Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ram.bang] | رامبڠ

Definisi : 1. tidak tetap (hati, tujuan, dll); ~ mata a) mata keranjang (suka bermain perem­puan, suka kahwin); b) tidak tahu yg mana satu yg hendak dipilih (kerana banyak pilihan); jala ~ jala yg lebar-lebar matanya; mulut ~ banyak cakap, cerewet; merawak ~ = rambang-rambang; 2. tidak atau tanpa di­tentu­kan (diatur, dirancang, dsb) terlebih dahulu, diambil (dipetik dsb) secara sem­barangan sahaja, rawak: sbg contoh peng­gunaan sebenar, saya petik sebuah ayat se­cara ~ drpd Kamus Dewan; rambang-rambang secara sembarangan sahaja, merambang: Karim menembak ke arah tempat bunyi tembakan itu ~; merambang berbuat sesuatu (berkata dll) dgn membabi buta sahaja (dgn mengagak-agak sahaja): tangannya dirambang bagai­kan mencari sesuatu dlm gelap; kerambangan keadaan rambang: membuat pertimbangan tentang sesuatu sampel semata-mata berasaskan kesamaan dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ram.bang] | رامبڠ

Definisi : tidak tetap (hati dll). ~ mata a. mata keranjang. b. sukar utk membuat pilihan (semuanya berkenan). merambang berbuat atau berkata dgn mengagak-agak atau dgn melulu saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rambang (adverba)
Bersinonim dengan rawak, sewenang-wenang, sesuka hati, sekehendak hati;,
Kata Terbitan : merambang,

Puisi
 

Hanyut-hanyut makan belunut,
     Hanyut sampai ke dalam bayan;
Duduk rambang makan tak pungut,
     Anak dara di Palimbayan.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Setahu saya, kata tanya tidak harus wujud dalam ayat penyata, tetapi pada praktikalnya kita sukar untuk menyingkirkan segala kata tanya dalam ayat penyata. Misalnya: Ahmad rambang mata kerana tidak tahu kasut mana yang harus dipilihnya. Bagaimanakah kita dapat menyingkir kata tanya dalam ayat seumpama ini? terima kasihAyat yang gramatis: Ahmad rambang mata kerana tidak tahu kasut yang harus dipilihnya. - kata tanya mana tidak perlu hadir dalam ayat ini kerana menjadi lewah bagi ayat tersebut.Tatabahasa06.12.2010
Salam sejahtera, Tuan/Puan Saya ingin rujuki istilah sains yang terdapat dalam "Carian Kata" laman sesawang DBP: 1) Delivery tube = diterjemahkan sbg "Salur penghantar" 2) Glass tube = diterjemahkan sbg "Tiub kaca" Walaupun kedua-dua istilah sumber mempunyai "tube", mengapa istilah sumber yang diberikan pula adalah berbeza? Adalah istilah "salur" dan "tiub" boleh digunakan secara rambang? Sekian, terima kasih.Untuk makluman istilah digubal berdasarkan konsep. Istilah dibentuk oleh pakar bidang dan padanan bahasa Melayu ditentukan berdasarkan konsep sesuatu benda tersebut. Dalam konteks ini, bentuk, kegunaan dll akan diambil kira semasa membentuk istilah tersebut. Oleh sebab itu, sama ada salur atau tiub,  bergantung pada konsepnya dan tidak boleh ditukar ganti secara rambang kerana istilah tube mempunyai beberapa padanan bahasa Melayu seperti salur, tiub dan tabung.Istilah29.11.2011
jawapan yang macam mana perlu kami berikan untuk soalan dibawah: 1. sistem pendidikan kebangsaan memasyarakatkan satu malaysia. 2. kegawatan sosial yang berlaku pada hari ini boleh menghalang proses pembinaan tamadun malaysia. untuk soalan kedua, bolehkah kami jawap soalannya seperti berikut topik: seks rambang, kemudian terdapat lima bahagian, iaitu 1. politik(imej negara), 2. pendidikan(kegagalan), 3. sosial(masyarakat), 4. jenayah(pembuangan bayi), 5. agama(peganagan agama yang tidak kuat)

Soalan esei lazimnya mempunyai skema jawapan yang telah ditentukan. Sila berbincang dengan pensyarah untuk dapatkan skema jawapan. Soalan saudara di luar skop perkhidmatan yang kami berikan. Khidmat Nasihat Bahasa menangani masalah berkaitan penggunaan bahasa Melayu antaranya termasuklah Ejaan Rumi dan jawi, Perkataan dan Istilah serta Tatabahasa.

