Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok yg buahnya boleh dimakan), Baccaurea motleyana; ~ ayam = ~ bukit = ~ burung = ~ tikus = ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), Baccaurea brevipes; ~ cengkuang sj tumbuhan (pokok), pasak lingga, Dysoxylon densiflorum; ~ hutan a) sj tumbuhan (pokok), setambun, Baccaurea parviflora; b) sj tumbuhan (pokok), mem­paung, Baccaurea lanceolata; c) = ~ pun­tianak sj tumbuhan (pokok), pokok bantun, kelap, Symplocos rubiginosa; ~ kera sj tumbuhan (pokok), jintik-jintik, mesekam, Baccaurea kingii; ~ padang sj tumbuhan (pokok memanjat), akar daldaru, Psychotria sarmentosa; ~ puntianak sj tumbuhan (pokok), kelat jambu putih, Symplocos rigida; akar ~ daun sj tumbuhan (pokok memanjat), berenas, Trichosporu­m radicans. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rambai I

Puisi
 

Mudik ke hulu mengait rambai,
     Rambai mencarik lengan baju;
Saya tak rebut bunga setangkai,
     Bunga lain sedap bau.


Lihat selanjutnya...(21)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya Patimoh Yunu. Sedang pelajar Bahasa Melayu.Pasal di Universiti Fatoni. Selatan Thailand. Ingin bertanya DBP. Apakah kata nama khas? Terima kasihKata nama khas ialah kata nama yang merujuk kepada sesuatu yang khusus seperti orang, haiwan, tempat atau benda, misalnya Md. Nor, Sg. Rambai, dan Menara Kuala Lumpur.Makna06.10.2016

Kembali ke atas