Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ram.bu.tan] | رمبوتن

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Nephelium lappaceum; ~ hutan a) = ~ kabung = ~ kahang sj tumbuhan (pokok), gumpuh, gerik, Nephelium eriopetalum; b) = ~ pacat sj tumbuhan (pokok), redan (tumu), Nephelium glabrum; c) sj tumbuhan (pokok), mertajam, Erioglossum edule; ~ kap­ri sj tumbuhan (pokok), pulasan, mutan reba, sanggul lotong, Nephelium mutabile; ~ pacat a) sj tumbuhan (pokok), sanggul lotong, gumpal benang, arang para, Nephelium ha-mu­latun; b) = ~ hutan sj tumbuhan (pokok), Nephelium glabrum; c) sj tumbuhan (pokok), Xerospermum spp.; ~ hutan a) = ~ kabung = ~ kahang sj tumbuhan (pokok), gumpuh, gerik, Nephelium eriopetalum; b) = ~ pacat sj tumbuhan (pokok), redan (tumu), Nephelium glabrum; c) sj tumbuhan (pokok), mertajam, Erioglossum edule; ~ kap­ri sj tumbuhan (pokok), pulasan, mutan reba, sanggul lotong, Nephelium mutabile; ~ pacat a) sj tumbuhan (pokok), sanggul lotong, gumpal benang, arang para, Nephelium ha-mu­latun; b) = ~ hutan sj tumbuhan (pokok), Nephelium glabrum; c) sj tumbuhan (pokok), Xerospermum spp.; ~ cantum(an) (pokok) rambutan hasil drpd percantuman kulit tunas yg baik kpd pokok yg kurang baik; ~ jantan pokok rambutan yg berbunga sahaja (tidak berbuah); ~ kahwin bp rambutan cantuman; ~ lekang buah rambut­an yg longkah isinya (dr biji); gelagah boreh ~ jantan, orang berbunga dia berbunga, orang berbuah dia tidak prb perihal nasib yg malang seseorang yg berbuat spt orang lain tetapi tidak beroleh faedah (spt orang lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ram.bu.tan] | رمبوتن

Definisi : nama sj pohon atau buahnya (buahnya spt berambut dan boleh dimakan), Nephelium lappaceum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rambutan

Puisi
 

Pokok rambutan dipukul ribut,
     Hanyut sampai hutan seberang;
Di mulut naga alang kurebut,
     Inikan pula di tangan orang.


Lihat selanjutnya...(20)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, yang manakah betul? (a)' Kedua-dua orang murid' ATAU ' kedua-dua murid'. (b) setangkai rambutan ATAU segugus rambutan. Adakah 'tamu' dan 'tetamu ' sama iaitu kata tunggal? Terima kasih.

(a) Frasa 'kedua-dua orang murid' dan 'kedua-dua murid' kedua-duanya adalah betul 

(b) 'Setangkai rambutan' dan 'segugus rambutan' kedua-duanya adalah betul bergantung pada keadaan fizikal buah rambutan tersebut.

(c) Tamu bermaksud orang yang datang mengunjungi orang lain (menghadiri jamuan dll), manakala tetamu bermaksud orang yang diundang (dijemput) untuk menghadiri jamuan dan lain-lain. Berdasarkan huraian tersebut terdapat perbezaan maksud antara tamu dengan tetamu; dan tamu bukan kata akar bagi tetamu.

Tatabahasa05.04.2011
Adakah 'pohon' merupakan perkataan penjodoh bilangan? 1) Sebatang pokok rambutan atau sepohon pokok rambutan? 2) Apakah perbezaan di antara sebatang pokok dan sepohon pokok?

Pohon penjodoh bilangan untuk dahan pokok kayu.  Contohnya: sepohon (kayu) ara.  Sebatang penjodoh bilangan untuk pokok. Contoh: Dia bersandar pada sebatang pokok.