Lain-lain23.01.2011
1. berat badan lebih (betul atau salah) 2.penggunaan perkataan "ianya" 3....ialah antara...(betul atau salah) 4....peningkatan usaha...(betul atau salah) 5....mengunjung gimnasium...(betul atau salah) 6....muka pengadilan...(betul atau salah) 7....adalah agar peserta dapat...(betul atau salah) 8....mempertingkatkan ilmu pengetahuan...(betul atau salah) 9....Mengusahakan kantin ialah tanggungjawab...(betul atau salah) 10....tenaga yang boleh diperbaharui...(betul atau salah) 11....berpunca kerana...(betul atau salah) 12....kanak-kanak menghasikan bunyi secara rambang di peringkat agah...(betul atau salah) 13. Perbezaan antara penggunaan perkataan "membeli"dengan"membelikan"

1.   berat badan lebih (betul)

2. penggunaan perkataan "ianya"

Perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan 'nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh disekalikan/digabungkan penggunaannya.

 

3....ialah antara...(betul)

4....peningkatan usaha...(betul)

5....mengunjungi gimnasium...

6....muka pengadilan...(betul)

7....adalah agar peserta dapat...(betul)

8....mempertingkatkan ilmu pengetahuan...(betul)

9....Mengusahakan kantin ialah tanggungjawab...(betul)

10....tenaga yang boleh diperbaharu...

 
11....berpunca kerana...(betul)

12....kanak-kanak menghasikan bunyi secara rambang pada peringkat agah...

 

13. Perbezaan antara penggunaan perkataan "membeli"dengan"membelikan"

 

Frasa "membelikan Ahmad" ialah frasa kata kerja transitif yang membawa maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat yang terbentuk memerlukan dua objek dan objek pertama ialah objek yang bernyawa. Manakala frasa "membeli kasut" ialah frasa kata kerja transitif yang membawa maksud melakukan sesuatu.

Tatabahasa20.11.2013
Salam sejahtera Pertama sekali, syabas saya ucapkan pada PRPM kerana berjaya mendekati masyarakat dengan lelaman interaktifnya. Soalan saya berkenaan penggunaan perkataan 'gejala'. Menurut Kamus Dewan, gejala bermaksud sesuatu hal yg menjadi tanda akan terjadinya sesuatu, tanda-tanda akan berlakunya sesuatu, atau keadaan yg menjadi tanda-tanda penyakit. Dewasa ini kita lihat ramai yang mengggunakan frasa "gejala sosial" atau "gejala seks rambang". Perkataan 'gejala' seakan-akan membawa maksud masalah. Apa ini dapat diterima? Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gejala bermaksud: tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan).Tatabahasa06.02.2009
1. Apakah kesalahan dalam ayat berikut, mengapa? -Ikan-ikan laga peliharaannya semuanya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi. 2. Tolong pilih ayat yang betul daripada tujuh ayat di bawah dan terangkan kesalahan berkenaan. a) Adalah dimaklumkan bahawa majlis makan malam yang dicadangkan telah dibatalkan. b) Semua pelajar diminta hadir ke sekolah pada petang ini untuk latihan sukan. c) Ibu Laila menjual mi goreng pada waktu petang digerainya. d) Dalam ingatan saya, dia jarang mengambil cuti sejak dia bekerja di sini. e) Baju yang cantik-cantik itu menyebabkan saya rambang mata. f) Hujan lebat menyebabkan projek melebarkan jalan raya di kawasan itu tergendala. g) Remaja memerlukan rakan sebaya yang dapat membincang dan memberikan idea yang bernas untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. 3. Manakah frasa yang betul? Kesalahan penagihan dadah, atau kesalahan menagih dadah? Projek menceriakan sekolah, atau projek penceriaan sekolah? Projek melebarkan jalan raya, atau projek pelebaran jalan raya? TERIMA KASIH BANYAK BANYAK

1. Ikan-ikan laga peliharaannya semuanya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi. Ayat ini salah, kerana ikan-ikan telah menunjukkan jamak oleh itu, tidak perlu lagi diulang pernyataan jamak dengan perkataan semua. Ayat yan betul, "Ikan-ikan laga peliharaannya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi".

2. a) Adalah dimaklumkan bahawa majlis makan malam yang dicadangkan telah dibatalkan. - salah, kata pemeri "adalah" tidak diletakkan di pangkal ayat.  b) Semua pelajar diminta hadir ke sekolah pada petang ini untuk latihan sukan. - betul.  c) Ibu Laila menjual mi goreng pada waktu petang digerainya. salah, di gerainya (kata sendi di + tempat)  d) Dalam ingatan saya, dia jarang mengambil cuti sejak dia bekerja di sini. - tidak gramatis, ganti nama dia kali kedua tidak perlu lagi.  e) Baju yang cantik-cantik itu menyebabkan saya rambang mata. - tidak gramatis, kata adjektif cantik perlu digandakan.  f) Hujan lebat menyebabkan projek melebarkan jalan raya di kawasan itu tergendala. - betul  g) Remaja memerlukan rakan sebaya yang dapat membincang dan memberikan idea yang bernas untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu.  - betul.

3.  Kesalahan menagih dadah, Projek menceriakan sekolah, Projek melebarkan jalan raya.

Tatabahasa23.07.2009

Kembali ke atas