Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bunyi spt bunyi gendang dll; ® derang I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rang
Rujuk :buram


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam khidmat nasihat prpm, ada yang nyatakan "orang asli" sebagai kata nama am, dan "orang Asli" sebagai kata nama khas. Dalam carian prpm, hanya ada orang asli sebagai kata nama am sahaja. Adakah hanya "orang asli" kata nama am sahaja yang boleh digunakan atau ada kemungkinan dibolehkan dijadikan kata nama khas "orang Asli"? Mohon rujukan. terima kasih.

Perkataan orang asli sebagai kata nama am atau Orang Asli sebagai kata nama khas digunakan bergantung pada konteks dalam ayat. Jika ungkapan itu digunakan secara umum, ejaan orang asli dieja dengan huruf kecil pada pangkal huruf. Jika merujuk nama kaum, ejaan Orang Asli sebagai kata nama khas dengan huruf besar pada pangkalnya.

 

Contoh ayat:

(i)     Pelancong juga boleh merasai sendiri aktiviti bersumpit dan bersewang, iaitu tarian tradisi masyarakat orang asli di sana. (kata nama am)

 

(ii)    Suku bangsa Jahai merupakan Orang Asli daripada suku Negrito. (kata nama khas)

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021).
Ejaan16.12.2025

Kembali ke atas