| soalan 1: 1. Saya nak ucap terima kasih juga kepada Setiausaha Agung yang rambutnya teristimewa sekarang ini.......Kesalahan yang terdapat pada ayat ini ialah "yang rambutnya teristimewa" sekarang ini...... (boleh jelaskan kenapa "yang rambutnya teristimewa salah") 2. Yang pertama, bahawa... Yang pentingnya,....kenapa perkataan "yang" tidak sesuai diguna pakai di awal ayat??? boleh tolong jelaskan? | Jawapan 1: Ayat yang lebih sesuai ialah "yang berambut "istimewa" sekarang ini...". Perlu ada tanda " " pada perkataan istimewa kerana istimewa di sini boleh menjelaskan pelbagai maksud. Mungkin juga berambut cantik, berambut pelik dan sebagainya. Jika hendak menggantikan ayat yang lebih sesuai ialah "yang rambutnya sangat istimewa atau yang rambutnya sangat luar biasa sekarang ini". Maksud "teristimewa" ialah "yang luar biasa, yang sangat khas, terkhusus"(Kamus Dewan Edisi Keempat).Jika ayat "yang rambutnya teristimewa" digunakan, maka ayat ini salah kerana ayat yang digunakan berbunyi" yang rambutnya yang luar biasa" . Penggunaan "yang" dua (2) kali berturut-turut dalam ayat bahasa Melayu adalah tidak sesuai dan hendaklah dielakkan. Jawapan 2: "yang" adalah kata hubung dalam bahasa Melayu. Kata hubung bermaksud menghubungkan satu perkataan dengan perkataan yang lain. Contohnya: Saya membeli baju yang berwarna hijau. Perkataan "yang" menghubungkan perkataan "baju" dan "berwarna". Perkataan "yang" hanya biasa digunakan dalam penulisan seperti slogan, puisi atau pantun dan seumpamanya sahaja. Contohnya: "Yang indah itu bahasa".
| Tatabahasa | 29.03.2013 |
| Salam Tuan, saya ingin bertanya apakah perbezaan terjemahan "blonde hair" dengan "brunette". Dalam pangkalan data kedua-duanya sama iaitu berambut perang. Sedangkan "blonde" rambutnya cerah dan "brunette" rambutnya gelap merah kehitaman. Harap tuan dapat membantu. Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "blonde" bermaksud berambut perang muda, dan brunette bermaksud berambut perang. Oleh itu, terdapat perbezaan antara kedua-duanya, iaitu perang muda dan perang. | Istilah | 23.04.2014 |
| Yang manakah betul? 1. (a)Kereta itu ditunda oleh kereta tunda.ATAU (b) kereta itu ditarik oleh kereta tunda. 2.(a)Rambutnya dipotong pendek agar kelihatan rapi. ATAU (b)rambutnya digunting agar kelihatan kemas. | 1. Kereta itu ditunda oleh kereta tunda. Kereta itu ditarik oleh kereta tunda. Kedua-dua ayat ini betul, namun bagi mengelakkan terlalu banyak pengulangan kata, maka ayat kedua lebih lazim digunakan. 2. Rambutnya dipotong pendek agar kelihatan rapi. Rambutnya digunting agar kelihatan kemas. Kedua-dua ayat ini juga betul. | Tatabahasa | 14.04.2015 |
| soalan: 1. Saya nak ucap terima kasih juga kepada Setiausaha Agung yang rambutnya teristimewa sekarang ini...... apa kesalahan ayat ini... | Jawapan: Kesalahan yang terdapat pada ayat ini ialah "yang rambutnya teristimewa" sekarang ini...... | Tatabahasa | 28.03.2013 |
| Ibu menyuruh abang membubuh minyak pada rambutnya yang semak itu. Ayat ini betul atau salah? | Penggunaan yang betul ialah: Ibu menyuruh abang menyapu minyak pada rambutnya yang kusut itu. | Tatabahasa | 02.11.2022 |
| 1. Adakah "sikat" dan "berus" boleh diterima sebagai kata kerja tunggal? 2. Betulkah penggunaan perkataan "sikat" dan "berus" seperti berikut: a> Anisa sikat rambutnya. b> Ali berus kasutnya. **Terima kasih** | Sikat dan berus ialah kata nama am. Ayat yang betul ialah "Ali menyikat rambutnya" dan "Ali memberus kasutnya". | Tatabahasa | 03.05.2014 |
| Soalan peperiksaan anak meminta pelajar memasifkan ayat aktif berikut: "Wa Wa mewarnakan rambutnya." Jawapan anak : Rambut Wa Wa diwarnakannya. Jawapan cikgu : Rambut Wa Wa diwarnakan oleh dia. Mohon dapar menjelaskan pengunaan kata ganti nama diri ketiga dalam ayat pasif yang sepatutnya kerana rujukan kepada beberapa buku rujukan memberikan keterangan yang berbeza. Tidak pasti sama ada jawapan anak atau pun jawapan cikgu yang lebih tepat. | Ayat Rambut Wa Wa diwarnakannya dan Rambut Wa Wa diwarnakan oleh dia kedua-duanya boleh diterima sebagai bentuk pasif ayat Wa Wa mewarnakan rambutnya. Namun yang paling tepat ialah Rambut Wa Wa diwarnakannya (diwarnakan olehnya). | Tatabahasa | 28.06.2011 |
| Penggunaan perkataan 'Licin' dalam ayat berikut betul atau salah? 1)Dia terjatuh kerana terpijak kulit pisang yang licin. 2)Rambutnya disisir licin supaya tampak segak. 3)Kulit gadis itu sungguh licin 4)Majlis itu berjalan dengan licin. terima kasih. | Perkataan “licin” tidak tepat digunakan dalam beberapa ayat yang diberikan. Penggunaan yang lebih tepat dalam ayat tersebut adalah seperti yang berikut: 1)Dia terjatuh kerana terpijak kulit pisang 2)Rambutnya disisir rapi supaya tampak segak. 3)Kulit gadis itu sungguh licin. 4)Majlis itu berjalan dengan lancar.
| Tatabahasa | 14.12.2022 |
| 1) Adakah penggunaan perkataan jarang di bawah betul? -Ali risau kerana rambutnya sudah jarang. -Abu jarang pulang ke kampungnya semenjak dia muflis.(Mana satu penggunaan yang betul?jarang atau jarang-jarang?) 2) Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan tatabahasa? Jika ada mengapa? - Ali makan nasi itu bersama ulam. - Josep memakai kasut itu ketat-ketat. - Kita mestilah sentiasa hormat akan orang tua-tua. - Kejadian banjir itu menyebabkan banyak harta bendanya musnah dan mengalami kerugian ribuan ringgit. | Penggunaan perkataan "jarang" dalam ayat tersebut betul kerana jarang juga boleh membawa maksud jarang-jarang. Ayat tersebut diperbetulkan menjadi Ali makan nasi itu dengan ulam dan Kita mestilah sentiasa menghormati orang-orang tua. | Tatabahasa | 25.07.2012 |
| maksu watak dan perwatakan | Secara umum, watak ialah sifat-sifat luaran yang digambarkan oleh pengarang seperti rambutnya yang ikal, dahi luas dan sebagainya. Perwatakan pula ialah sifat-sifat dalaman watak yang boleh dikesan atau digambarkan sama ada melalui percakapan dan tingkah laku watak atau watak lain seperti baik hati, pemarah dan sebagainya. | Lain-lain | 14.09.2008 |