Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ras.mi] | راسمي

Definisi : disahkan oleh kerajaan atau yg berkuasa, (yg) diisytiharkan (ditentukan, disahkan) oleh kerajaan atau jabatan dll: bahasa ~; ejaan ~; kenyataan ~; pakaian ~; resit ~; tugas ~; upacara ~; rasmi-rasmian bersifat rasmi: majlis yg ~; merasmikan mengisytiharkan (melantik, menentukan, menetapkan, mengesahkan, dll) dgn rasminya: ~ pameran lukisan; ~ pembukaan sekolah; kerasmian perihal rasmi: bahasa Melayu akan sanggup menggantikan bahasa Inggeris dlm segala lapangan ~ dan keilmuan; perasmian pengisytiharan (pelantikan, pe­nentuan, penetapan, pengangkatan, peng­umum­­an, dll) yg rasmi: masa transisi sesudah ~ ejaan itu akan mengurangi kerugian yg mungkin dideritai; ~ lantikan panitia Bahasa Melayu-Indonesia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ras.mi] | راسمي

Definisi : disahkan atau ditentukan oleh kerajaan atau oleh pihak yg bertanggungjawab: bahasa ~; pakaian ~. merasmikan mengumumkan dgn rasmi; mengesahkan: Menteri Pelajaran telah hadir utk ~ seminar itu. perasmian perbuatan merasmikan; pengumuman yg rasmi; pengesahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rasmi (adjektif)
Bersinonim dengan formal, sah, sahih, diluluskan, dibenarkan;,
Kata Terbitan : merasmikan, perasmian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Untuk tujuan penulisan surat kiriman rasmi. Apakah ayat pertama yang tepat dalam penulisan surat rasmi. Biasanya surat kiriman rasmi dimulai dengan ayat yang berikut : "Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk." Keraguan saya ialah penggunaan kata pemeri 'adalah' di hadapan kata kerja pasif. Adakah ayat ini diguna pakai atau ada sebarang ayat yang lebih tepat sebagai permulaan surat kiriman rasmi? Mohon pencerahan daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih.Frasa yang betul ialah "Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk" atau "Dengan hormatnya kami merujuk perkara yang tersebut di atas".Tatabahasa22.01.2014
Yang mana betul "Laman Portal Rasmi" atau Portal Rasmi ?Frasa yang betul ialah "Portal Rasmi".Istilah08.10.2014
Assalamualaikum... Saya ingin bertanya tentang surat kiriman rasmi. Kenapakah surat kiriman rasmi tidak mencatatkan nombor 1 dalam kandungan surat? Sebaliknya diteruskan kepada nombor 2. Terima kasihFormat penulisan surat rasmi yang bermula dengan perenggan pertama (tanpa nombor) dan perenggan seterusnya bermula dengan nombor 2 dan seterusnya telah lama diterima pakai. Format yang hampir sama juga diterima pakai dalam penulisan esei, perenggan pertama bermula dari tepi dan menginden (mengesot sedikit ke dalam) pada perenggan yang seterusnya. Walau bagaimanapun tiada maklumat tentang penyusunan format penulisan yang sedemikian dalam pangkalan data kami. Sedikit maklumat tambahan, format penulisan surat rasmi ini menerima pakai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007 yang dikeluarkan oleh JPA.Tatabahasa07.11.2015
SALASILAH SURAT RASMI DAN BILAKAH SURAT RASMI MULA DIGUNAKAN?Pertanyaan saudara ini berbentuk tugasan pelajar. Saudara perlu membuat kajian dan penelitian yang lebih terperinci. Namun, kami tetap melayani soalan yang berbentuk tugasan dengan mencadangkan beberapa tajuk buku, jurnal atau makalah  yang berkaitan dengan tugasan untuk memudahkan pelajar menyiapkan tugasan tersebut. Sila klik layari laman web kami dan klik domain Buku atau Artikel. Saudara juga boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan akademik atau mana-mana perpustakaan lain yang berhampiran.Maklumat  tentang penulisan surat rasmi juga  boleh dirujuk dalam buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi, Bahasa dalam Komunikasi yang ditulis oleh Asmah Hj. Omar dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.Tatabahasa05.03.2013
Adakah istilah Tuan boleh merujuk kepada lelaki dan perempuan bila menyediakan surat rasmi? Jika surat rasmi dituju kepada wanita, contoh Puan Kamariah. Adakah Tuan boleh digunakan. Seperti YBrs. Tuan,Sekiranya surat rasmi jelas dituju kepada wanita, sapaan yang betul ialah YBrs. Puan,.Makna06.08.2024
Dalam penulisan bolehkah gelaran Puan atau Encik ditulis dengan singkatan Pn. atan En. dalam dokumen rasmi seperti surat rasmi, minit mesyuarat,laporan, kertas kerja dll. Ataupun adalah digalakan ditulis penuh seperti Puan dan Encik. Sekian terima kasih.Singkatan gelaran Pn. dan En. boleh digunakan dalam penulisan rasmi. Walau bagaimanapun, penggunaan gelaran yang dieja penuh seperti Puan dan Encik adalah lebih digalakkan.Tatabahasa02.12.2020
Assalamualaikum tuan, saya maimun dari Pejabat La Negeri Pahang, mohon pengesahan berkaitan dengan penggunaan perkataan yang betul sama ada cop rasmi atau cap rasmi. terima kasih atas bantuan pihak DBPPerkataan yang betul ialah cap rasmi.Lain-lain05.10.2018
Badan berkanun apa yang tidak diwajibkan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ?Semua agensi kerajaan termasuk badan berkanun wajib menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, tiada yang terkecuali dalam hal melaksanakan peruntukan Perkara 52, Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang digunakan dalam situasi rasmi, yakni dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, dan sebagainya.Lain-lain25.09.2014
Assalamualaikum. Adakah penggunaan kata hubung 'dan' boleh digantikan dengan '&' dalam bahasa rasmi?Dalam bahasa rasmi, simbol "&" tidak boleh digunakan untuk menggantikan perkataan "dan".Tatabahasa05.08.2013
Untuk surat kiriman rasmi, sepatutnya ada berapa perenggan?Tiada bilangan perenggan yang khusus untuk penulisan surat rasmi. Walau bagaimanapun, format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Sila layari laman sesawang JPA untuk maklumat lanjut. Lain-lain08.07.2019
12345678910...

Kembali ke atas