Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rasakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pihak HQ kami di Bangkok akan menerbitkan satu cetakan yang menggunakan perkataan ayat dibawah. "RAKAN ANDA YANG BERGANDING BAHU DIMANA JUA" Kami rasakan ayat yang dicadang mereka ini agak tergantung. Minta nasihat ayat yang sesuai. terima kasihAyat yang dicadangkan ialah "RAKAN YANG SENTIASA BERSAMA-SAMA ANDA".Lain-lain28.10.2024
Salam sejahtera. Saya pernah mengajukan pertanyaan terjemahan istilah seperti berikut dan padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah 'organisational mindfulness' - keprihatinan organisasi dan 'organisational awareness' - kesedaran organisasi. Namun, saya rasakan keprihatinan masih kurang menepati maksud 'mindfulness'. Oleh itu, saya ingin mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi istilah 'mindfulness' iaitu 'ketarasedar'. Mohon pencerahan.Untuk istilah ketarasedar masih tidak ada dalam pangkalan data kami. Terjemahan yang sesuai bagi mindfulness ialah keprihatinan yang digunakan dalam bidang psikologi. Setiap terjemahan merujuk kepada konsep dan bidang. Sekiranya puan/tuan mempunyai istilah yang ingin dicadangkan. Tuan/puan boleh melayari laman web kami melalui http://ekamus.dbp.gov.my/ Istilah14.12.2016
Saya ingin mengetahui ejaan rancangan pendidikan individu (RPI) dan guru penolong kanan pentadbiran (GPK1) perlu ditulis dengan setiap permulaan perkataan itu dengan huruf besar. saya keliru kerana ada yang menyatakan frasa itu merupakan kata nama khas. namun, saya rasakan itu adalah kata nama am kerana merujuk mana-mana rancangan dan guru.Kami berpandangan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran (GPK1) ialah kata nama khas kerana rujukan khusus pada sesuatu program atau jawatan.Tatabahasa24.03.2015
Selamat sejahtera, Saya ingin tahu tentang penggunaan istilah/pemilihan kata yang tepat untuk merujuk sumber susu haiwan. Jika merujuk manusia, kita lazimnya menggunakan istilah payudara atau buah dada. Namun, bagaimana pula dengan haiwan? Maniskah jika disebut tetek haiwan? Agak kurang sopan saya rasakan biarpun merujuk haiwan. Mohon pencerahan DBP. Terima kasih.Kata "tetek" didefinisikan sebagai buah dada; kelenjar susu haiwan (seperti lembu, kambing) yang menyerupai kantung dan mempunyai dua puting atau lebih. Berdasarkan keterangan tersebut kata "tetek" lebih sesuai untuk haiwan. Makna04.10.2021
Adakah ejaan sesetengah perkataan bahasa melayu telah di ubah? Cth. . Adab (ejaan lama) - adap (saya perhatikan ramai menggunakan ejaan ini) Jawab kepada jawap jawapan kepada jawaban kawad kepada kawat (pendapat saya, ejaan ini merujuk kepada kawat duri) Mengadap kepada menghadap Dan banyak lagi perkataan yg saya rasakan seperti telah berubah ejaannya. Terutama yang ada huruf b atau p di belakangnya. Mohon bantuan dan penjelasan pihak tuan/puan. Terima kasihUntuk makluman, perkataan bahasa Melayu tidak diubah tetapi bersifat dinamik. Kekeliruan ejaan yang dinyatakan akan lebih jelas sekiranya saudara merujuk Kamus Dewan atau boleh merujuk di laman sesawang prpm.dbp.gov.my.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kawad bermakna perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera dan polis yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan serentak. Kawat pula ialah tali yang dibuat daripada logam (seperti tembaga dan lain-lain).


Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. 

