Yang manakah yang betul penggunaannya? 1) Rancangan Pelajaran Tahunan, 2) Rancangan pelajaran tahunan, 3) Rancangan Pelajaran Tahunan Bahasa Malaysia. 4) Rancangan pelajaran tahunan bagi Bahasa Malysia. | Sebagai nama khas yang betul ialah Rancangan Pelajaran Tahunan. 2. Rancangan Pelajaran Tahunan Bahasa Malaysia | Ejaan | 24.10.2008 |
Apakah maksud frasa berikut: 1.Rancangan pembangunan pendidikan. 2.Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. 3.Dasar Pendidikan Kebangsaan. 4.Rancangan Malaysia. 5.Pendidikan Tertiari. 6.Aspirasi negara. 7.Modal insan | Saudara boleh merujuk Jabatan Pelajaran, Kementerian Pendidikan atau kementerian-kementerian yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat berkenaan atau buku-buku yang berkaitan. 7. Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja. | Lain-lain | 08.11.2011 |
1.bermain mainan , bermain permainan , bermain alat permainan, atau bermain alat mainan? 2. menonton televisyen atau menonton rancangan televisyen? 3. Kakak menonton rancangan televisyen di ruang tamu dengan khusyuk. ayat ini betul tak? | Mengikut data kami, frasa 1.bermain mainan , bermain permainan , bermain alat permainan, atau bermain alat mainan adalah betul dan penggunaanya mengikut konteks ayat. Ayat yang gramatis ialah menonton rancangan televisyen. Frasa kakak menonton rancangan televisyen di ruang tamu dengan khusyuk adalah betul. | Lain-lain | 09.02.2017 |
saya keliru dalam beberapa perkara. 1) perkataan blog dan juga blogger yang digunakan dalam penulisan esei perlu di italik atau tidak? 2) rancangan TV contohnya rancangan Jangan Tidur Lagi yang digunakan dalam penulisan perlu di italik atau perlu diletakkan tanda pembuka kata dan penutup kata. terima kasih daun keladi, nanti saya tanya lagi. | 1. Ejaan blog dan blogger ditulis seperti biasa (tidak perlu dicondongkan), walau bagaimanpun kami mencadangkan saudara menggunakan istilah penulis blog untuk maksud yang sama dengan blogger. 2. Tidakperlu diletakkan tanda pengikat kata (" ") untuk menulis tajuk rancangan televisyen, cukup sekadar menulis frasa tersebut dengan huruf besar pada awal kata. | Lain-lain | 02.04.2009 |
Adakah ayat ini gramatis? Jika tidak, tolong betulkan ayat ini. 1.Kedua-dua guru bahasa Inggeris telah mengemas kini Rancangan Pelajaran Harian. 2.Rancanga Pelajaran Tahunan dan Rancangadn Pelajarian Harian telah diseiakan dengan kemas kini oleh guru berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran. | Ayat pertama betul. Cadangan untuk ayat kedua ialah 'Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian telah disediakan oleh guru berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran. | Tatabahasa | 05.12.2008 |
1. Dua orang guru yang terlibat dalam aktiviti ini. (Adakah ayat ini tergantung?) 2. Murid ini melampau aktif. (perkataan 'melampau' boleh digunakan ataupun perlu ditukar kepada 'terlampau?) 3. Guru telah menyediakan rancangan pelajaran tahunan atau Rancangan Pelajaran Tahunan? 4. Murid A memperoleh 70 markah. Murid B memperoleh 72 markah. Kedua-dua orang murid ini.....(Bolehkah saya gunakan 'ini' atau perlu ditukar kepada '...murid tersebut'?) 5. Guru mengajarkan ilmu Matematik kepada murid. (Betulkah penggunaan kata kerja 'mengajarkan' di dalam ayat ini?) 6. 'dalam kalangan' atau 'di kalangan' yang betul atau lebih sesuai digunakan? | 1. Ayat tak lengkap. 2. Perlu ditukar menjadi - Murid ini terlampau aktif 3. Guru telah menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan. 4. Perlu ditukar menjadi - kedua-dua orang murid tersebut. 5. Penggunaan mengajarkan dalam ayat tersebut adalah betul. 6. Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 11.09.2008 |
