1. Burung itu hinggap di ranting pokok. 2. Burung itu hinggap pada ranting pokok. Dua kata sendi di dan pada yang digunakan dalam ayat di atas, manakah yang betul ? Mengapa ? terima kasih. | Ayat yang betul ialah, Burung itu hinggap pada ranting pokok. - Dalam buku Tatabahasa Dewan, antara situasi penggunaan kata sendi nama pada; sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. | Tatabahasa | 29.07.2010 |
Salam sejahtera. Tuan apakah jawaban yang tetap untuk ayat yang berikut: 1. Ali menyauk ranting dan dedaun dari / daripada kolam. 2. Pengakap mengambil air dari / daripada sungai. 3. Dia menurunkan kerusi dari / daripada lori. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul: 1. Ali menyauk ranting dan dedaun dari kolam. 2. Pengakap mengambil air dari sungai. 3. Dia menurunkan kerusi dari lori. | Tatabahasa | 30.05.2011 |
Jawapan yang manakah tepat? 1) Ali ____________ kumbang dengan ranting pokok kering. (a) menguis-nguis (b) menjentik-jentik | Jawapan yang sesuai ialah menguis-nguis. | Tatabahasa | 07.12.2015 |
Apakah definisi bagi perkataan mengetut? | Definisi mengetut ialah 1. mencantumkan tunas daripada satu pokok pada pokok yang lain (untuk mendapatkan baka yang lebih baik); (Kamus Dewan Edisi Keempat); 2. mengelar dan membalut ranting pokok dengan tanah agar akar bercambah untuk dijadikan benih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) | Makna | 12.05.2020 |