Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ram.pas] | رمڤس

Definisi : ; berampas-rampasan saling me­ram­pas, bertarik-tarikan: maka Dewa Per­kasa pun meronta, lalulah ~lah dgn pang­lima itu; merampas 1. mengambil dgn kekerasan, merebut: pergerakan sulit utk ~ kekuasaan negara; ~ kuasa mengambil alih kekuasaan (negara) dgn kekerasan atau tidak mengikut perlembagaan; 2. menyamun, membegal, menjabal: wang gajinya habis dirampas penyamun di jalan; 3. menyita: jika ia enggan membayar hutangnya itu, hartanya akan dirampas; rampasan sesuatu yg dirampas, hasil meram­pas: banyak beroleh barang ~; ~ kuasa; perampasan perihal merampas (perebutan, penyamunan, penyitaan); ~ kuasa perebutan kuasa; perampas orang yg merampas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ram.pas] | رمڤس

Definisi : ; merampas 1 mengambil sesuatu kepunyaan orang lain dgn paksa; merebut: Seorang pemuda telah ~ wang di tangannya. 2 mengambil alih sesuatu kekuasaan dgn paksa; merebut: Mereka sengaja menimbulkan huru-hara supaya mudah mereka ~ kuasa. rampasan 1 sesuatu yg dirampas: Mereka banyak beroleh barang ~. 2 tindakan merampas; kejadian merampas: ~ kuasa. perampasan perbuatan atau hal merampas; penyamunan. perampas orang yg merampas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rampas
Kata Terbitan : merampas, rampasan, perampasan, perampas,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya adakah penggunaan simbol (/) perlu dijarakkan atau didekatkan. Contohnya: lepas/tahan/rampas atau lepas / tahan / rampas. Terima kasih.

Perkataan sebelum dan selepas Garis Miring (/) hendaklah dirapatkan.

Tatabahasa23.08.2011
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Mohon pencerahan Bahagian Khidmat Nasihat DBP untuk penggunaan perkataan yang betul bagi imbuhan kepada perkataan akar "lak" atau dalam bahasa Inggeris iaitu "seize". Adakah "menglak" atau "mengelak" Struktur ayat adalah seperti berikut: Jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, pemindahan apa-apa dokumen atau artikel tidak boleh dilaksanakan daripada atau melalui akses melalui premis, vesel atau kenderaan, pegawai diberi kuasa boleh dengan apa-apa cara MENGELAK/MENGLAK dokumen atau artikel itu. Sekian, terima kasih.

Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu yang lebih sesuai untuk “lak” ialah “sita” atau “rampas”. Padanan ini bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya.

Tatabahasa19.03.2024

Kembali ke atas