Ramli dan Aeron lari________ apabila dikejar angsa Pak Dollah. A. tunggang-langgang B. compang-camping C. mundar-mandir D. lintang-pukang *(jawapan yang diberi ialah "D", tetapi adakah "A" boleh diterima juga?) | Merujuk Kamus Dewan, tunggang-langgang juga membawa maksud lintang-pukang dan lintang-pukang juga ada membawa maksud tunggang-langgang. Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh menjadi jawapan kepada ayat tersebut.
| Tatabahasa | 19.05.2013 |
kami bergotong-royong membina rumah Pak Ramli semula yang musnah dilanda ribut. Ayat pasifnya bagaimana? | Kami bergotong-royong membina semula rumah Pak Ramli yang musnah dilanda ribut. Rumah Pak Ramli yang musnah dilanda ribut kami bina semula bergotong-royong. | Tatabahasa | 17.11.2016 |
Rahmat Ramli 9.57 PAGI Mohonlah DBP dapat usahakan sedikit peruntukan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk pengambilan Munsyi Dewan pada tahun ini, jika sebelum-sebelum ini pemohon/calon Munsyi Dewan tidak perlu mengeluarkan apa-apa kos, tapi tahun ini, kami terpaksa keluarkan kos, Bahasa Melayu bahasa ibunda kita, Munsyi Dewan antara pejuang Bahasa Melayu kita, selayaknya diberi penghargaan.. | Kami ambil maklum cadangan tuan dan kami salurkan kepada pihak yang berwenang dalam hal ini. | Lain-lain | 11.09.2017 |
Nor Hazlin Ramli Nov 26th, 3:54pm Assalamualaikum wbt. Saya ingin bertanya kepada pihak DBP, sekiranya diadakan jualan istimewa sempena akhir tahun dan cuti sekolah bagi pengguna online. Banyak ekspo-ekspo buku diadakan sekitar kawasan Kuala Lumpur. Bagi saya yang menetap jauh dari kawasan tersebut, kekangan masa dan beberapa faktor lagi tidak mengizinkan kesana. Semasa jualan gudang DBP pada tahun lepas, saya amat teruja kerana terdapat banyak buku-buku lama yang sukar untuk didapati di mana-mana kedai buku sekarang.Diharap pihak DBP dapat mendengar cadangan saya mewakili pembaca dan pembeli online. | Program ini dirancangkan pada 19 - 27 Disember 2015, di Kedai Buku DBP Hulu Kelang. Sila layari laman web kami dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat mutakhir. | Lain-lain | 26.11.2015 |
Pak cik ramli sedang memaku ...... buluh yang telah dikerat-kerat untuk dijadikan titi..mana satu jawapan yang betul..batang, bilah, ruas... | batang buluh | Tatabahasa | 15.08.2015 |
Rahmat Ramli RAB 12.24 PTG Rahmat Ramli salam tuan, mohonlah/usahakanlah agar pengambilan munsyi dewan pada tahun ini mendapat tajaan daripada kpm mahupun agensi luar, selayaknya munsyi dewan mendapat penghargaan kerana merekalah merupakan salah satu komponen yang memperjuang bahasa melayu kita.. | Terima kasih atas cadangan yang tuan berikan. Kami akan kemukakan cadangan ini kepada bahagian yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya. | Lain-lain | 30.08.2017 |
Ramli berenang (di dalam laut / di laut )? | Ramli berenang di laut. | Tatabahasa | 11.05.2012 |
Jika seseorang itu memiliki ijazah kedoktoran dan telah menunaikan ibadat haji, apakah gelaran yang sesuai untuknya dalam sesuatu majlis. Contohnya: 1.Tuan Haji Dr. Muhammad Ramli 2. Tuan Dr. Haji Muhammad Ramli Yang manakah betul penggunaannya? Nombor 1 atau nombor 2? Gelaran yang betul ialah "Dr. Haji Muhammad Ramli". Assalamualaikum... Saya telah bertanya soalan di atas danpihak tuan telah memberikan jawapannya. Terima kasih dengan penjelasan jawapan. Soalan tambahan saya....jika ada pihak ingin juga memasukkan kata panggilan 'tuan', adakah panggilan itu seperti dalam pilihan 1 atau 2? Terima kasih | Pengejaan yang betul adalah seperti yang berikut "Tuan Dr. Haji Muhammad Ramli". | Ejaan | 06.05.2015 |
Ramli amat tertarik oleh puisi yang disampaikan oleh Ani. Soalan : Betulkah penggunaan kata 'oleh' dalam ayat di atas? | Cadangan: Ramli amat tertarik akan puisi yang disampaikan oleh Ani. | Lain-lain | 04.08.2009 |
Salam sejahtera, Anak-anak Encik Ramli suadah bekerja. Anak bongsunya belum bekerja. ( kecuali / atau) (gabungkan ayat tunggal supaya menjadi ayat majmuk ) Jawapan yang saya dapat daripada guru yang tanda kertas peperiksaaan itu adalah " Anak - anak Encik Ramli sudah bekerja kecuali anak bongsunya belum bekerja" Jawapan ini adalah betul ? Bolehkah saya dapat jawapan yang betul daripada Pihak tuan. | Penggunaan perkataan kecuali lebih tepat berbanding perkataan atau dalam ayat majmuk tersebut. Ayat yang gramatis ialah Anak-anak Encik Ramli sudah bekerja kecuali anak bongsunya. | Tatabahasa | 30.03.2012 |