Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rapat (adjektif)
1. Bersinonim dengan padat: tumpat, kerap, tetal, utuh,
Berantonim dengan jarang

2. Bersinonim dengan dekat: hampir, rapik, sempit,
Berantonim dengan jauh

3. Bersinonim dengan erat: karib, akrab, mesra,
Berantonim dengan renggang

Kata Terbitan : berapat, merapat, merapati, merapatkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kerja sama atau kerjasama? "Kerja" dan "sama" dua morfem bebas, kan? Morfem bebas dieja terpisah daripada satu sama lain kerana dapat berdikari dalam ayat. Hanya morfem terikatlah yang dieja rapat, seperti awalan meN- pada kata "membasuh" dan partikel -lah pada kata "berikanlah". Tiadalah alasan untuk D.B.P. membentuk senarai kata majmuk mantap kerana D.B.P. membentuk kata majmuk mantap atas kelaziman masyarakat yang merupakan sikap yang tidak betul kerana kelaziman masyarakat itu, iaitu pengejaan "keretapi", "kerjasama", "matahari" tidak berasaskan tata bahasa bahawa morfem bebas dapat berdikari. Jika pengejaan "kerjasama" yang kelaziman masyarakat kata majmuk mantap, "keretapi" juga kelaziman masyarakat, mengapakah tidak dikira kata majmuk mantap?Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna, kata majmuk yang mantap sahaja dieja satu perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan.

Perkataan kereta api dieja terpisah.Tetapi apabila sudah didaftarkan sebelum penyelarasan sistem ejaan baharu, 
Tetapi jika nama khas, apatah lagi nama yang digazetkan, walaupun ejaannya tidak mengikut Sistem Ejaan Rumi, hendaklah ditulis mengikut ejaannya yang telah digazetkan. Contohnya: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Keretapi Tanah Melayu (KTM), Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Percanggahan ejaan berlaku disebabkan oleh faktor sejarah bahasa. Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Kemudian, pada tahun 1975, DBP menerbitkan buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1975) dan buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981). Nama Keretapi Tanah Melayu (sejak 1948) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (sejak Feb 1972) wujud sebelum 16 Ogos 1972, oleh itu tidak terikat dengan Sistem Ejaan Rumi Baharu BM. Nama-nama yang wujud terkemudian tetapi mengekalkan ejaan Bandaraya, misalnya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Ipoh dll mungkin bertujuan untuk penyelarasan nama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sama juga dengan situasi nama stesen kereta api di Malaysia.
Lain-lain09.09.2017
1. Bagaimana kaedah tepat untuk menggunakan "di" ada ketika "di" pada perkataan ditulis rapat. Ada kala "di" pada perkataan di tulis jarak. 2. Bagaimana untuk saya minta seseorang itu faham yang tugasan itu mesti buat . Agar individu yang mendengar arahan tidak rasa seolah di arah . Contoh : " Cikgu, tolong segera kan tugasan yang diamanahkan pada cikgu" @ " Cikgu, tolonglah gerak, jangan tunggu saya cakap,masing masing faham tugas sendiri" atau ada istilah lebih lembut dan sedap di dengar.

1. Di- ditulis rapat diikuti dengan kata kerja. Dalam hal ini bentuk ayat ialah ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif di-. Contohnya: Barang itu sudah diambil oleh Ali. Di- sebagai sendi nama digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat ditulis terpisah. Contoh di hadapan kata nama: Saya bekerja di pejabat itu.  Contoh dihadapan frasa nama: Tambak Johor terletak di antara negeri Johor dengan Singapura.

2. Tidak semestinya kita menggunakan ayat yang bermaksud tolong segera buat atau bertindak.  Boleh juga menggunakan ayat yang meminta hasil atau pencapaian kerja yang telah dibuat.

Makna20.04.2011
Salam sejahtera ingin saya membuat semakan urus setia (jarak) bagaimana pula dengan diurussetiakan. Kalau tidak jarak; kenapa?Ejaan diurussetiakan dieja rapat kerana menerima imbuhan apitan di-... -kan.Ejaan04.04.2017
(9) Pemegang lesen tidak boleh menggunakan atau membenar digunakan, dalam penyediaan apa-apa makanan, mana-mana meja, almari, bangku atau sebarang perabot seumpamanya yang permukaannya bersentuh dengan apa-apa makanan, kecuali permukaan itu diperbuat daripada kayu keras bersambung rapat dan licin atau sesuatu bahan licin yang tidak telap air. (perkataan "membenar" adakah betul atau salah? adakah ia perlu ditambah imbuhan -kan di akhir perkataan tersebut untuk ayat di atas) sekian. terima kasih

Nurul

Sila berikan konteks penggunaan ayat ini. Ayat ini terlalu panjang dan pengguna akan mendapati sukar untuk mengikuti arahan yang diberikan.

Tatabahasa03.08.2010

Kembali ke atas