Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ram.pai] | رمڤاي

Definisi : 1. campuran berbagai-bagai, gabungan bermacam-macam; bunga ~ a) campuran ber­bagai-bagai bunga dan daun-daun yg harum; b) himpunan berbagai-bagai cerita (petikan drpd cerita dll); minyak ~ campuran berbagai-bagai minyak wangi; rumput ~ berbagai-bagai rumput; 2. bp bahan utk dijadikan campuran, bahan utk dicampurkan, perencah: jagung muda pun ada utk dijadikan ~ sayur; rampai-rampai campuran berbagai-bagai macam: cerita ~; merampai 1. membuat berbagai-bagai (ber­macam-macam) latihan sekolah: bila sudah ~ dan semua jawaban diperiksa, cikgu me­muji-muji murid yg banyak betul; 2. men­campur bahan-bahan dlm masakan (lauk, gulai, dll), merencah: sambal tumis yg diram­pai dgn kacang panjang; gulai ikan yg di­ram­pai dgn terung; merampaikan mencampur berbagai-bagai bunga; ~ khabar menyiarkan (menyebarkan) berbagai-bagai khabar; rampaian 1. campuran berbagai-bagai macam, rampai-rampai: jagung muda pun ada utk dijadikan ~ sayur; 2. latihan berbagai-bagai pelajaran sekolah: kanak-kanak akan lebih mundur dlm ~nya jika mereka dipaksa menulis sambung; ~ sains berbagai-bagai macam pengetahuan sains (sains am); buku ~ buku yg digunakan utk menulis (menjawab) latihan di sekolah; kerja ~ berbagai-bagai kerja (latihan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ram.pai] | رمڤاي

Definisi : campuran yg berbagai-bagai: bunga ~ campuran berbagai-bagai bunga dan daun yg harum baunya. merampai 1 mencampurkan (berbagai-bagai) sayur ke dlm sesuatu masakan: Dia ~ gulai ikan dgn terung, kacang panjang dan tomato. 2 membuat bermacam-macam latihan sekolah dll: Sesudah ~, murid-murid disuruh menyemak kerja masing-masing. merampaikan 1 mencampurkan berbagai-bagai bunga. 2 menjadikan (berbagai-bagai jenis) sayur sbg campuran dlm sesuatu masakan. rampaian 1 campuran pelbagai macam (benda). 2 latihan berbagai-bagai pelajaran sekolah. perampai (berbagai-bagai jenis) sayur yg dicampurkan ke dlm sesuatu masakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rampai (kata nama)
1. Bersinonim dengan campuran aneka jenis: gabungan pelbagai macam

2. Bersinonim dengan perencah: ramuan

Kata Terbitan : merampai, rampaian,

Puisi
 

Kacang Cina dalam kota,
     Rampai-rampai di Tanjung Puri;
Hidup di dunia bersuka ria,
     Seronok-seronok sementara nak mati.


Lihat selanjutnya...(12)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam sejahtera tuan, perkataan seperti betungkus lumus, rumput rampai, sampah sarap perlukah kita letakkan "-" ? kerana saya terjumpa perkataan sampah sarap dalam pusat rujukan persuratan melayu dewan bahasa ada yang tulis sampah-sarap dan ada yang tulis sampah sarap ini yang mengelirukan saya. minta tuan berikan penerangan kepada saya. sekian terima kasih.Ketiga-tiga perkataan tersebut merupakan kata majmuk.  Oleh itu, tanda sempang tidak perlu digunakan.  Kami mengambil maklum tentang aduan tuan tersebut mengenai kata "sampah-sarap" yang terdapat dalam PRPM DBP.Tatabahasa25.07.2012
apakah jawapan untuk soalan berikut: kakak sedang _ daun pandan untuk dibuat bunga rampai. a.mencincang b.memayang c.mengerat d.menghirisd. menghirisTatabahasa03.08.2015
Yang manakah satu betul? 1. bersungguh-sungguh belajar / belajar bersungguh-sungguh. 2. berkali-kali menasihatinya / menasihatinya berkali-kali 3. Adakah rumusan berikut terpakai untuk semua frasa keterangan kata kerja? [ frasa adjektif]+kata kerja. Contohnya, bergotong-royong membersihkan, bertungkus lumus memadamkan api, bersungguh-sungguh menyiapkan kerja rumah, dan lain-lain.

Jawapan yang betul  ialah belajar bersungguh-sungguh dan menasihatinya berkali-kali. Unsur keterangan dalam frasa kerja terdiri daripada unsur yang menerangkan kata kerja dengan lebih lanjut lagi. Unsur keterangan juga berfungsi sebagai frasa adverba. Unsur keterangan hadir sesudah kata kerja. Bagi kata kerja transitif, unsur keterangan hadir selepas objek. Dari segi struktur binaannya, unsur keterangan terdiri daripada frasa sendi nama, frasa adjektif, frasa nama dan kata adverba. Contohnya,

1. Kerajaan mengeluarkan kenyataan tentang kenaikan gaji

2. Sungai Perak mengalir dengan tenangnya.

3. Pemimpin yang sudah berumur itu bercakap perlahan-lahan.

4. Bunga rampai itu berbau sungguh harum.

5. Mereka berjuang bermati-matian.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang unsur keterangan dalam frasa kerja sila rujuk Tatabahasa Dewan ms. 399-402.

Tatabahasa22.03.2011

Kembali ke atas