Betul atau tidak ayat ini: Pisang masak itu ranum. Terima kasih atas bantuan. | Ayat yang betul ialah "pisang itu ranum". | Tatabahasa | 26.05.2014 |
Pisang kapas yang masak empuk itu amat sesuai dibuat lepat. Adakah ayat ini mengandungi kesalahan tatabahasa? Terima kasih. | Ayat ini tidak salah dari segi tatabahasa tetapi salah dari segi semantik (makna). Umumnya kata empuk untuk masakan, misalnya ubi direbus hingga empuk. Untuk pisang disebut masak ranum. | Makna | 29.09.2011 |