1.Rani menulis pengumuman lalu menampalkannya pada sehelai kertas di papan kenyataan. Atau Rani menulis pengumuman pada sehelai kertas lalu menampalkannya di papan kenyataan. 2. Penunggang -penunggang basikal harus menggunakan laluan yang disediakan. Atau Penunggang -penunggang harus menggunakan laluan basikal yang disediakan. | 1. Rani menulis pengumuman pada sehelai kertas lalu menampalkannya pada papan kenyataan. 2. Penunggang-penunggang basikal harus menggunakan laluan yang disediakan.
| Tatabahasa | 07.05.2014 |
ayat yang mana betul 1- Dia menyandarkan badannya pada dinding @ Dia menyandarkan badan pada dinding. 2-Dia terpaku seketika @ Seketika dia terpaku 3-Rani meluruskan kakinya @ Rani meluruskan kaki. Terima kasih atas bantuan pihak tuan | Ketiga-tiga ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 04.05.2013 |
Hai saya rani pelakar phd dari ukm.saya sedang mencari perkataan bahasa melayu yg sesuai untuk netizen.di malaysia banyak gelaran yg diberikan untuk netizen termasuk warga maya, komuniti maya,warga siber dan komuniti internet.soalan saya gelaran mana yang diiktiraf oleh pihak DBP. Soalan kedua saya ialah megenai gelaran untuk citizen journalism.adakah mereka harus digelar sebagai wartawan warga atau wartawan warganegara.sekian.terima kasih atas bantuan anda. | Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "netizen" ialah netizen. Istilah "citizen journalism" belum ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, berdasarkan perkataan yang diberikan, bentuk yang betul ialah wartawan warganegara. | Istilah | 15.03.2013 |
Semasa menulis surat, di bawah nama penghantar, adakah gelaran ditulis selepas atau sebelum ijazah? Contoh: Dato' Dr Rafiz Abdul Rani DIMP, BMedSc, MBBS atau BMedSc, MBBS, DIMP? | Kami mencadangkan ejaan yang berikut digunakan: Dato' Dr. Rafiz Abdul Rani, DIMP (BMedSc, MBBS) | Ejaan | 14.03.2016 |
Selamat pagi. minta ajar... (Awak / Kamu) berdua pergi ke mana? kata Wei Ming kepada Zali dan Rani. terima kasih... | Jawapan yang betul ialah: Kamu berdua pergi ke mana? | Tatabahasa | 08.08.2017 |
Jika 'tuanku' digunakan sebagai kata ganti nama diri kedua untuk RAJA dan SULTAN, apakah kata ganti nama diri kedua yang sesuai digunakan oleh rakyat jelata atau bangsawan ketika berbicara dengan RANI/MAHARANI/RATU/SULTANAH/TENGKU AMPUAN/PERMAISURI atau siapa-siapa sahaja yang bertakhta dan berjantina perempuan? | Berdasarkan rujukan kami, kata nama ganti diri yang kedua boleh digunakan ialah tuanku yang merujuk kepada raja atau sultan dan isteri baginda. | Lain-lain | 30.01.2019 |