Tatabahasa13.05.2011
Tanda Koma 1. Ali suka makan pisang, durian dan rambutan. 2. Ali suka makan pisang, durian, dan rambutan. Ayat 1 atau 2 betul? Perlukah kita bubuh tanda koma di hadapan perkataan 'dan'?Tidak perlu tanda koma sebelum perkataan "dan" kerana pisang, durian dan rambutan dalam kategori yang sama.Tatabahasa14.06.2012
Saya guru Tahun Satu. Bermasalah dalam membaca suku kata, harap ditolong. Contoh: rambutan dan makanan, kata dasar dieja bersama atau ikut bunyi baca?Bagi contoh rambutan dan makanan, kedua-duanya dieja bersama iaitu ram.bu.tan dan ma.ka.nanLain-lain25.03.2007
Apakah kesalahan pada ayat ini? 1. Hazri menyimpan sepertiga daripada gaji bulanannya. 2. Kambing jantan itu ditambat kepada pokok rambutan.

1. Hazri menyimpan sepertiga daripada gaji bulanannya. Ayat contoh ini betul.

 2. Kambing jantan itu ditambat kepada pokok rambutan. Ayat yang betul ialah - Kambing jantan itu ditambat pada pokok rambutan.

 

Tatabahasa19.06.2008
Slm, suku kata untuk perkataan berikut: a)ungu b)tenggiling c)rambutan d)durian e)longan Terima kasih.

Suku kata bagi perkataan tersebut adalah seperti yang berikut:

a)ungu - u..ngu

b)tenggiling - teng..gi..ling

c)rambutan - ram..bu..tan

d)durian - du..rian

e)longan - lo..ngan

Lain-lain02.11.2010
bagaimana hendak penggalkan perkataan bangunan, saliran, rambutan, penyelamat,penimbas pakaian mengikut suku kataba-ngu-nan,sa-li-ran,ram-bu-tan, pe-nye-la-mat, pe-nim-bas pa-kai-anTatabahasa07.08.2007
1) Surat permohonan tuan yang bertarikh 20 Mei 2013 adalah dirujuk atau Surat permohonan tuan yang bertarikh 20 Mei 2013 dirujuk -Adakah penggunaan perkataan adalah di atas betul?Mana satu ayat yang betul?Ayat yang pertama atau kedua? 2)Buah rambutan itu masuh mentah/muda. -Yang mana satu perkataan yang sesuai digunakan dalam ayat di atas?mentah/muda? 3) Pokok jambu madu yang ditanam oleh Pak Taha itu __________kerana kekurangan baja. -Apakah perkataan yang sesuai bagi tempat kosong di atas?renek/kerdil?Berikut merupakan ayat yang telah dipinda menggunakan tatabahasa yang betul.

1) Dengan hormatnya, surat permohonan tuan yang bertarikh 20 Mei 2013 dirujuk.

2) Buah rambutan itu masih muda.
 
3) Pokok jambu madu yang ditanam oleh Pak Taha itu kerdil kerana kekurangan baja.
Tatabahasa05.03.2013
Apakah perbezaan diantara penjodoh bilangan biji dan buah? Bilakah ia digunakan.Terima kasih.Menurut Kamus Dewan, biji merupakan penjodoh bilangan bagi buah-buahan yang berbiji seperti sebiji rambutan atau sebiji durian manakala buah pula merupakan penjodoh bilangan utk benda (bentuk atau jenisnya tidak tentu) seperti sebuah rumah atau beberapa buah kerusi.Tatabahasa29.09.2006
Penjodoh Bilangan "biji" and "buah". Yang manakah lebih sesuai - biji mangga atau buah mangga?Menurut Kamus Dewan, biji merupakan penjodoh bilangan bagi buah-buahan yang berbiji seperti sebiji rambutan atau sebiji durian manakala buah pula merupakan penjodoh bilangan utk benda (bentuk atau jenisnya tidak tentu) seperti sebuah rumah atau beberapa buah kerusi. Jawapan yang betul ialah biji.Tatabahasa13.04.2012
12

Kembali ke atas