-...-an + perbuatan "curi") pen = "saya" benda ayat yang dikenai, iaitu dikenai perbuatan "curi" dan "pen" penerang kepada perbuatan "kecurian", iaitu menerangkan benda yang dicuri. Jadi, adakah kebingungan = dikenai oleh rasa bingung = berasa bingung; "kesedihan" = ditimpa rasa sedih = berasa sedih?Perkataan kegembiraan tidak boleh digunakan pada ayat yang sama seperti "orang ramai kegembiraan". Tetapi boleh ditulis "Dia menjerit kegembiraan"Tatabahasa23.12.2016
12345678910...

Kembali ke atas