Definisi : 1. bahan-bahan yg diperlukan utk membuat sesuatu (kayu-kayan utk rumah, daun-daun dan akar-akar utk ubat dll): melainkan diubatilah Tunku dgn ilmu dan ~; 2. rempah-rempah yg dipakai utk menyedapkan gulai, bumbu, rampai: lepas itu gorenglah ~-~ yg lain kecuali telur yg sudah digoreng dan tauhu; 3. ki benda-benda yg perlu utk digunakan: bahawa jiwa Islam dan Quran itulah yg memberikan ~ istimewa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : bahan-bahan yg diperlukan utk membuat sesuatu (spt akar-akar atau daun-daun utk dibuat ubat, kayu utk dibuat rumah): Apakah ~ yg dikehendaki utk membuat sambal daging? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)