1...dicadangkan untuk dimasukkan dalam penggubalan draf Rang Undang Undang (RUU)... atau ….dicadangkan untuk dimasukkan ke dalam penggubalan draf Rang Undang Undang bagaimana ingin membezakan penggunaan ke dalam dan dalam? | Frasa yang betul ialah “….dicadangkan untuk dimasukkan dalam penggubalan draf Rang Undang-undang”. Frasa "ke dalam" digunakan untuk kata nama atau frasa nama yang menunjukkan pergerakan kepadanya, seperti menyimpan kuih ke dalam bekas manakala “dalam” hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak, seperti bertutur dalam bahasa kebangsaan. Rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 285 untuk penerangan lanjut. | Tatabahasa | 12.05.2024 |
Salam sejahtera. Adakah "Bill of Public Health" sesuai diterjemah sebagai Rang Undang-undang Kesihatan Awam? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu Bill of Public Health bergantung pada konteks ayat. Jika istilah ini digunakan dalam bidang ekonomi ia bermaksud bil kesihatan awam, akan tetapi jika digunakan dalam bidang pentadbiran atau undang-undang, ia bermakna Rang Undang-undang Kesihatan Awam. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.05.2014 |
apakah kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam text tersebut? Penubuhan Majlis Profesion Kerja Sosial (MPKS) yang berperanan mengiktiraf, mendaftar dan mengawal selia amalan kerja sosial di negara ini dicadangkan untuk dimasukkan dalam penggubalan draf Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial (PKS). Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata MPKS akan bertindak sebagai medium untuk membincangkan cadangan penambahbaikan latihan dan program pembangunan profesional berterusan bukan hanya dalam kalangan penjawat awam, tetapi juga kepada mereka yang terlibat dalam kerja sosial di sektor swasta termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO). "Ini akan membantu melancarkan jaringan kerjasama dalam penyampaian perkhidmatan yang profesional, perkongsian amalan terbaik dan menyokong profesion menerusi rangkaian badan profesion lain termasuklah pada peringkat antarabangsa," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. | Untuk membantu tuan membuat semakan berkenaan tatabahasa yang betul, puan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015) atau menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). | Tatabahasa | 05.05.2024 |
persoalan bahasa melayu tidak pernah selesi, daripada masalah kesilapan ejaan hinggalah masalah nilai ekonomi bahasa melayu dan masalah memperjuangkan bahasa melayu. menyentuh persoalan niali ekonomi bahasa melayu, pejuang-pejuang bahasa sentiasa berusaha meningkatkan niali ekonomi, namun ada pendapat usaha itu gagal dan mengatakan bahawa nilai itu semakin jatuh. malah ada juga pihak mengatakan DBP "mandul" disebabkan peminjamnan yang terlalu banyak (dalam Kamus Dewan) sehinggakan jati diri bahasa melayu "hilang'. tetapi saya percaya.. maslah ini tidak seharusnya menyalahkan DBP sahaja,..pihak lain juga sepatutnya dipersalhkan. jadi.. saya hendak bertanya: mengapa 'rang undang-undang' agar pesalah bahasa dikenakan tindakan tidak dikuatkuasakan.. bagaimana pihak tuan melihat nilai ekonomi bahasa melayu sejaka berada tahun yang ke lapan di alaf yang ketiga ini? | Pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka sedang diusahakan buat masa ini dan apabila pindaan ini diluluskan akan memberikan kuasa Nilai ekonomi bahasa Melayu masih berada di tahap yang memuaskan memandangkan bahasa Melayu masih terus digunakan dalam pelbagai urusan di dalam negara. | Lain-lain | 22.07.2008 |
Salam tuan di talian. Soalan saya ialah adakah istilah selain bergaduh/ bertengkar untuk menunjukkan pergaduhan secara fizikal dalam bahasa melayu? Soalan saya merujuk kepada perkataan bahasa Inggeris iaitu, fight yang bermaksud pergaduhan yang melibatkan fizikal. Terima kasih. | Menurut takrifan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Fight ditakrifkan sebagai ; vt 1. do battle with, bertempur dengan: America fought Japan for three years, Amerika bertempur dengan Jepun selama tiga tahun; 2. contend with in physical combat, berlawan: my father fought the burglar with his bare hands, bapa saya berlawan dengan pencuri itu dengan tangan saja; 3. oppose, menentang: the senator fought the bill with determination, senator itu menentang rang undang-undang tersebut dengan penuh keazaman; we are going to ~ the action, kami akan menentang tindakan itu; 4. strive to overcome; a. (disease, social evil) berusaha /menghapuskan, membasmi/, (berusaha) membanteras; b. (fire) melawan; c. (fear, pain) melawan; 5. (in boxing) berlawan (tinju) dgn: he fought the champion until the third round, dia berlawan dengan jaguh itu sehingga pusingan ketiga;. Berdasarkan takrifan tersebut, berlawan dan bertempur boleh digunakan selain bertengkar dan bergaduh. | Tatabahasa | 23.04.2013 |