1. meniup api lilin Adakah frasa ini betul? 2. menonton televisyen atau menonton rancangan televisyen Yang mana satu lebih gramatis dari segi tatabahasa? | Ayat yang gramatis ialah: i) menonton rancangan televisyen ii) meniup api lilin | Tatabahasa | 23.01.2018 |
Soalan 1: ...merupakan antara rancangan televisyen yang bermanfaat. Betulkah penggunaan "merupakan antara"? Soalan 2: Apakah perbezaan antara "bersama-sama" dengan "bersama"? | 1. Frasa yang gramatis "... dalah antara...". 2. Bersama dan bersama-sama bermaksud berserta, bergandingan dengan dan serentak dengan. Kamus Dewan memberikan makna yang sama, namun dalam penggunaan harian kita membezakan penggunaanya, sama ada menggunakan bersama dengan atau bersama-sama. | Tatabahasa | 31.01.2015 |
perkataan yang sesuai peta/pelan ? peta laluan keluar kecemasan bangunan. / pelan laluan keluar kecemasan bangunan. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "peta" bermaksud 1. lukisan (gambar) pd kertas dll yg menunjukkan kedudukan negeri, sungai, gunung, dll; 2. lukisan (gambar) yg menunjukkan kedudukan bintang dll di langit; ~ angin peta yg menunjukkan arah peredaran angin; ~ antarabangsa peta dunia yg biasanya berskala 1:1 000 000; ~ bahasa peta yg menggambarkan daerah bahasa-bahasa tertentu digunakan; ~ bumi peta yg khusus menunjukkan tanah (gunung, sungai, dll); ~ kontur peta yg dilukiskan dgn garisan-garisan kontur; ~ kosong peta yg belum ditandai dgn nama tempat (letak sungai, gunung, dll); ~ lakar peta sesuatu kawasan dll yg dilukis dgn secara kasar dan mengandungi hal-hal yg penting sahaja; ~ laut peta yg khusus menunjukkan laut (pulaupulau, aliran ombak, dll); ~ timbul peta yg dibuat drpd tanah liat (plastisin) dgn gambaran bukit (gunung, sungai, dll) spt yg terdapat di muka bumi; ~ topo peta lengkap sesuatu tempat (yg menunjukkan bandar, jalan, dll); berpeta berupa peta: mendedahkan panau ~-peta di bahu dan di lengannya; memeta membuat peta; memetakan 1. membuat peta tentang sesuatu, menunjukkan kedudukan (keadaan dsb) sesuatu dlm bentuk peta: sebahagian besar daerah itu masih belum dipetakan; 2. menggambarkan, melukiskan: Nasib Seorang Muda karangan Cikgu Harun ~ bagaimana seorang kerani muda yg bergaji kecil hidup; pemetaan perihal membuat peta; pemeta orang yg membuat peta. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula, "pelan" bermaksud 1 rajah yg menggambarkan bentuk serta ukuran sesuatu bangunan, kawasan dsb. 2 rancangan yg sudah diatur utk dilaksanakan. ~ induk rancangan menyeluruh yg merangkumi seluruh dasar dan segala rancangan kegiatan yg akan dilaksanakan (dlm pembangunan, perekonomian, dsb): Beberapa kajian terkandung dlm ~ induk projek tsb. ~ lantai lukisan mengikut skala bagi susun atur bilik dsb pd satu lantai sesebuah bangunan. ~ tindakan rancangan yg diatur yg terdiri drpd langkah-langkah utk bertindak secara bijak. Oleh itu, jawapan yang lebih sesuai ialah "pelan". | Istilah | 09.04.2013 |
1.bagaimanakah cara mengeja perkataan yang mempunyai awalan peR-...peN-? contohnya : Pelaksanaan or perlaksanaan / perlancongan or perlancongan /perlumbaan or pelumbaan? 2.ejaan pelibatan / penglibatan? | 1. Kedua-dua perkataan pelaksanaan dan perlaksanaan adalah betul. Menurut Kamus Dewan, pelaksanaan bermaksud perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dsb). Perlaksanaan bermaksud hasil daripada melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dsb). 2. Ejaan yang betul ialah pelancongan dan perlumbaan. 3. Kedua-dua perkataan pelibatan dan penglibatan mempunyai maksud yang sama dan boleh digunakan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (muka surat 108 - 133) untuk mengetahui lebih lanjut tentang awalan peR- dan peN-. | Tatabahasa | 24.05.2011 |