Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ram.but] | رامبوت

Definisi : 1. sj bulu yg tumbuh di kepala: ~nya ikal, lebat, dan hitam; ~ kelong dahi rambut yg ikal di dahi; anak ~ hujung rambut yg ikal pd dahi dll; gigi ~ rambut yg di pinggir; kaki ~ rambut yg di pinggir atas tengkuk; si ~ panjang bp orang perempuan; termakan di ~ sangat susah; sakit kepala panjang ~ pura-pura sakit kepala; 2. sesuatu yg spt rambut; ~ anak kundai rambut pendek di dahi pengantin; ~ genjur rambut yg kejang (tegak kaku); ~ ikal rambut yg mengombak; ~ jagung bulu pd jantung jagung; ~ kerul = ~ keriting rambut ikal kecil-kecil; ~ palsu rambut buatan; ~ sama hitam, hati masing-masing berlainan prb masing-masing orang itu mempunyai pendapat (kemahuan dll) yg berlainan; bagai ~ dibelah tujuh prb perihal sesuatu yg terlalu sedikit (kecil); spt bergantung pd (di) ~ sehelai prb sentiasa dlm keadaan yg sangat sulit dan berbahaya; spt menghela ~ dlm tepung, ~ jangan putus, tepung jangan ter­serak prb menghukum hendaklah dgn seadil-adilnya; serambut sebesar rambut, sekecil-kecilnya: tidak ada suatu kejadian yg betul-betul sempurna tanpa ada sebarang cacat walau ~ jua; berambut mempunyai atau ditumbuhi rambut: hatinya terpaut dgn pemuda yg ~ hitam ber-kilat itu; kepalanya hampir botak tidak ~ lagi; merambut berhelai-helai spt rambut; perambut sj tali (dawai) yg kuat antara tali kail dgn mata kail. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ram.but] | رامبوت

Definisi : ; akar ~ cambang sj tumbuhan (pokok memanjat), Cynanchum spp.; cenda­wan ~ ali sj tumbuhan (cendawan), Maras­mius gordipes. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ram.but] | رامبوت

Definisi : 1 bulu yg tumbuh di kepala manusia: ~nya lebat dan hitam. 2 benda spt rambut 1 (yg halus-halus dan panjang): akar ~. berambut ada rambutnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rambut (kata nama)
Bersinonim dengan uban, surai, bulu;,
Kata Terbitan : berambut,

Puisi
 

Rambut hitam berkilat-kilat,
     Jatuh ke bantal berlipat-lipat;
Tuan laksana air yang lebat,
     Minum sedikit menjadi ubat.


Lihat selanjutnya...(54)
Peribahasa

Rambut sudah dua macam (= warnanya).

Bermaksud :

Orang yang sudah setengah umur.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia terletak di Putrajaya atau Pusat pentadbiran kerajaan malaysia terletak di Putrajaya Bina ayat majmuk dengan kata hubung 2. Rambut Suraini lurus ( tetapi) Rambut adiknya kerinting Rambut Suraini lurus tetapi rambut adiknya kerinting atau Rambut Suraini lurus tetapi adiknya kerinting

1. Pusat pentadbiran Kerajaan Malaysia terletak di Putrajaya.

2. Rambut Suraini lurus tetapi rambut adiknya keriting.

Tatabahasa07.07.2011
Salam sejahtera, Tuan / Puan Antara yang berikut, yang manakah gramatis: 1a) Pengering rambut 1b) Alat pengering rambut 2a) Pengacip kekeras 2b) Alat pengacip kekeras 3a) Penimbang badan 3b) Alat penimbang badan 4a) Pemotong kertas 4b) Alat pemotong kertas 5a) Penunjuk skala 5b) Alat penunjuk skala Pada pendapat saya, 'pe-' membawa maksud 'alat'. Oleh itu, adalah tidak gramatis jika kita katakan 'alat pengering rambut', sebetulnya 'pengering rambut'. Adakah pemahaman saya betul? Sekian, terima kasih CKFrasa yang betul ialah Pengering Rambut, Pengacip Kekeras, Penimbang Badan, Pemotong Kertas dan Penunjuk Skala. Awalan pe-... penanda makna atau benda yang mengalami perbuatan dalam kata dasar.Tatabahasa10.02.2012
Rambut Aminah [tegang] setelah disapu dengan gel. Adakah perkataan 'tegang' tepat penggunaannya? Kalau salah, apakah perkataan yang lebih tepat? Tegak? Lurus? Kaku? Terima kasih.Perkataan yang lebih tepat ialah keras.Tatabahasa27.05.2010
apakah maksud alat rambut kering?Frasa yang betul ialah pengering rambut  iaitu alat untuk mengeringkan rambut yang basah (selepas mandi dan sebagainya).Tatabahasa30.10.2012
Adakah ayat penggunaan bahasa bagi "salun(di ikuti nama syarikat)" adalah betul...atau "salun rambut (nama syarikat)"... cth : "Salun Aida" atau "Salun Rambut Aida" mohon pandangan tuan..TKFrasa yang betul untuk keterangan aktiviti syarikat tersebut ialah "Salun Dandanan Rambut Aida" atau "Salun Dandanan Rambut".Tatabahasa25.08.2011
sila tolong buat pengesahan Lasen Papan Iklan tersebut.Terima kasih...reply me the result to khim_fung@hotmail.com.Sila tukar Kedai Rambut kepada Kedai Gunting Rambut. Setelah membuat pembetulan di ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk proses pengesahan iklan.Tatabahasa09.01.2013
Soalan peperiksaan anak meminta pelajar memasifkan ayat aktif berikut: "Wa Wa mewarnakan rambutnya." Jawapan anak : Rambut Wa Wa diwarnakannya. Jawapan cikgu : Rambut Wa Wa diwarnakan oleh dia. Mohon dapar menjelaskan pengunaan kata ganti nama diri ketiga dalam ayat pasif yang sepatutnya kerana rujukan kepada beberapa buku rujukan memberikan keterangan yang berbeza. Tidak pasti sama ada jawapan anak atau pun jawapan cikgu yang lebih tepat.Ayat Rambut Wa Wa diwarnakannya dan Rambut Wa Wa diwarnakan oleh dia kedua-duanya boleh diterima sebagai bentuk pasif ayat Wa Wa mewarnakan rambutnya. Namun yang paling tepat ialah Rambut Wa Wa diwarnakannya (diwarnakan olehnya).Tatabahasa28.06.2011
"Ibu risau nanti," Puan Karina mengingatkan anaknya yang sedang menyikat rambut. / "Ibu risau nanti." Puan Karina mengingatkan anaknya yang sedang menyikat rambut.

Penggunaan tanda baca yang betul adalah pada ayat yang pertama, iaitu "Ibu risau nanti,"Puan Karina mengingatkan anaknya yang sedang menyikat rambut.

Ejaan19.10.2011
Penggunaan "cuci" dan "basuh" Adakah kedua-dua perkataan ini boleh digunakan dalam ayat ini. Saya membasuh rambut 2 hari sekali. Saya mencuci rambut dua kali sehari. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, "cuci" dan "basuh" mempunyai makna yang sama. Oleh itu, kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan. 1. Saya membasuh rambut dua hari sekali. 2. Saya mencuci rambut dua kali sehari.Makna21.07.2013
ayat mana yang betul. 1. Rambut Nina sudah bersikat atau 2. Rambut Nina bersikat.Menurut Kamus Dewan, edisi keempat, bersikat bermaksud telah (sudah) disisirkan.  Oleh itu, ayat 2 lebih tepat.Lain-lain25.07.2012
123456

Kembali ke atas