Salam, Apa istilah sesuai untuk 'financial inclusion product' dalam BM? Rujukan: https://en.wikipedia.org/wiki/Financial_inclusion Terima kasih. | Cadangan kami bagi istilah “financial inclusion product” ialah produk rangkuman kewangan. | Istilah | 08.10.2019 |
Soalan : Apakah terjemahan terbaik ke bahasa Melayu untuk "Inspire Inclusion" adalah "Inspirasikan Keterangkuman". Adakah ini tepat dan betul dengan tatabahasa? https://www.internationalwomensday.com/Theme | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi istilah Inspire Inclusion ialah Rangkuman Inspirasi. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.11.2023 |
Mohon bantuan mengenai terjemahan perkataan untuk konsep "social inclusion". Konsep ini bermaksud memastikan semua ahli masyarakat tidak tertinggal/terkesamping dari aspek ekonomi, sosial, politik, dan sebagainya. Ia adalah satu konsep kebajikan. Lawan kepada perkataan "Social exclusion". Terima kasih. | "Inclusion" dapat diterjemakan sebagai "rangkuman". Namun begitu, dalam konteks maksud yang Saudara berikan dan dalam bidang ekonomi pembangunan, "social inclusion" boleh diterjemahkan sebagai "penyertaan sosial". | Penyemakan dan penterjemahan | 24.11.2014 |
Mohon bantuan untuk mendapatkan terjemahan bagi istilah "index for inclusion". Konsep "inclusion" berkaitan Program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) yang dihadiri oleh MBPK bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. MBPK terdiri daripada 6 kategori iaitu: i) Ketidakupayaan penglihatan ii) ketidakupayaan pendengaran iii) ketidakupayaan fizikal iv) ketidakupayaan pendengaran v) masalah pembelajaran vi) ketidakupyaan pelbagai Terima kasih. | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi istilah index for inclusion ialah indeks untuk rangkuman. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.03.2024 |