Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rapatkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kami bercadang untuk mengadakan program kitar semula bertemakan "Minding the gap, closing the loop". Mohon pandangan DBP untuk terjemahan kepada bahasa melayu, adakah "kisahkan jurang, rapatkan kitaran" sesuai? terima kasih.Cadangan padanan slogan "Minding the gap, closing the loop" ialah Rapatkan jurang, tingkatkan kesedaran. Lain-lain27.05.2019
Salam sejahtera, Apakah cadangan DBP untuk terjemahan Bahasa Inggeris bagi frasa "rapatkan saf" dari segi konteks keagamaan? Saya hanya jumpa "filling in the gaps in prayer rows" di laman web muftiwp. Adakah DBP mempunyai cadangan lain yang lebih ringkas dan tepat? Terima kasih.Untuk makluman, DBP menyediakan khidmat penyemakan terjemahan bahasa Inggeris ke bahasa Melayu dan tidak sebaliknya.



Namun begitu, kami mencadangkan padanan lain untuk "rapatkan saf" ialah close the prayer gaps.
Lain-lain24.02.2022
MEMINTA UNTUK SEMAK EJAAN BANNER DAN MEMOHON KELULUSAN UNTUK MENDAPATKAN KEBENARAN MENGGANTUNG BANNER INI1. Betulkan kepada Jualan Mega! (rapatkan tanda ! dengan perkataan sebelumnya)
2. Betulkan format tarikh seperti yang berikut: 19/1-9/2 2019
3. Betulkan Easy Pay kepada Bayaran Mudah
4. Betulkan ESPANA ROOF kepada BUMBUNG ESPANA
5. Betulkan dari RM1.39 kepada daripada RM1.39 (rapatkan RM dengan angka). Sila betulkan pada tempat lain yang berkaitan
6. Betulkan MONIER CONTOUR kepada BUMBUNG KONTUR MONIER
7. Teks pada bahagian bawah perkataan Setiap Satu tidak jelas dan sukar dibaca. Sila lampirkan visual keseluruhan dengan teks yang lebih jelas untuk memudahkan penyemakan.

Kemudian, sila layari laman web dbpsahbahasa.my ,  daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan perniagaan anda.
Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran untuk pendaftaran sebanyak RM10 terlebih dahulu.
Lain-lain22.01.2019
anggota penguat kuasa. (jarak atau rapatkan)Ejaan penguat kuasa ialah jarak.Ejaan26.07.2013
salahlaku - mana yang betul, jarakkan atau rapatkan?Salah laku (jarak)Ejaan18.04.2017
mohon untuk semak penggunaan bahasa.1. Rapatkan tanda palang ( /) dengan perkataan "CUKAI"
SUDAHKAH ANDA MENJELASKAN CUKAI TAKSIRAN/CUKAI PINTU?

2. Sila betulkan seperti yang berikut:
Pembayaran Awal CUKAI TAKSIRAN Mengelakkan Anda daripada Tindakan yang Berikut:
- DIDENDA
- HARTA DISITA
- HARTA DILELONG

Tatabahasa12.09.2012
saya ingi bertanya mengenai penggunaan perkataan "di", ayat jenis bagaimana yang harus di rapatkan perkataan di dan ayat jenis atau perkataan apa yang harus di jarakkan pengunaan 'di". terima kasih

Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat ditulis terpisah daripada kata nama frasa nama itu, contohnya; di sekolah, di dalam hutan, di antara negeri Johor dengan Singapura. Manakala "di" digunakan di hadapan kata kerja ditulis bersambung dengan kata kerja tersebut, contohnya: dibuat, diperhatikan, dimakan. 

Tatabahasa25.06.2009
Assalamualaikum... Perkataan "sosiobudaya" juga dieja rapat atau dijarakkan seperti ini "sosio-budaya"? Terima kasih.sosiobudaya (rapatkan)Ejaan01.10.2015
penggunaan dua kali k pada perkataan yg bagaimana dan bagaimana hendak mengetahui kedudukan 'di' samada di rapatkan atau di jarakkan

1. Dalam proses pembentukan kata,semua kata dasar yang menerima apitan peN-...-an atau ke-...-an akan membentuk kata nama terbitan contohnya pembalakan,kebanyakan manakala kata dasar yang menerima apitan meN-...-kan dan di-...-kan akan membentuk kata kerja terbitan contohnya menggalakkan dan dimasukkan. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Keempat.

2. Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Contohnya, di atas almari, di dalam kolam, di Malaysia, dll. Manakala awalan di yang ditulis serangkai apabila membentuk kata kerja, iaitu kata kerja pasif diri ketiga. Contohnya, ditapis, diperluas, dirakam, dll.

Tatabahasa04.05.2010
Saya sedia maklum bahawa singkatan bagi unit minit boleh juga ditulis sebagai min. Cuma ingin kepastian, perlu rapatkan dengan nombor atau tidak? Contoh: 5min / 5 min Yang mana paling tepat?Jawapan yang betul ialah  5 minit perlu dijarakkan.Ejaan14.04.2022
123

Kembali ke atas