| Adakah ayat ini betul? 1. Tomato adalah sayur berjenis buah 2. Sawi adalah sayur berjenis sayur. Adakah frasa "sayur berjenis sayur" di atas betul penggunaannya. | Untuk makluman tuan, Tomato ialah sejenis tumbuhan (herba yang buahnya boleh dimakan), ranti merah, terung bali, Lycopersicum esculentum (Solanum lycopersicum). Tomato juga merupakan tanaman herba tahunan yang berasal dari Amerika Selatan, mempunyai buah yang digunakan sebagai sayuran, daun-daunnya berbentuk pinat dan bunganya berwarna kuning. Sawi pula ialah sejenis tumbuhan (herba) yang dibuat sayur, Brassica rugosa. | Tatabahasa | 12.10.2017 |