Adab merupakan ejaan yang tepat mengikut Kamus Dewan dan adap pula sub entri bagi nasi adap. Sila rujuk Kamus Dewan untuk lebih lanjut.
Ejaan06.02.2013
Ref:11719/2017 merujuk kepada nombor berkenaan, kami ada membuat pertanyaan rasmi mengenai penggunaan tagline yang melibatkan perkataan "Rasa sensasi dingin..." namun pihak DBP menasihatkan supaya penggunaannya menjadi "Rasa dingin sensasi..." Sensasi dalam erti kata ini, kami ingin menggunakannya dalam konteks "feel" contoh (dipetik daripada PRPM); sensasi yang menyegarkan. Bukan dalam erti sensasi gempar. Maka Rasa dingin sensasi kami rasakan tidak tepat seperti mesej yang ingin kami sampaikan. Disebabkan ianya merupakan tagline ianya perlu pendek dan menarik perhatian, maka daripada "Rasa sensasi yang dingin..." kami pendekkan kepada "Rasa sensasi dingin..." Saya harap penjelasan kami ini dapat membantu untuk menyatakan niat dalam penggunaan frasa sensasi dingin tersebut. Kami berharap frasa ini dapat digunapakai untuk billboard kami. Frasa pilihan yang kami ada ketika ini ialah "Sensasi rasa dingin dan hebat" sekiranya DBP masih merasakan "Rasa sensasi dingin dan hebat" masih tidak boleh diterima, bolehkah kami gunakan frasa pilihan ini? Nasihat pihak tuan/puan amat kami hargai. Terima kasih. Nurul FathmaDBP mencadangkan supaya menggunakan frasa SENSASIKAN RASA DINGIN DAN HEBAT.Tatabahasa05.09.2017
salam sejahtera. saya ahmad adam,pelajar dari uniten kampus putrajaya. saya dan ahli kumpulan saya terpilih utk menjalankan satu perbincangan tentang DBP. sy berharap agar pihak DBP blh memberi sy n juga ahli kumpulan saya maklumat2 yg dirasakan sangat berguna utk kami gunakan sebagai isi. mungkin dari segi asal usul,pengenalan yang sesuai n juga lain2 yang pihak DBP rasakan sesuai. kami dengan berbesar hati utk mengumpulkan maklumat serta mengenal dengan lebih mendalam mengenai DBP.sekian terima kasihSila kunjngi Pusat Dokumentasi Melayu DBP atau hubungi pegawai yang berkenaan.Lain-lain14.07.2010
Tuan DBP, ayat manakah betul? 1. Berhati-hati dengan kereta semasa berada di jalan raya. 2. Berhati-hati akan/kepada kereta semasa berada di jalan raya. 3. Berhati-hati terhadap kereta semasa berada di jalan raya. Walaupun ayat yang lazim digunakan masyarakat ialah ayat (1), iaitu dengan penggunaan kata sendi nama "dengan", tetapi saya maklum bahawa kata sendi nama "dengan" bermaksud "bersama-sama", jadi, ayat (1) akan bermaksud: Berhati-hati bersama-sama kereta semasa berada di jalan raya. Maksudnya, seseorang disuruh berhati-hati bersama-sama kereta semasa seseorang dan kereta berada di jalan raya. Salah! Kereta bukan manusia, jadi tidak dapat membuat sesuatu aktiviti bersama dengan kita, jadi ayat (1) salah. Ayat (2) dan ayat (3) saya rasakan dapat diterima sebagai ayat betul. Apakah pandangan tuan?Pandangan tuan betul, ayat kedua dan ketiga lebih gramatis dan tepat dari aspek makna. Walau bagaimanapun ayat pertama telah mantap dan banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. Untuk tujuan pepriksaan, sila rujuk guru di sekolah tuan.Tatabahasa31.01.2015
Percayalah, apa yang dirasakan anda tentang sesuatu perkara itu hasil daripada cara mana anda memikirkan tentang perkara itu. Jika sekiranya anda menukar cara anda berfikir, bermakna anda juga telah mengubah apa yang dirasakan oleh anda. Mereka membincangkan tentang masalah hedonisme yang semakin berleluasa di kalangan remaja dewasa kini walaupun pelbagai-bagai langkah telah kerajaan ambil bagi mengatasi masalah tersebut. Pertanyaan:saya harap encik dapat mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam ayat-ayat di atas beserta dengan alasan-alasannya.Terima kasihSdr, berikut adalah pembetulan yang dapat difikirkan ketika ini. untuk alasannya rujuk buku Tatabahasa Nahu Melayu Mutakhir oleh Prof Datuk Dr. Asmah Hj. Omar .Terima kasih Ejaan yang salah – merialisasikan -merealisasikan Menganalisa - menganalisis Berserta - berserta. Percayalah, apa yang anda rasakan tentang sesuatu perkara itu adalah hasil daripada cara anda memikirkannya. Jika sekiranya anda menukar cara anda berfikir, bermakna anda juga telah mengubah apa yang dirasakan oleh anda. Mereka membincangkan tentang hedonisme yang semakin berleluasa dalam kalangan remaja dewasa kini walaupun pelbagai langkah telah ambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut. Pertanyaan:saya harap encik dapat mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam ayat-ayat di atas berserta dengan alasan-alasannya.Terima kasihTatabahasa26.09.2007

Kembali ke atas